11 Oktober 2012 (Khamis) – Satu Lawatan Penanda Aras dan Bermaklumat dari SK Lubok Teras,Setiu telah datang ke SKKFST bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan daripada segi pengurusan guru – guru Penolong Kanan SKKFST di samping dapat berkongsi idea dan pendapat tentang kelebihan sekolah
 masing – masing.
Lawatan yang dihadiri oleh 6 orang guru itu telah diketuai oleh Guru Besar SK Lubok Teras sendiri iaitu En.  Che Wan Ralisyardy bin Che Wan Samiun.
Mereka tiba di SKKFST sekitar jam 9.00 pagi dan terus ke Makmal Komputer untuk mendengar sedikit taklimat daripada Puan Guru Besar SKKF sebelum mereka bertemu mata antara guru-guru Pen.Kanan.
Semoga kerjasama dan ilmu yang telah dikongsi dapat dibaikpulih dan diguna untuk pengurusan masing-masing.Pengurusan SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Lubok Teras atas lawatan tersebut.
pertemuan antara Guru Besar & Guru-guru Pen.Kanan SKKFST dengan SK Lubok Teras sedikit taklimat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar SKKF Guru Besar SK Lubok Teras menyampaikan Cenderakenangan kepada Guru Besar SKKF

 

Hit: 5 Laman Asal