Selamat Datang

Thursday 26 May 2011

SISTEM MAKLUMAT MURID ( SMM ) & KERTAS TERAKHIR

             Hari ini, satu kutipan data SMM untuk JUN 2011 telah di adakan di Bilik Mesyuarat PKG Sipitang dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kutipan ini melibatkan Pendaftaran Murid tahun 1 bagi Ambilan 2012 dan maklumat ibubapa murid-murid.

           Walaupun kutipan ditetapkan bermula dari jam 8.30 pagi  tetapi disebabkan masalah bekalan elektrik yang berlaku di PKG Sipitang, mesyuarat tergendala sehingga jam 9.00 pagi. Semua maklumat di yang diperlukan oleh pihak PPD dimasukkan ke dalam SMM dengan bantuan guru-guru dari sekolah lain.

            Bagi Sekolah Kebangsaan Banting, tidak semua maklumat yang diperlukan dapat dilengkapkan memandangkan maklumat murid dari TADIKA KEMAS untuk pendaftaran Tahun 1 bagi Ambilan 2012 tidak lengkap. Ini memaksa guru SMM terpaksa melengkapkan maklumat di sekolah.

           Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk Peperiksaan Penggal 1. Semua murid telah menghadapi semua kertas soalan yang telah diberikan oleh guru. Guru-guru mulai sibuk dengan menanda dan memberikan markah kepada kertas soalan masing-masing. Hal ini kerana keesokan harinya semua markah untuk Peperiksaan Penggal 1 harus dilengkapkan dan diserahkan kepada Pihak PPD.

           Berita tentang penyerahan markah kepada pihak PPD pada 27 Mei 2011 diketahui pada 25 Mei 2011 dan ini menyebabkan para guru sibuk dan terpaksa menyiapkan pemeriksaan kertas soalan masing-masing. Diharap semua guru dapat menyiapkan menanda kertas masing-masing menjelang keesokan harinya. Semoga berjaya semua kepada para guru.

         Esok juga merupakan hari terakhir persekolahan untuk penggal 1. Mulai 28 Mei sehingga 12 Jun 2011, murid-murid akan mula bercuti untuk penggal 1 selama 2 minggu. Diharap walaupun cuti sekolah bermula, murid-murid tidak leka dengan bermain sahaja tetapi mereka membuka buku dan mentelaah mata pelajaran yang telah dipelajari.

No comments:

Post a Comment