Selasa, 18 September 2012

Kedah tuntut Felcra RM200 juta


Nasional
 Kedah tuntut Felcra RM200 juta

Kedah tuntut Felcra RM200 juta

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri.

Isnin, 3 September 2012

Felcra Bayar Dividen RM400 Juta


Felcra Bayar Dividen RM400 Juta

TEMERLOH- Felcra menjadi agensi terbaru memberi duit raya apabila memperuntukkan RM400 juta bagi bayaran dividen kepada 85,000 penerokanya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Katanya, peserta Felcra akan menerima durian runtuh masing-masing berdasarkan keluasan tanah milik mereka yang akan dibayar mulai minggu hadapan.
“Jika peneroka Felda menerima durian runtuh daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), peserta Felcra juga bakal menerima dividen hasil pengeluaran ladang mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Peserta Felcra Berhad Bersama Menteri di Kerdau dekat sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Juzilman Basir dan Pengarah Felcra Pahang, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Karim.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta untuk peneroka Felda di seluruh negara.
Sabtu lalu, RISDA turut mengagihkan dividen 2011 berjumlah RM314.6 juta untuk 39,306 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok dan Tanam Semula Komersial di seluruh negara.
Menurut Mohd. Shafie, pendapatan Felcra Berhad dijangka mencecah sehingga RM800 juta pada akhir tahun ini berikutan permintaan produk sawit yang tinggi di pasaran dunia.
Katanya, Felcra akan menyusun beberapa strategi bagi meningkatkan lagi hasil pendapatannya dengan menumpukan pada program pembajaan dan menggunakan benih kelapa sawit berkualiti bagi menghasilkan pengeluaran ladang yang berlipat kali ganda.
Selain hasil perladangan katanya, Felcra merancang untuk mempelbagaikan aktivitinya bagi menambah pendapatan dengan menceburi pelaburan hartanah dan sebagainya.
“Felcra tidak boleh terlalu bergantung pada hasil ladang secara berterusan kerana ia tidak seperti Felda yang mempunyai ladang yang luas, tetapi perlu melakukan sesuatu anjakan untuk menambahkan pendapatan agensi,” katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pengurusan dan jentera pentadbiran Felcra yang terus berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing korporat. – Utusan Malaysia

Mahkamah tangguh injunksi Felcra terhadap 20 peserta


Mahkamah tangguh injunksi Felcra terhadap 20 peserta

February 28, 2012
Permohonan injunksi itu bagi menghalang kesemua defendan dari memasuki bahagian tanah yang terletak di Mukim Lambor Kanan, Felcra Nasaruddin Belia.
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran permohonan injunksi oleh Felcra Berhad terhadap 20 pesertanya bagi
menghalang mereka menuai, mengutip atau memotong hasil kelapa sawit di atas kesemua 20 bahagian tanah.
Menurut peguam defendan Wan Rohimi Wan Daud, Hakim Hamider Singh menetapkan permohonan injunksi itu didengar pada 9 Mac ini dalam kamarnya apabila beliau (Wan Rohimi) memohon supaya ia ditangguhkan kerana terdapat beberapa dokumen anak guamnya yang tidak lengkap dan perlu dikemaskini.
Sementara itu, di perkarangan Mahkamah Tinggi, kira-kira 20 peserta yang diketuai Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) Razman Zakaria, berkumpul sejak 8 pagi tadi bagi sesi pendengaran permohonan injunksi yang difailkan oleh Felcra Berhad.
Pada 13 Feb lepas, Felcra Berhad melalui Tetuan Chambers of Murthi & Partners memfailkan permohonan injunksi terhadap 20 pesertanya yang masing-masing beralamat di Felcra Nasaruddin Belia di Bota dekat sini dengan dua orang lagi daripada Syarikat Gerak Mantap Enterprise di Bota Kanan.
Permohonan injunksi itu bagi menghalang kesemua defendan daripada memasuki masing-masing 20 bahagian tanah yang terletak di Mukim Lambor Kanan, Felcra Nasaruddin Belia.
Permohonan itu juga adalah untuk menghalang kesemua defendan atau campur tangan dengan atau menuai, mengutip atau memotong buah kelapa sawit di atas tanah tersebut sama ada oleh mereka, ejen atau pekerja sesiapa pun sehingga pertikaian antara kedua-dua pihak diselesaikan dan diputuskan oleh penimbangtara yang dilantik.
Merujuk writ saman pemula itu, Felcra dalam perjanjian bertarikh 30 Mac 2006 membelanjakan RM29 juta dana pembayar cukai terhadap projek itu dan mempunyai hak kontraktual untuk menuai buah kelapa sawit bagi mendapatkan semula sebahagian daripada kos sepertimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Oleh kerana pertikaian itu belum diselesaikan, Felcra telah menggunapakai Klausa 21 Perjanjian Pihak-pihak untuk merujuk pertikaian tersebut kepada timbangtara.
Isu saman antara Felcra Berhad dan peserta timbul apabila peserta mendakwa terdapat pelbagai masalah yang timbul antaranya menerima hasil kelapa sawit yang tidak berpatutan dengan harga kelapa sawit sekarang, peserta masih tertanya lokasi tanah mereka sebenar dan keliru dengan hasil tanam semula serta jumlah hutang mereka kepada Felcra kerana penyata akaun untung dan rugi (PNL) tidak jelas.
Peserta mendakwa telah beberapa kali mengadakan perundingan namun ia tidak mencapat keputusan positif sehingga peserta bertindak mengambil dan mengeluarkan buat kelapa sawit secara sendiri dari ladang mereka.

RM10 juta program bersama PM?

User Rating: / 0
PoorBest 
Oleh JOHARI JAAFAR 
SEBERANG PERAK: Program Bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang dihadiri oleh peserta Felcra seluruh negara di Seberang Perak pada 18 Februari lalu dikatakan telah menggunakan wang Felcra berjumah RM10 juta. Dakwaan itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa), Razman Zakaria


Beliau mendapat maklumat kira-kira 50,000 peneroka Felcra seluruh negara diminta hadir ke program tersebut dengan menyediakan pengangkutan secara percuma serta diberikan wang saku antara RM50 ke RM150 seorang berdasarkan jarak tempat kediaman mereka.
“Peserta Felcra dari Perlis dikatakan mendapat duit saku sebanyak RM130 seorang,” ujarnya.
Di samping itu kos penyediaan makananan dikatakan melibatkan RM20 ke RM30 seorang, jelas sekali kos penyediaannya makanan perbelanjaan yang besar sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk tujuan bagi kebaikan peneroka.
“Cuba kita anggarkan peruntukan makanan untuk 50,000 peserta Felcra de ngan kos antara RM20 ke RM 30 seorang, berapa banyak wang Felcra telah dihabiskan,” ujarnya.
Kedatangan Perdana Menteri ke kawasan itu dalam lingkungan dua jam sahaja tetapi wang Felcra telah ‘hangus’ RM10 juta, ini satu pembaziran wang Felcra demi kepentingan politik Umno, dakwanya.
Menurut beliau lagi, sebelum ini Felcra telah mengambil tanah orang kampung yang berupaya mengusahakannya dengan satu perjanjian yang tuan tanah tidak mengetahui isi perjanjian tersebut. “Setelah tamat perjanjian selama 15 tahun, tuan tanah atau peneroka tidak diberi pilihan sama ada mahu kekal di bawah Felcra atau keluar dan mengusahakan tanah tersebut sendiri,” ujar beliau lagi.
Beliau turut mendakwa hasil tanah yang diusahakan oleh Felcra terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pihak lain malah agihan keuntungan antara tuan tanah atau peserta dengan Felcra tidak dinyatakan dengan jelas, sama ada 70 peratus untuk peneroka dan 30 untuk Felcara atau 70 peratus untuk Felcra dan 30 peratus untuk untuk tuan tanah.
“Apa yang dikesalkan oleh peneroka semua kos dibebankan ke atas tuan tanah,” katanya.
Peneroka atau peserta Felcra yang menjadi tuan tanah juga tidak mempunyai kuasa ke atas tanah tersebut setelah perjanjian tamat, mereka tidak boleh keluar dan mengusahakan tanah itu sendiri.
“Memang peneroka boleh keluar dari Felcra bila perjanjian tamat dengan syarat hutang mereka selesai, tetapi masalahnya hutang mereka tidak pernah habis,” katanya.
Jika ada yang bertindak mahu keluar dari Felcra dan mengusahaan sendiri, Felcra akan bertindak dan mengheret peneroka itu ke mahkamah, inilah yang berlaku kepada 100 orang peserta tanah Felcra Nasarudin Bota yang disaman oleh Fecra pada 28 Februari ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Isnin, 20 Februari 2012

Pembaharuan luar bandar tidak boleh terhenti

ARKIB : 19/02/2012

Pembaharuan luar bandar tidak boleh terhenti

KAMPUNG GAJAH 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembaharuan untuk kawasan luar bandar di negara ini tidak boleh terhenti setakat apa yang diusahakan oleh pemimpin sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, selain memberi tumpuan kepada kemudahan asas untuk penduduk luar bandar, idea dan sumbangan bernas bagi pembaharuan di kawasan berkenaan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan usaha transformasi kerajaan.

Katanya, waris kepimpinan negara perlu melengkapkan agenda pembangunan luar bandar dan tidak boleh menganggap apa yang diwarisi berhenti setakat apa yang ada pada hari ini.

"Kita teruskan dan memantapkan untuk kepentingan dan keselesaan masyarakat luar bandar," katanya pada Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Permodalan Felcra Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mahu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan memikirkan untuk mewujudkan nilai tambah, kemasukan teknologi baru serta meluaskan kemudahan perniagaan.

Katanya, Felcra yang mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912.95 juta yang dianggap sangat baik membuktikan bahawa agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.

"Ini kejayaan luar biasa kepada Felcra yang membawa perubahan besar kepada masyarakat luar bandar," katanya.

Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta.

Beliau juga menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak mewakili 250 peserta secara keseluruhannya. - BERNAMA


FELCRA - PENEROKA TERHIBUR & TERPEDAYA

SATURDAY, FEBRUARY 18, 2012

FELCRA - PENEROKA TERHIBUR & TERPEDAYA


18 Feb. 2012, Kg. Gajah. Perhimpunan Rakyat yang melibatkan tetamu undangan VVVIP PM Dato Najib telah melibatkan satu fenoma perubahan " landskap " yang amat mengharukan dan ianya telah memberikan satu " anjakan paridigma " kepada masyarakat tempatan dan sudah tentu kepada mereka para peneroka Felcra itu sendiri.



album 1

Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap jalan dan lorong yang menghala ke Felcra Changkat Lada telah dihias dengan bagitu rupa, dari utara, selatan, barat dan timur, keperluan ini juga mungkin disebabakan di Changkat Lada terletaknya Pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak, di sinilah juga ada satu projek yang dijadikan isu oleh anak-anak peneroka - Tapak Perumahan Generasi 2. Laluan-laluan tersebut di rentangan dengan bendera Malaysia serta benner dan bunting yang melambangkan kehebatan PM, dengan di dampingi oleh Menteri Luar Bandar, Menteri Besar Perak dan sudah tentu Ahli Parlimen Pasir Salak itu sendiri.






Album 2

Pemidang-pemidang seperti di atas, terutama yang diatas di letakkan di setiap penjuru dan persimpangan jalan, kalau dikirakan belanjanya sudah tentu ianya menelan belanja yang cukup tinggi, tapi apa yang dapat di perkatakan kerana ianya adalah sambutan untuk PM dan warga Felcra dari seluruh negara - termasuk Sabah dan Sarawak.




Album 3

Khemah - khemah ini cukup luas dan jika ianya kosong ( tanpa meja ) mungkin ianya boleh memuatkan hampir 1000 orang. Setiap khemah di permudahkan dengan persiapan yang sepatutnya dengan lampu neon dan skrin tv litar dan " flywood " untuk pelapik tanah, kerana kawasan ini baru di bubuh pasir. Ada 3 jenis khemah sedemikian serta beberapa khemah lagi untuk tujuan jamuan dan alhamdulillah penganjur juda tidak lupa dengan khemah untuk menunaikan solat.

Pada malam 17 Feb. Dato M. Daud Kilau sempat juga begelek dan bergolek untuk perhatian masyakarat di sini, selain beliau turut sama ialah Inteam, Ali Mamak dan Alyah. Kenapa perlu adanya persembahan seperti itu, apa kata kalau diundang Ustaz Azhar Idrus untuk makanan kerohaniah? Tapi mungkin kepimpinan UMNO, mereka lebih suka kalangan generasi muda di biarkan berhibur dari mengisi dan mempertingkat keimanan. Mungkin bagi mereka mati itu bukan urusan Tuhan.



Album 4

Seperti biasa ruang untuk peninga-peniaga kecil ada di sediakan dan pentas khas untuk berhibur juga tidak ketinggalan, pentas khas ini untuk mengcungkil bakat, dan pada mereka yang bermint untuk mendendangkan nyanyai secara " karoeke " di alu-alukan. Tak cukup dengan hiburan pentas, orang ramai juga dijemput untuk mengalunkan suara. Kemana UMNO nak bawa masyarakat muslim kini?



Album 6 Walau pun negara aman, walau pun kawasan Changkat Lada ini aman dan masyarakatnya hidup dalam kesejahteraan tapi apa bila ada acara yang melibatkan kepimpian pihak berkuasa perlu mengambil ketetapan untuk kawalan polis. 4 buah lori FRU disediakan untuk tujuan tersebut, selain dari itu RELA, PDRM serta pegawal Felcra itu sendiri bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tindakan yang tidak diingini.Pada malam 17 Feb. masyarakat Changkat lada Khasnya dan masyarakat sekitar " berpesta " di kawasan ini, dan mereka " lupa " seketika perit maung penghidupan seorang peneroka, mereka bergembira, mereka di lalaikan.

Apakah masyarakat Felcra tahu berapa jumlah belanja yang di gunakan oleh pihak Ibu pejabat untuk tujuan ini? Mungkin tahu, kerana " mulut " orang bukan boleh ditutup, mungkin ada kalangan pegawai dari Felcra itu sendiri yang memecahkan cerita kaitan dengan kos perbelanjaan tersebut. Tapi mereka perlu mendiamkan diri dan membisu.

PM Agih Dividen Peerta Felcra

Usaha bangunan luar bandar mesti diteruskan – PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembangunan luar bandar tidak harus dihentikan setakat perubahan yang dibawa pemimpin terdahulu.

Sebaliknya katanya, perubahan ini harus diteruskan hingga ke semua peringkat dan kawasan dalam usaha melonjakkan lagi nilai tambah masyarakat luar bandar serta melaksanakan transformasi kerajaan.

” Sebahagian pewaris dan pemimpin terkemudian mesti melengkapkan agenda pemimpin terdahulu dalam melaksanakan pembangunan luar bandar..

” Kita tak boleh anggap apa yang diwarisi sudah lengkap..sebaliknya bila dah jadi pemimpin, apa yang harus dilaksanakan ialah pelan transformasi menyeluruh dan kemudahan luar bandar khusunya cukup dan terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanyya di hadapan lebih 120,000 rakyat di Majlis Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Pemodalan Felcra Berhad di Kampung Gajah, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Rahman dan beberapa menteri kabinet.

Dalam pada itu, Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta dan menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak yang mewakili 250 peserta.

Katanya, sehingga kini kerajaan sedang giat merangka pelbagai lagi pelan pembangunan masyarakat luar bandar dalam usaha mewujudkan nilai tambah, kemasukkan teknologi baru dan meluaskan kemudahan perniagaan.

Justeru katanya, Felcra yang telah berjaya mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912 juta dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat baik yang dilihat dapat membuktikan agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.

” Saya bangga dengan pencapaian luar biasa yang dibawa Felcra ini..ini merupakan satu sejarah besar yang dibawa Felcra kepada masyarakat luar bandar, ” katanya.

Tambah Najib, jika Felcra bergabung bersama badan-badan dan agensi lain dalam usaha mencapai satu matlamat, satu kejayaan yang lebih jauh akan dapat dilihat.

Malah katanya, kerajaan juga tidak takut kepada tohmahan pembangkang yang sering mencari jalan untuk memperlekehkan sebarang usaha yang diusahakan kerajaan.

” Kita tak hairan dengan segala tuduhan yang dilemparkan mengatakan kita akan bankrap dan sebagainya..apa yang penting kita tahu apa yang kita buat itu betul dan untuk kesenangan rakyat.

” Tak ada parti lain yang mempunyai rekod seperti BN dan UMNO yang telah bagi banyak perubahan besar terhadap organisasi negara..saya pasti rakyat sudah bijak membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang , ” katanya.