Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 21, 2009

Inap Desa Bagan Datoh

Homestay di Bagan Datoh (imej dari blazenet.blogspot.com)

Bagan Datoh mula diterokai sekitar tahun 1900. Ia dikenali sebagai 'Coconut Paradise'.

Bagan Datoh terkenal sebagai pembekal kelapa dan produk berasaskan kelapa yang terbesar di Malaysia.

Bagan Datoh terletak di muara Sungai Perak yang menghala ke Selat Melaka di bahagian barat negeri Perak dalam Semenanjung Malaysia.

Inap Desa atau Homestay Bagan Datoh ditubuhkan atas usaha Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dirasmikan pada 26 Januari 2006 oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Inap Desa di Bagan Datoh terdiri dari 13 kampung yang mengambil bahagian terletak di daerah Hilir Perak dalam negeri Perak dan merupakan di antara yang terbesar di Malaysia.

Terdapat 100 buah rumah/keluarga yang mengambil bahagian menyediakan pelbagai kemudahan seperti penginapan, makanan, aktiviti dan lawatan kampung.

Bagan Datoh terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuala Lumpur. Pengunjung boleh sampai ke sini dengan menaiki kenderaan darat seperti teksi dan bas.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam sangat menggembirakan melalui pemandangan indah dan perhentian di beberapa lokasi terpilih.

Sumber: Sinar Harian

No comments: