MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PENGENALAN
Kem Membaca 1Malaysia
2015 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah
Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama
pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam
melaksanakan program ini.
KM1M Tahun 2015 akan dilaksanakan bermula dari 21
hingga 23 April 2015.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para
pelajar akan dapat :
2.1. Menggerakkan program galakkan membaca.
2.2. Memupuk minat membaca secara berterusan.
(khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat)
2.3. Mencungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku.
2.4. Menjadikan
PSS sebagai tempat rujukan bahan
bacaan dan memperkukuhkan kemahiran
maklumat dalam kalangan murid.