Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah yang tiada kuasa selainNYa.
Entri ini bukan menuding jari menyebelahkan mana pihak. Tetapi entri
yang ingin ku tulis ini adalah untuk peringatan buat diri yang kian alpa
menelan diri ke lembah yang lebih hina dari haiwan. Wahai sahabat-sahabat
sekalian, Allah ada memberi ayat amaran kepada kita akan “La Taqrobuzzina”-jangan
Dekati zina. Dan zina itu lah termasuk zina melalui pembohongan. Perkara yang
paling Allah sendiri bencikan yakni berbohong. Pada fikiranku bohong atau
istilah menipu terjatuh dalam satu jenis zina selain zina tangan dan zina hati.
Dan umum juga kita ketahui, zina merupakan dosa besar disisi Allah. Bukan
sahaja kepada Allah, tetapi ia juga melibatkan orang lain sekiranya pembohongan
itu melibatkan diri kita dan orang lain. Kerana 1 pembohongan kita dapat
melibatkan ramai orang dan lebih menyedihkan apabila kita berbohong pada bakal
Suami kita sendiri. Wahai asdiqa’ku sekalian, penulisanku ini bukanlah luahan,
dan ini adalah pengajaran buat diriku dan terpulang pada kalian menilai sejauh
mana kebenarannya. Sekali kita lakukannya, ia dapat meruntuh segala tebing
kepercayaan dalam hubungan. Ia hanya bermula dengan media social. Dan dek
kelalaian kita dengan media social, kita mula lupa dan alpa bahawa bakal suami
kita tidak tahu akan kita lalai dengan media social. Jika hati ini sahaja yang
runtuh apabila bakal suami sedih begini, apatah lagi beliau yang sentiasa
percayakan kita. Dan buat diriku, jangan anda mengharap si suami akan letak kan
kepercayaan pada kita. Wahai diri, sekali Allah memberi kita peluang, gunakan
lah sebaiknya. Janganlah aku menilai
segala kesempurnaan orang lain, tetapi audit diri sendiri baru anda layak utk audit
mereka.
Ibarat kisah si pengembala kambing yang menipu orang kg. akan kambingnya
dicuri sehinggakan pada suatu tahap mereka tidak lagi mempercayainya. Dan akhirnya,
musnah lah rezeki si pengembala kambing kerana kesemua kambing telah dimakan
musang si haiwan binatang buas.
;(