Sungai Garama terletak 115 km dari Kota Kinabalu. Di tebing sungai ini kita dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga tumpuan utama ialah monyet Proboscis ataupun dikenali juga dengan nama kera Belanda (ingat lagi video WWF masa sekolah dulu). Gambar di atas adalah bot yang digunakan untuk menyusuri Sungai Garama.

Sewaktu menunggu untuk menaiki bot menyusuri Sungai Garama.

Jamuan ringan disediakan oleh pihak penganjur sebelum menaiki bot.

Pemandangan di sekitar jeti Garama River Cruise.

Anak lelaki aku, Zul Azhari, takut menaiki bot

Ibunya pun takut jugak tu, buat-buat berani

Pemandu pelancong kami, En Rashid. Cuba lihat pemandangan sekitar sungai, dalam kepala aku mengingatkan pada filem Anaconda, Rogue dan Alligator (nasib baik tak jumpa buaya)

Kawanan bangau yang ditemui.

Sekumpulan monyet di atas jambatan

Inilah kera Belanda yang menjadi tumpuan, malangnya dia menyembunyikan mukanya, tak dapat nak ambil gambar hidungnya yang panjang.

Burung raja udang.

Perkampungan di tebing sungai

Buaya tidak ditemui, tetapi terjumpa suku sakatnya

Pemandangan indah waktu senja di dalam hutan
Hit: 21 Laman Asal