Pusat Latihan Balapan, SMK Nasiruddin Shah - Kejohanan Oleharaga dan Balapan MSSDB 2014 telah berlansung dari 16 hingga 20 Februari 2014. Menyaksikan SKBK mencatat rekod kejohanan yang membanggakan bagi tempoh 10 tahun dengan merangkul 2 emas dan 1 Gangsa. Pingat emas  diperolehi melalui acara Lompat Tinggi P12 yang diwakili oleh Adik Nur Aishah Solehah bt. Yaakub dengan memecah Rekod Kejohanan MSSDB dengan catatan ketinggian 1.27 meter. Adik Nur Aishah Solehah juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kejohanan dan Olahragawati Terbaik Kejohanan P12.
Adik Nur Aishah Solehah menerima Anugerah Olahragawati MSSSDB
yang disampaikan oleh YB. Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman, ADUN Kuala Besut. Anugerah Peserta Terbaik Kejohanan Kategori P12 Pingat Emas kedua diperolehi melalui acara 200meter L12 yang diwakili oleh Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli. Manakala pingat gangsa diperolehi melalui acara Lontar Peluru L12.
Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli menerima pingat Emas bagi Acara 200 meter L12 Dengan usaha gigih yang dicurahkan oleh para guru Olahraga serta usaha anak didik membuahkan hasil yang membanggakan SKBK.
Hit: 18 Laman Asal