Saturday 15 December 2012

Salam,
Selamat bercuti...
Tahniah kepada murid yang berjaya dalam UPSR.Murid yang berjaya mendapat keputusan 5A seramai 3 orang. Manakala 11 orang murid memperoleh  4A1B. Kami mendoakan agar murid-murid ini berjaya ditempatkan  ke sekolah menengah pilihan mereka sendiri.Bagi murid-murid lain pula masih belum terlambat.Cubalah mendapat skor terbaik apabila berada di sekolah menengah. Usaha tangga kejayaan.

Wednesday 7 November 2012

Salam Takziah Buat Guru Besar SKLB .

Ayahanda En.Nor hadi Bin Mohd Nor telah disemadikan pada 6/11/2012 bersamaan hari Selasa.Insyallah.Semoga roh ayahandanya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan ahli syurga.Amin..amin.yarabalalamin.
Hari Persaraan Hjh Melor Binti Hj Yunus.

Pada 7 November 2012 majlis Persaraan beliau telah dijalankan di dewan terbuka sekolah SKLB  pada jam 9:30 Pagi. Majlis beliau telah di datangi oleh pegawai PPD en.Saifullah,GB sekolah berhampiran dan guru GPK 1.Majils tersebut berlaku dengan riang gembira dan gilang gemilang.
Turut hadir dalam majils tersebut termasuk suami beliau,anak dan cucu kesayangan.
Berikut adalah tayangan multimedia versi  1
Pada waktu malam pula jamuan makan telah diadakan di Hotel Permaisuri MITC.Bermula jam bermula jam 8:30 hingga 11:00 malam.
Pada hari jumaat pula majlis bersara pula akan diadakan di dewan terbuka bersama murid-murid SKLB.

Selamat Bersara khas Buat Pn.Hjh Melor Binti Hj Yunus daripada  kami warga SKLB.

Monday 29 October 2012

Jasamu dikenang.

Salam..Aidiladha..
Setiap pengorbanan hanya Allah sahaja  yang membalasnya.

Kepada pengunjung laman sosial ini..terima kasih atas sokongan anda.

Pada 24/10/2012 Sukan Tahunan SKLB kali kedua telah berjaya dilaksanakan.
Ramai yang telah hadir termasuklah  YB Fong Chan Onn,ahli PIBG, ibu bapa, guru-guru dan murid -murid yang terlibat.

Syukur alhamdullilah, cuaca cerah dan panas. Aktiviti yang dirancang bergerak lancar.
Tanpa kerjasama semua pihak program ini tidak akan berjaya..tahniah SKLB.

Renungan untuk difikirkan.

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."


Wednesday 27 June 2012

Salam 1m1s 1m.
Sekarang cikgu-cikgu sukan sedang sibuk menjalankan aktiviti sukan.
Tahniah..kerana masih besemangat tinggi..
Aktiviti yg sedang berjalan pd minggu ini adalah Perkhemahan 1m1s di SMK Lubuk Cina.(29/30/1)bulan 6 ini,3 hari 2 malam..
Kemudian disusuli dengan senamrobik 1m1s pula pada 10 /7/2012.
Disamping itu pula  sukan permainan pula tengah rancak dilaksanakan pada setiap hari petang selasa..
Syabas-syabas kepada semua guru yang terlibat.
Terima kasih semua..

Wednesday 23 May 2012

Salam,
Kata pujangga,Ingatlah
Kita berkerat rotan dan berputus arang demi perjuangan yang berjerebu.
Kita rebut merebut apa-apa jawatan dan sanggup caci maki rakan sebangsa asalkan kita boleh ke hadapan. Kita tidak pernah sedar bahawa semakin kita galak bersorak maka semakin rancak gong dan gendang dipalu untuk kita semakin leka menari walaupun semakin sumbang.
Bunuhlah nyamuk dan jangan bakar kelambu.
Kita bekerja sebumbung, makan semeja dan hidup dengan mesra serta janganla ada sengketa.
Buangla yang keruh ambillah yang jernih.
Semoga ceria selalu.Amin.