Friday 11 July 2014

GST

Apa itu CBP ?



CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.










Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain."Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.

Alasan untuk matlamat hidup yang tinggi. Cita-cita membuat anda lebih bahagia

Orang yang bercita-cita tinggi cenderung bersikap lebih berpuas hati daripada jangkaan lebih rendah, kata satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Research.

Arah matlamat bergantung kepada dua faktor dalam fikiran,harapan dan nilai. 'Harapan" merujuk kepada anda percaya anda akan berjaya, dan "nilai" merujuk kepada bagaimana ianya akan menjadi kebaikan jika anda berjaya mencapai matlamat.