James A. Garfield (19 November 1831 - 19 September 1881) Presiden Amerika Syarikat yang ke-20. Ditembak pada 2 Julai 1881 oleh Charles J. Guiteau.


John F. Kennedy (29 Mei 1917 - 22 November 1963) Presiden Amerika Syarikat yang ke-35. Mati ditembak pada 22 November 1963 oleh Lee Harvey Oswald.


Abraham Lincoln (12 Februari 1809 - 15 April 1865) Presiden Amerika yang ke-16. Mati ditembak pada 15 April 1865 oleh John Wilkes Booth.


William McKinley (29 Januari 1843 - 14 September 1901) Presiden Amerika yang ke-25. Ditembak pada 5 September 1901 oleh Leon Frank Czolgosz tetapi mati lapan hari kemudian akibat serangan gangren pada luka kesan tembakan.


Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober 1869 - 30 Januari 1948) Bapa Kemerdekaan India. Mati ditembak pada 30 Januari 1948 oleh Nathuram Godse.


Indira Gandhi (19 November 1917 - 31 Oktober 1984) Perdana Menteri India yang keempat. Mati ditembak pada 31 Oktober 1984 oleh Satwant Singh dan Beant Singh yang mana merupakan pengawal peribadinya sendiri.

Rajiv Gandhi (20 Ogos 1944 - 21 May 1991) Perdana Menteri India yang ketujuh. Mati akibat dibom oleh pengebom berani mati sewaktu menghadiri satu majlis di sebuah kampung bernama Sriperumbudur pada 21 May 1991. Pengebom tersebut merupakan seorang wanita dikenali sebagai Thenmuli Rajaratnam, dikenali juga dengan nama Gayatri atau Dhannu. Wanita tersebut adalah anggota pengganas LTTE.


Yitzhak Rabin (1 Mac 1922 - 4 November 1995) Perdana Menteri Israel yang kelima. Mati ditembak pada 4 November 1995 oleh Yigal Amir, seorang Yahudi Ortodoks berhaluan kanan.


Benigno Aquino Jr. (27 November 1932 - 21 Ogos 1983) Senator Filipina. Mati ditembak pada 21 Ogos 1983 di Lapangan Terbang Manila (kini dipanggil Lapangan Terbang Ninoy Aquino) oleh pembunuh upahan.


Rafiq al-Hariri (1 November 1944 - 14 Februari 2005) Bekas Perdana Menteri Lubnan sebanyak dua kali iaitu yang ke-41 dan yang ke-43. Meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 20 Oktober 2004 malangnya telah terbunuh apabila keretanya dibom pada 14 Februari 2005.


Anwar El Sadat (25 Disember 1918 - 6 Oktober 1981) Presiden Mesir yang ketiga. Mati ditembak pada 6 Oktober 1981 oleh Khalid Islambouli sewaktu menghadiri perarakan hari kemerdekaan.


Zulfikar Ali Bhutto (5 Januari 1928 - 4 April 1979) Presiden Pakistan yang keempat. Mati digantung pada 4 April 1979 atas arahan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq.


Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) Bekas Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali iaitu pada 1988 - 1990 dan 1993 - 1996. Mati ditembak pada 27 Disember 2007 selepas selesai memberikan ucapan sewaktu berkempen untuk pilihanraya Pakistan 2008. Pembunuhnya masih belum dikenalpasti. Bagaimanapun, komander Al-Qaeda, Mustafa Abu al-Yazid mengaku bertanggungjawab dan menuduh Benazir sebagai aset penting Amerika Syarikat.


Solomon Bandaranaike (8 Januari 1899 - 26 September 1959) Perdana Menteri Sri Lanka yang keempat. Mati ditembak oleh Talduwe Somarama yang telah menyamar sebagai sami Buddha untuk mendekati Solomon dan menembaknya.


Nihat Erim (1912 - 19 Julai 1980) Perdana Menteri Turki selama 14 bulan dari tahun 1971 hingga 1972. Mati ditembak di Istanbul pada 19 Julai 1980 oleh dua orang lelaki. Kumpulan militan berhaluan kiri Turki Dev Sol mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.


Ngo Dinh Diem (3 Januari 1901 - 2 November 1963) Presiden Vietnam Selatan yang pertama. Mati ditembak pada 2 November 1963 oleh Kapten Nguyen Van Nhung dalam kejadian rampasan kuasa.

Ahmed Hussein al-Ghashmi (1941 - 24 Jun 1978) Presiden Republik Arab Yaman yang keempat. Mati terbunuh apabila beg bimbit yang dibawanya meletup sewaktu pertemuannya bersama wakil daripada Republik Demokratik Rakyat Yaman. Letupan itu telah membunuh dirinya bersama-sama wakil tersebut.

Sumber : Dewan Masyarakat, wikipedia
Hit: 29 Laman Asal