SKT: 2019

23 July 2019

MAJLIS SUMBANGAN BUKU JAKSA PENDAMAI

Pada 19 Julai 2019 (Jumaat) yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Buku untuk Pusat Sumber SK Tedong. Majlis ini diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong. Buku-buku tersebut berjumlah 131 buah bernilai RM8814.45 merupakan sumbangan daripada Jaksa Pendamai Negeri Melaka. Di majlis ini, seramai 10 orang Jaksa Pendamai Negeri Melaka telah hadir diketuai oleh Datuk Rahim bin Abu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jaksa Pendamai Negeri Melaka kerana sudi menyumbangkan buku-buku tersebut kepada Pusat Sumber SK Tedong. Budi baik datuk dan datin akan dikenang.







15 July 2019

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR

Pada 11 Julai 2019, telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR di Surau SK Tedong. Majlis bermula pada jam 7.00 malam. Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin, Tazkirah, Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Solat Hajat berjemaah. Majlis ini dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz Ahmad Dhiya' Ul Hafiz bin Muhammad Muchtar, Mudir Maahad Tahfiz Dhiya' Al Mursyideen, Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka.
Sambutan majlis amat membanggakan di mana para ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 ramai yang hadir. Semoga anak-anak Tahun 6 terus cemerlang dunia dan akhirat.





11 July 2019

CERAMAH KESIHATAN

Ceramah Kesihatan tentang gaya hidup sihat telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong pada 11 Julai 2019 (Khamis) bersempena Bulan Kecergasan Peringkat SK Tedong. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Norhasyimah binti Hj Hasan dari Unit Promosi, Pusat Kesihatan Merlimau. Input yang diberikan amat berguna kepada warga SK Tedong untuk menjalani kehidupan yang sihat.






10 July 2019

PELANCARAN BULAN KECERGASAN

Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat SK Tedong 2019 telah diadakan pada 9 Julai 2019 (Selasa). Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Karim bin Miskiran selaku Guru Besar SK Tedong. Selepas majlis pelancaran, diadakan senamrobik. Semua warga SK Tedong menjayakan program ini.





Program Jelajah Sekolah BLINK

Program Jelajah Sekolah BLINK telah datang ke SK Tedong pada 4 Julai 2019 bersamaan hari Khamis (7.30 am - 8.30 am)
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bicara bersama penulis En Khairil Bin Kamarudin, bermesra dengan Maskot Teddy BLINK, Kuiz spontan dan sumbangan buku oleh pihak BLINK kepada murid-murid yang bertuah. Acara penutup ialah sesi bergambar bersama penulis & maskot,  pameran dan jualan buku.





27 June 2019

HARI TERBUKA 2019



Pada 27.6.19 (Khamis), SK Tedong telah mengadakan Hari Terbuka. Program ini bertujuan memberi taklimat dan perbincangan tentang pencapaian murid-murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tahniah dan syabas diucapkan kepada para ibu bapa yang telah hadir ke program ini. Semoga anak-anak akan terus maju jaya dalam pelajaran.