Saturday 2 July 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1432H

Panitia Pendidikan Islam memanjatkan setinggi kesyukuran kerana dengan rahmat-Nya program Sambutan Israk Mikraj tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya secara sederhana dan penuh keinsafan pada hari ini ( 1 Julai 2011) bersamaan 29 Rejab 1432H . Seawal 7.15 pagi lagi corong radio sekolah telah berkumandang dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir puji-pujian...


Tepat jam 7.30 pagi Ceramah khas Sempena Israk Mikraj telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan :  Ustaz Yusof  Bin Tahir  (Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Rembau). Para pelajar dan guru berpeluang menghayati sirah  Rasulullah khususnya perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam penuh sejarah iaitu Israk Mikraj dan kefardhuan ibadat solat. Disamping itu tuan penceramah turut berkongsi dengan pelajar keberkatan, kebesaran dan kelebihan bulan Rejab. 


Program diteruskan dengan program bacaan Yasin, solat sunat taubat,dan solat hajat  kemenangan   umat Islam Palestin Semenanjung  Ghaza.


Semoga program ini banyak manfaatnya kepada warga SMKTTJ untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.


Saksikan peristiwa hari ini penuh keinsafan...





No comments:

Post a Comment