Pantai Bukit Keluang, Besut - 2 September 2014, Program rehat Minda Murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR telah diatur dan dijalakan dengan jayanya. Objektif utama program ini adalah memberikan kerehatan minda serta mencetuskan emosi positif bagi calon UPSR kali ini.Program seawal 8.00 pagi ini berakhir jam 12.00 tengahari dengan dihadiri juga oleh semua guru tahun 6, GPK Pentadbiran serta Guru Besar SKBK sendiri.Seramai 82 orang calon UPSR terlibat dalam program ini.


Berkumpul mendengar taklimat Perjalanan program
Murid-murid menikmati makanan Tengahari dan juga bekal dari rumah.
Suasana yang mendamaikan di Pantai Bukit Keluang.
Antara guru-guru yang terlibat. Program ini berakhir jam 12.00 tengahari di mana 2 buah bas mengahantar pulang murid-murid ke sekolah dengan selamatnya. Rata-rata murid yang terlibat dalam program ini amat bergembira dan seronok, serta mereka dapat mencipta kenangan indah sebelum melangkah ke alam sekolah menengah tahun hadapan.
Hit: 3 Laman Asal