Tuesday, March 16, 2010

Hebahan Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan 2011 & 2012

Kepada ibu bapa & penjaga kanak-kanak kelahiran tahun 2004 & 2005 yang tinggal sekitar kawasan Kasturi, Seroja, Semarak, Tanjung, Trompet, Lily dan di kawasan sekitarnya bolehlah mendaftarkan anak tuan puan untuk sesi persekolahan tahun 2011 & 2012. Pendaftaran boleh dilakukan mulai 1 Mac 2010 hingga 30 April 2010.

Sila bawa bersama:
  1. Sijil lahir/ Sijil anak angkat asal
  2. Bil utiliti (bil elektrik/ air/ telefon)
  3. 1 salinan kad pengenalan ibu & bapa/ penjaga
  4. Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115cm x 245 cm) beralamat sendiri
  5. Setem 30 sen
Waktu pejabat: Isnin - Jumaat (8.00 pg - 4.00 ptg)
Tempat: Pejabat SKBB2

Borang permohonan boleh disisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman web Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov/jpnselangor. Ibu bapa perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.

Sunday, March 7, 2010

Sekitar Temasya Sukan Tahunan Kali Pertama

Geng statistik dgn pengacara
Alhamdulillah tak hujan...
Awek posing habis

Hombre...







Temasya Sukan Tahunan Kali Pertama

Perwira alaf baru
Hehehe...kamilah Robin Hood SKBB2
Ucapan Guru Besar, Pn Hajjah Ngaedah bt Saleh
Para ibu bapa penjaga SKBB2

laporan oleh M Shamsul

Buat kali pertama SKBB2 menempa sejarah dalam penganjuran Temasya Sukan Tahunan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua warga SKBB2 dan juga para ibu bapa penjaga. Dengan penuh semangat kesukanan, para atlit menunjukkan kemahiran serta kemampuan mereka beraksi dalam usaha merebut gelaran yang terbaik antara yang terbaik dikalangan rumah-rumah sukan. Rumah-rumah sukan terdiri daripada rumah Merah (Pesona), Rumah Biru (Wira), Rumah Kuning (Exora) dan Rumah Hijau (Perdana).
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Puan Hamidah binti Abdul Samad. Sekalung perhargaan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Suhaimi bin Rashid (A.M.N), seluruh warga SKBB2 dan para ibu bapa penjaga serta para penyumbang dan juga mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Friday, March 5, 2010

Temasya Sukaneka 2010

YDP PIBG bersama Guru Besar
Ibu bapa penjaga...mana anak aku ni..
Anak siapa ni menang hadiah?
Pendidikan Khas
eeehhh...

Laporan oleh M Shamsul

Temasya Sukaneka SKBB2 yang julung-julung kalinya diadakan dengan meriah dan penuh bersejarah. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Hussain Bin Abu Bakar yang telah menyempurnakan perasmian Temasya Sukaneka. Sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan. Lihat sahajalah rakaman foto diatas. Terima kasih kepada semua warga SKBB2 yang telah menjayakan Temasya Sukaneka Tahap Satu ini. Tahniah kepada anak-anak yang telah memenangi hadiah serta pingat hasil daripada usaha gigih dan setia kawan yang mereka tunjukkan. Inilah semangat kesukanan dan perpaduan yang telah ditonjolkan melalui sukan.