Tuesday, June 5, 2012

SUARAM dicabar tunjuk bukti tuduhan Scorpene


Helah mereka bukti tidak boleh dibawa keluar dari Perancis ... kah kah kah

SUARAM bukan NGO tapi sebenarnya parti politik yang ditugas untuk membusukkan nama Najib TANPA BUKTI. Ia tidak akan dapat tunjukkan satu pun bukti di luar Perancis.

Sebenarnya SUARAM adalah sekutu politik PKR dalam setiap tindak tanduk dari bersikap sebagai NGO yang objektif dan bebas. Kebanyakkan mereka terdiri dari ahli politik dan wartawan pro pembangkang.

Berikut adalah persoalan-persoalan untuk SUARAM:

Kenapa mereka enggan berikan bukti yang mereka beri dalam kes Perancis yang kononnya begitu terserlah kesalalahn kerajaan? Jika mereka kata bukti asal tidak boleh dikeluarkan dari Perancis, apa salah salinan bukti ditunjuk. ... atau tiada sebenarnya bukti yang dikatakan?

Tunjukkan senarai keahlian SUARAM. Berapa adalah ahli politik, pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat? Kenapa laman web enggan dedahkan maklumat tersebut? Adakah mahkamah Perancis diberitahu akan keahlian mereka yang berat kepada Pakatan?

Mahkamah Perancis sudah nyatakan ia akan mengambil masa 2-3 tahun sebelum penyiasatan selesai. Kenapa mereka adakan sidang akhbar dan pelbagai acara sekarang? Adakah ianya berkait rapat dengan Pilihanraya 13 dan ussaha menyelamatkan kapalselam Pakatan Rakyat yang akan selam dan tidak timbul kerana hilang kepercayaan rakyat.

SUARAM akan lancarkan makan malam RM10 ribu semeja yang dipanggil "Scorpene 2.0." Adakah merek amahu memulakan satu lagi Bersih? Kenapa perlu makan malam RM10 ribu untuk kes yang belum jadi isu dalam masa sekurang-kurangnya dia tahun? Adakah ini hanya publicity untuk PRU13?

Setakat manakah SUARAM berkerjasama dan menggunakan Malaysiakini sebagai penyalur maklumat dan publisiti kegiatan SUARAM? Sediakah SUARAM dedahkan hubungan rapat dengan laman tersebut kepada pembaca untuk setiap tulisan mengenai Scorpene?

Berapa kerapkah SUARAM melaporkan kegiatan kepada kepimpinan PKR - selain dari Tian CHua yang salah seorang pemimpin SUARAM dan Naib Presiden PKR?

INi hanya soalan-soalan yang mudah untuk mana-mana organisasi yang mengaku diri mereka bebas sedia jawab tanpa teragak-agak.

Pastinya SUARAM akan tidak menjawab.

INi kerana banyak persamaan SUARAM dan PKR. Salah satu taktik ANwar dan Azmin yang jelas adalah bila tertolak ke dinding, usah menjawab.

Baca sepenuh di The Choice sini
 




 

No comments:

Post a Comment