UNIT PERANCANGAN STRATEGIK
- Merangka, merancang hala tuju organisasi dengan mengenalpasti projek-projek yang viable untuk industri kraf.
- Menyediakan rancangan belanjawan pembangunan lima tahun dan tahunan.
- Menyediakan kajian semula perancangan program dan belanjawan di bawah Kajian Separuh Penggal.
- Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program/projek selaras dengan objektif, polisi dan hala tuju organisasi.
- Menyedia ringkasan eksekutif bagi permohonan bajet mengurus, one-off dan dasar baru.
- Menyelaras keurusetiaan Mesyuarat Jemaah, Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Pengarah Bahagian & Cawangan dan mesyuarat dengan agensi -agensi lain.
- Menyediakan jawapan dan laporan maklumbalas Parlimen,Jemaah Menteri, Pasca Kabinet dan mesyuarat Kementerian.
- Menyediakan :-
- Kertas kerja dasar
- Laporan tahunan
- Laporan pencapaian organisasi
- Taklimat korporat
- Teks ucapan dan talking points
9. Menyelaras urusan berkaitan Jemaah Kraftangan Malaysia
UNIT KAJIAN INDUSTRI KRAF
1. Kajian Industri Kraf
- Mengenalpasti dan mencadangkan kajian yang hendak dijalankan.
- Menganalisis maklumat daripada hasil penemuan kajian data import / eksport.
2. Kajian Usahawan
- Melaksanakan kajian usahawan kraf.
- Menganalisis maklumat bagi tujuan perancangan.
3. Kajian Impak
- Melaksanakan kajian keberkesanan pelaksanaan program pembangunan.
4. Mengumpul, menganalisa dan menghebahkan maklumat industri kraf.
5. Menyediakan laporan status industri kraf.
6. Mendokumentasikan bahan kajian sebagai rujukan dan pengedaran.
7. Membekalkan maklumat industri.
UNIT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
1. Menyelaras urusan hubungan dua hala dengan negara luar.
2. Penyelaras kepada urusan hubungan antara pertubuhan / institusi antarabangs di dalam isu pembangunan industri kraf seperti yang berikut:
- World Crafts Council Asia Pacific Region (WCC APR)
- World Crafts Council International (WCCI)
- United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
- ASEAN Committee On Culture & Information (COCI)
3. Perolehan perkhidmatan kepakaran dan bantuan teknikal dari luar negara.
4. Menyelaraskan urusan lawatan anggota kerja dan Jemaah Kraftangan Malaysia ke luar negara.