Aku memang tak percaya dengan statistik H1N1 kat paper sekarang ni. Kadar kematian sorang, dua orang... dan ada hari2 takde kematian langsung. Itu statistik seluruh Malaysia tu.. Hiss.... betul ke? Kenapa berlainan betul dengan banyak cerita kematian yang aku dengar dari orang sekeliling aku? Kadang2 satu hari tu sampai 3 berita kematian aku dengar. Sumbernya memang aku tak ragukan kesahihannya. Apa sebenarnya motif kerajaan tentang perkara ni? Kenapa nak sembunyikan perkara besar yang mengancam nyawa rakyat? Takut rakyat panik ke? Aku rasa, lebih baik panik daripada cool je. Panik akan membuatkan kita melakukan sesuatu untuk melindungi diri kita contohnya pakai mask, kurangkan keluar ke tempat public dan jaga kebersihan. Ini tak. Aku tengok kebanyakan orang Malaysia ni selamber je. Terutama yang tak sihat tu, selsema sok sek sok sek, batuk kung kang kung kang pun bukannya reti nak pakai mask. Kalaulah dia ada "ili", ada simptom H1N1 atau yang lebih dahsyat memang infected dengan H1N1 tapi masih nak menyusahkan orang pergi gak kat public, kot2 dia menjangkitkan penyakitnya kat orang2 tua yang terpaksa keluar naik bas sebab anak2 tak dapat hantar pergi hospital ke, kedai ke, tak ke kesian kat orang tua tu.... Entahlah... tak larat nak cakap dah. Aku mesti bersabar bulan2 puasa ni.
Hit: 26 Laman Asal