Adab terhadap ibubapa
Konsep Keibubapaan
- Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
- Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
- Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa
Sebab-Sebab Perlu Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa.
Kalau kita berbakti kepada ibu bapa Allah ;
- Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
- Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa
Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
- Amalan ini tuntutan agama
- Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
- Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
- Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
- Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
- Berbuat baik kepada rakan mereka
- Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
- Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
- Merendah diri dan menghormati mereka
ADAB TERHADAP IBU BAPA
PERCAKAPAN
Bercakap dgn hormat dan sopan santun
Merendahkan suara dihadapan mereka
Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap
PERGAULAN
Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
SEMASA HIDUP
Menjaga mereka semasa tua dan sakit
Memberi nafkah kepada mereka
Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama
Mendoakan kesejahteraan mereka
SETELAH MENINGGAL
Mendoakan keampunan untuk mereka
Membayar hutang mereka sekiranya ada
Melaksanakan wasiat mereka Berbuat baik kepada sahabat mereka
KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;
- Mendapat keberkatan hidup
- Disayangi keluarga
- Mendapat ganjaran pahala
- Ikatan keluarga bertambah kukuh
- Mendapat balasan syurga di akhirat
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
- Runtuh institusi kekeluargaan
- Kehidupan tidak diberkati Allah
- Mengancam keharmonian masyarakat
Penghayatan
- Patuh dan taat kepada ibu bapa
- Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
- Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya
LATIHAN
- Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
- Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
- Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I. semasa mereka hidup
II. semasa telah meninggal dunia
- Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
- Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa