Tuesday, October 31, 2017

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DAN OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2017

Pada 13 dan 14 Oktober 2017, diadakan 1 perkhemahan selama 2 hari 1 malam bertempat di sekolah.
Seramai 22 orang murid menyertai program perkhemahan tersebut. 
Banyak program yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya ialah Pertandingan Membina Gajet menggunakan bahan kitar semula, Gotong Royong Operasi membersihkan Surau Al Habshee, PPR Laksamana. Murid muslim dan bukan muslim turut serta membersihkan kawasan persekitaran PPR.
Antara program lain dijalankan ialah BBQ pada waktu malam, persembahan kebudayaan murid dan aktiviti burung hantu.
Semoga murid mendapat ilmu dan pengalaman yang bermanfaat melalui aktiviti perkhemahan tersebut.

























Tuesday, May 16, 2017

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Pada 13 Mei 2015, Sabtu bertempat di SJK(c) Salak South,
2 orang wakil guru pemimpin iaitu En Mohd Alhafiz Bin Omar dan en Redzuan Bin Bajri menghadiri kursus kemimpinan Manikayu Pengenalan.

Seramai 50 peserta kursus menghadiri kursus ini sehari dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Modul Manikayu pengenalan digunakan dan guru pemimpin mendapat banyak input dan pengetahuan berkaitan asas pengakap dan sejarah.

Didalam siri kursus ini juga diadakan sesi soal jawab dan juga pendedahan lebih jelas mengenai ilmu kepengakapan khususnya perlaksanaan dan program pengakap.












Tuesday, April 25, 2017

BLOG RASMI PENGAKAP SKPKJP

Semua warga pelawat dan pembaca blog skpkjp.

memaklumkan penuibuhan blog rasmi Pengakap SKPKJP secara rasmi.

https://pengakapskpkjp.blogspot.my/

Tuesday, April 12, 2016

MTQ Pendidikan Khas JPWP Kuala Lumpur

MTQ peringkat JPWPKL telah diadakan selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 April 2016 bertempat di SMK Alam Damai. SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menyertai dua pertandingan iaitu pertandingan bercerita dan menulis khat. SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah mengondol tempat pertama bagi pertandingan bercerita bagi kedua-dua kategori dan ketiga bagi menulis khat.

Senarai pemenang :

1. Muhammad Izz Hakimy 3 Perdana - Tempat pertama bercerita lelaki kategori BD
2. Nurin Atiqah 4 Perdana - Tempat pertama bercerita perempuan kategori BD
3. Muhammad Firas Amsyar 2 Perdana - Tempat ketiga menulis khat
4. Nur Qistina 4 Perdana - Tempat keempat menulis khat.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pemenang yang telah meharumkan nama SK Pendidikan Khas Jalan Peel di peringkat JPWP Kuala Lumpur.




Friday, April 8, 2016

Program Badan Sihat Minda Cerdas

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan program "Badan Sihat Minda Cerdas". Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan menjaga kesihatan semasa di rumah mahupun di sekolah. Selain itu, murid tahap dua menjalani ujian SEGAK bagi mengetahui tahap fizikal dan kesihatan mereka. Murid tahap satu membuat poster makan sihat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel.






Wednesday, April 6, 2016

Kempen Membaca 1Malaysia

Program ini diadakan serentak di kebanyakan sekolah di Malaysia. Program ini bermatlamatkan untuk menyemai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel turut menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menganjurkan program ini. Program ini diadakan di pusat sumber sekolah selama 2 jam. Semoga budaya membaca di kalangan warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel terus berkekalan. Amin...




Monday, March 28, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

Majlis ini telah diadakan di Dewan UMNO Cheras dan dihadiri oleh semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Seramai tiga orang warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel menerima anugerah bagi perkhidmatan cemerlang mereka pada tahun 2015. 

Senarai penerima APC Tahun 2015

1. Encik Mohd Redzuan Bin Bajri
2. Encik Mohd AlHafiz Bin Omar
3. Puan Siti Normah Binti Itar

Tahniah dan syabas ke atas mereka. Semoga kecemerlangan mereka akan dijadikan motivasi buat warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel yang lain. Amin...