Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 25, 2011

Putrajaya


Putrajaya mempunyai seramai 70,000 penduduk dan berkonsepkan Bandar Raya Dalam Taman.

Putrajaya sebelum ini merupakan sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar.

Putrajaya seluas 4,931 hektar dan dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion.

Lokasinya berada di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia (MSC).

Terdapat 20 kementerian dan 51 jabatan/agensi kerajaan.

Sebanyak 21,204 unit rumah telah pun siap dibina.

Putrajaya menerima hampir 3 juta pelawat pada tahun 2009 dan 2010.

Kumpulan dari negara China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Singapura, Korea dan Indonesia merupakan yang tertinggi melawat bandar ini.

Putrajaya menjadi venue bagi aktiviti bertaraf antarabangsa seperti Floria Putrajaya, Putrajaya International Fireworks Competition, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta, Putrajaya International Waterski Championship, Le Tour de Langkawi dan Putrajaya Sailing Week.

Pelbagai pengiktirafan diterima oleh Putrajaya antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan, Bandar Mampan dalam MURNInet, Anugerah Cemerlang MDEC dengan penarafan 5 bintang dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Putrajaya, sila layari www.ppj.com.my

Sumber: Kosmo!

No comments: