TERKINI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

- TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013  GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI: Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA: Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

- SURAT SIARAN DARIPADA KPM - Surat Siaran - Makluman Berhubung Skim Perlindungan Insuran Takaful Murid Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013- klik borang tuntutan di sini

- SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIL 3 TAHUN 2003- GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) - klik di sini
Hit: 9 Laman Asal