○ SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAWAT YANG DIKASIHI ○ HARI PERSEKOLAHAN AKAN BERMULA PADA 08/11/2021 (ISNIN) ○ PRA SEKOLAH AKAN BERMULA PADA 24/10/2021 ○ Alert!! Awas Penularan Covid-19 ○ Jaga Penjarakkan Anda sekurang² 1 meter ○ Kerap membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka

Monday 13 December 2021

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

 

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

    > Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
    > Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
    > Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
    > Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

    > Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
    > MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang
       komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta 
       pembimbing kepimpinan.
    > Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG 
       BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

    > Memantapkan kepimpinan sekolah.
    > Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
       Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
    > Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan
        demi kejayaan murid.


   BAHAN TS 25 : DOWNLOAD SINI 

Wednesday 27 October 2021

Sekolah di Johor, Terengganu beroperasi ikut ketetapan Fasa 4 PPN pada 7 November




Kementerian pendidikan (KPM) hari ini berkata operasi institusi pendidikan di Johor dan Terengganu yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 7 November, dua minggu selepas ia beralih fasa yang akan berkuat kuasa esok. Sehubungan itu, menurut KPM, sebelum 7 November, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Johor dan Terengganu akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa Tiga PPN. “Bermula 7 November 2021, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM di negeri Johor dan Terengganu adalah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat PPN. 

 “Ini turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) sekolah rendah serta murid Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat sekolah menengah,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

 Bagaimanapun, sekolah di bawah KPM di dua negeri itu hanya akan memulakan operasi pada 8 November kerana 7 November adalah cuti tambahan sempena perayaan Deepavali, sementara institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM beroperasi mengikut takwim masing-masing. 

 Dalam pada itu, KPM berkata kehadiran murid Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sekolah menengah bagi negeri Johor dan Terengganu akan bermula pada 14 November 2021, iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN. KPM turut menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. 12 September lalu, 

Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengumumkan pembukaan semula sekolah di seluruh negara akan dilaksanakan berdasarkan fasa-fasa yang ditetapkan di bawah PPN dengan sistem giliran di mana pelajar bagi setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjalani sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober depan. KPM juga sedang mempertimbangkan supaya Tingkatan Lima sekolah menengah boleh hadir ke sekolah tanpa sistem giliran berdasarkan kadar vaksinasi yang tinggi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...