Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dahulunya dikenali sebagai Hospital Ipoh merupakan sebuah hospital kerajaan di Ipoh, Perak. Ia mula dibina pada tahun 1981 sebagai Hospital Daerah dengan keupayaan 50 buah katil.

Hospital Ipoh kemudiannya telah dinaiktaraf sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Pada tahun 1980, sebuah bangunan utama lapan tingkat siap dibina dan beberapa bangunan sokongan lain turut dibina. Antara bangunan lain yang dibina termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005).

Dengan peningkatan infrastruktur dan tenaga kerja, pada hari Khamis 12 Jun 2008, nama hospital ini telah ditukar kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ia kini memiliki 990 buah katil.

Sumber: wikipedia
Hit: 11 Laman Asal