Monday 27 June 2011

Kegembiraan

Adakah kegembiraan itu penting? Ya, ia sangat penting dalam hidup individu. Bukti kajian menunjukkan bahawa individu yang gembira mempunyai sistem pengimunan yang lebih kuat. Ini membawa kepada cadangan bahawa mereka mempunyai kesihatan yang lebih baik dan hidup lebih lama berbanding individu yang tidak gembira. Mereka juga cenderung untuk berjaya di tempat kerja dan mempunyai hubungan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga lebih kelihatan menarik kepada orang lain.
Individu gembira kelihatan menyukai diri mereka berbanding individu yang tidak. Mereka mampu menerima komen dengan lebih terbuka dan mengatasinya dengan lebih baik. Mereka juga mampu membuat keputusan dengan lebih baik dan cenderung menjadi seorang yang kreatif. Sangat berbeza dengan individu yang gembira, individu yang tidak kelihatan meletak usaha dan masa yang banyak terhadap tanda-tanda kegagalan. Mereka terlalu berhati-hati. Kesannya perkara ini menyedut tenaga mereka.
Terdapat bukti bahawa bahawa sesetengah kumpulan dan individu yang lebih gembira daripada yang lain. Berdasarkan kajian, negara Latin kelihatan seolah-olah lebih gembira berbanding negara di Kepulauan Pasifik. Terdapat 2 perkara utama sangat berkait rapat terhadap ini. Kekayaan dan keadaan demokratik masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa kemisikinan mampu membuat masyarakat sesebuah negara itu tidak gembira.
Walau bagaimanapun, kekayaan yang banyak tidak menunjukkan sesebuah negara itu gembira. Kajian juga menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap materialistik individu itu, semakin kurang gembiranya dia. Selain itu, individu yang gembira juga kelihatan mempunyai ramai kawan.