Majlis Perpisahan Tuan Pengetua
Hari : khamis
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan
Jamuan : Holiday Villa cherating (2.oo ptg)
Portal ini dikhaskan untuk Warga SMTeknik Kemaman menyampaikan maklumat & memberi pendapat
Visi - Misi - Piagam Pelanggan - Profil Sekolah - Sejarah SekolahAKTIVITI MINGGU INI
UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768
GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.
PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. lagi (wikipedia)