SK.SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SELASA)- Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan pada hari bagi peringkat Sk. Sibugal Besar. Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Bagi memeriahkan dan menyemarakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan untuk semua, acara ini diadakan secara serentak di Peringkat Kebangsaan disemua peringkat termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, IPGM, Matrikulasi dan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara.
Seawal jam 7.00 pagi, murid-murid dan para guru berkumpul di Dewan Tengku Abd Rahman Putra, Sk. Sibugal Besar bagi menjayakan program tersebut. Program dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara, lagu negeri Sabah dan lagu Sk. Sibugal Besar dan diikuti dengan bacaan doa. Ucapan aluan disampaikan oleh Guru Besar Sk. Sibugal Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak. Seterusnya, acara senamrobik diadakan secara beramai-ramai. Senamrobik merupakan inti program serentak tahun ini bagi program 1Murid 1Sukan tahun ini.
Dengan kerjasama para guru dan murid-murid, program yang diadakan pada hari ini telah mencapai kejayaan. 



Hit: 22 Laman Asal