1)     Faktor Iklim
2)      Faktor biotik
3)      Faktor geologi batuan
4)      Faktor topografi
5)      Faktor Masa

1) Faktor Masa
Faktor ini memainkan peranan yang paling penting terhadap taburan jenis dan kadar luluhawa. Unsur-unsur iklim seperti pancaran cahaya matahari, suhu, hujan dan kelembapan berpengaruh terhadap jenis dan kadar luluhawa batuan. Intensiti unsur-unsur iklim tersebut berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Di kawasan-kawasan yang beriklim tropika lembap, luluhawa kimia  sangat aktif berbanding dengan luluhawa fizikal. Suhu yang tinggi serta sekata sepanjang tahun melebihi 27°C menggalakkan proses-proses luluhawa kimia. Hujan tahunan yang lebat serta sekata sepanjang tahun melebihi 2300mm membekalkan media pelbagai cecair aktif terhadap keberkesanan proses-proses luluhawa kimia. Kadar luluhawa kimia sangat dipengaruhi oleh jumlah air. Tindakan proses-proses luluhawa kimia yang giat dan berterusan menyebabkan lapisan batuan terluluh lalu membentuk lapisan regolit yang tebal. Ketebalan batuan yang terluluhawa berbeza-beza mengikut kawasan iklim yang berlainan. Sebaliknya, bezantara suhu harian yang begitu tinggi menggalakkan luluhawa fizikal dengan aktif sekali. Proses penghabluran garam juga sangat berkesan dikawasan tersebut.

Di kawasan-kawasan iklim sederhana pula luluhawa kimia dan luluhawa fizikal agak berlaku. Fenomena musiman terutama musim panas dan musim sejuk secara langsung mempengaruhi jenis dan kadar luluhawa. Proses-proses luluhawa kimia lebih giat pada musim bunga dan musim panas kerana peningkatan suhu dan pembekalan air dari pecairan salji. Suhu yang tinggi menggalakkan tindak balas kimia melalui proses-proses luluhawa kimia terhadap batuan.

Peningkatan suhu menggalakkan aktiviti bakteria terhadap reputan bahan organik dan menghasilkan asid organik yang penting bagi luluhawa kimia. Hujan tahunan berjumlah 1000mm hingga 1500mm juga dapat menggalakkan proses-proses luluhawa kimia dengan agak giat.

2) Faktor Biotik

Bekalan air dan suhu yang tinggi di kawasan tropika lembap menggalakkan litupan bumi yang tebal serta pembiakan pelbagai jenis haiwan. Tumbuhan yang padat membekalkan bahan organik yang banyak untuk bakteria mengurai lalu menyediakan asid organik. Tindakan akar bersama haiwan pengorek tanah dapat menguraikan batuan secara fizikal. Penguraian dan pemecahan batuan dapat meluaskan rekahan dan retakan batuan. Batuan yang bersifat demikian dapat memudahkan pengaliran masuk cecair aktif ke dalamnya lalu menggiatkan lagi tindakan proses-proses luluhawa kimia.


3) Faktor Geologi Batuan

Ciri-ciri yang mempengaruhi jenis dan kadar luluhawa
1)      Struktur batuan
2)      Warna batuan
3)      Kekerasan batuan
4)      Komposisi batuan kimia

Struktur batuan
Batuan yang mempunyai retakan dan rekahan mempercepatka proses luluhawa terhadap batuan berbanding dengan batuan yang tiada rekahan. Di kawasan tropika lembap, kawasan batu kapur mudah diresapi air hingga ke lapisan bawah kerana cirinya yang mempunyai banyak rekahan. Prose luluhawa kimia larutan dan pengkarbonan mudah berlaku dan membentuk landskap karst seperti grike, clint, stalakit, stalagmit, gua, dolin, uvala, lembah kering, dan sebagainya.

Warna batuan
Secar umumnya, batuan yang bewarna gelap mudah dan cepat mengalami luluhawa berbanding dengan batuan yang cerah. Contohnya batuan basol dan gabro yang berwarna gelap dapat menyerap jumlah haba yang banyak. Di kawasan gurun panas, batuan sedemikian cepat menyerap haba dan mudah mengalami kepanasan dan tegasan. Batuan ini boleh terurai secara bongkah. Di kawasan tropika lembap, batuan gelap yang cepat menyerap haba akan mengalami kadar tindak balas kimia yang lebih tinggi berbanding dengan batuan yang cerah.


Kekerasan batuan
Secara umum, batuan yang keras mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap luluhawa berbanding batuan yang lemah. Contonya batuan keras seperti granit lambat mengalami luluhawa berbanding dengan batuan lembut seperti kalsit dan gipsum. Dikawasan tropika lembap batu kapur mudah mengalami luluhawa kimia melalui proses-proses larutan dan pengkarbonan. Kekerasan batuan berhubung rapat dengan jenis, struktur serta asal kejadian batuan. Batuan igneus yang dibentuk daripada proses pembekuan magma merupakan batuan yang amat keras. Batuan igneus terdiri daripada silika dan kandungan galian yang lain. Kandungan silika yang tinggi dan simentasi yang padat dan kuat menyukarkan tindakan luluhawa. Jadual di bawah menunjukkan ketahanan bahan galian terhadap tindakan luluhawa.


Kuarza                                                             Paling keras/kuat
(paling stabil)
Muskovit                                                                      
Orthoklas
Biotit
Plagiolas
Hornblend
Augit
Plagioklas kapur
Olivin                                                           Paling lemah (tidak stabil)


Jadual: Siri ketahanan jenis bahan galian terhadap tindakan luluhawa



Komposisi Batuan Kimia
Batuan homogen(komposisikimia sejenis) seperti batu gnesis dan batu jelmaan mempunyai ketahanan yang lebih kukuh jika dibanding dengan batuanheterogen (komposisi kimia yang berlainan). Batuan jenis homogen(kurza, felsfar) dianggap lebih stabil terhadap proses-proses luluhawa kimia berbanding batuan jenis heterogen (olivin, angit).


4) Faktor Topografi
Ketinggian, aspek dan keadaan cerun sesuatu kawasan permukaan bumi secara tidak langsung mempengaruhi unsur-unsur iklim seperti intensiti cahaya matahari, suhu, hujan, kelembapan, angin dan sejatan. Kesemua unsur-unsur iklim ini pula mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan biotik seperti litupan bumi serta organisma. Permukaan bumi yang terdedah kepada pancaran haba yang lebih lama sudah tentu akan mempengaruhi kadar luluhawa. Batuan yang terdapat di kawasan tanah tinggi dan cerun-cerun yang curam kurang mengalami tindakan proses-proses luluhawa kimia. Ini disebabkan air tidak dapat di takung lama dalam lapisan tanah yang nipis.

Sebaliknya, puncak-puncak pergunungan yang mengalami perubahan suhu yang amat ketara mengikut musim akan giat mengalami tindakan fros melui luluhawa fizikal.


5) Faktor Masa
Walaupun faktor masa merupakan faktor yang pasif tetapi ia boleh menentukan kadar luluhawa batuan. Secara umumnya, batuan yang lebih lama terdedah kepada pengaruh unsur-unsur cuaca dan iklim berpeluang mengalami kadar luluhawa yang tinggi berbanding dengan batuan yang singkat akan terdedah kepada unsur-unsur tersebut. Tidak dinafikan bahawa semua proses luluhawa sama ada secara kimia atau fizikal berlaku melalui masa. Untuk menguraikan batu menjadi regolit tanah memerlukan satu jangka masa yang panjang.




**  Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar