[womenday[5].gif]
8 Mac muncul lagi,Ummi tak ingatpun ,yg ingat bila pagi tadi Radia Hot FM dok sebut, rasa baru ja tahun lepas Ummi letak gambar ni,tahun ni letak lagi.
Ha ha anda yang mana satu di atas , apa pun ok la....... Kita ni bersyukur banyak dijadikan wanita sebab tiap hari kitalah yang memulakan hari dan menutup hari,sebab kita yang start buka pintu,tingkap dan kitalah juga yang tutup pintu tingkap dan yang penting check betulka pintu-pintu telah dikunci sebelum tidur malam. Anak2pun apa2 cari kita dulu,walaupun diaorang rapat dengan ayah,kalau dok kat hostel sure call mak ,kalau ayah angkatpun nak cakap dengan mak,betoi dak !.
Dalam keluarga pun kita jugalah jadi jurucakap dan pakar runding,sebab kita idea banyak walaupun sebenarnya Allah jadikan Kaum Adam yang pandai tapi selalunya Kaum Hawa yang tunjuk pandai.
Kaum adam ada 9 akal 1 nafsu ,sedangkan Kaum Hawa 9 nafsu 1 ja akal, maka gunakanlah sebaiknya.
Kelebihan wanita  dalam Islam yang Ummi jumpa,tapi sebenarnya ada banyak lagi.......

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.” 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh. 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S. 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. 6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga. 7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
Kalau dalam bekerja.............
  1. Perempuan lebih cepat tertekan sebab nak siapkan jugak walau apa jadi.. 2. Serius dalam bekerja walaupun pot pet pot pet. 3.Kalau jadi bos besar,selalu orang kata "bos pompuan ka ! macam mana, ok pa............
APAPUN BERBANGGALAH DAN BERSYUKURLAH MENJADI WANITA......


Hit: 16 Laman Asal