Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Monday, November 21, 2011

Ceramah Maal Hijrah

Ceramah Maal Hijrah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Ahad, 27/11/2011
Waktu : Selepas Maghrib
Penceramah Jemputan : Us Abdul Fatah Yusof (JAWI)
Tajuk : Jamaah Muafakat Membawa Berkat

Semua ahli kariah Surau Al-Falah serta keluarga dijemput hadir.

Thursday, November 3, 2011

SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN KORBAN 1432H

27 Oktober 2011 / Bersamaan 29 Zulkaedah 1432H

Ahli Jemaah / Qariah
Surau Al Falah
Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN KORBAN 1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al Falah & Ahli Qariah dalam mesyuarat pada 22hb Oktober 2011 telah memutuskan untuk mengadakan program di atas seperti berikut :

Jadual Aktiviti:

Sabtu 5/11/11
08-30 pagi Gotong-royong membersihkan dan mengemas kawasan surau. Sila bawa peralatan yang sesuai

Ahad 6/11/11
07-30 pagi Takbir dan Tahmid
08-30 pagi Solat Sunat Aidil Adha
09-30 pagi Majlis Korban dengan 3 ekor lembu
10-00 pagi Gotong royong memasak oleh muslimim & muslimat
12-30 t/hari Jamuan Makan
01-15 t/hari Solat Zohor

Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga jemaah/qariah Bandar Tasik Selatan hadir ke majlis/program tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan dan puan akan memeriahkan lagi majlis kita serta mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala.

Sekian, terima kasih

 
Yang benar ,

(Hj Zainuddin bin Abd Jalil)
Pengerusi Jawatan Kuasa
Surau Al Falah BTS

KETUA PETUGAS SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN MAJLIS QURBAN 1432H

1. Tahmid dan Takbir Solat Sunat Aidil Adha > Hj Dzainuddin/Hj Wan Ladin/Ustaz Razli
2. Kedatangan Lembu Dan Tali Pada 4/11/11 jam 5 ptg > Hj Musbahudin
3. Persiapan Kawasan Sembelihan Pada 5/11/11 > En Abu
4. Penyembelihan Pada 6/11/11 > Hj Aminuddin
5. Menyediakan Petugas Tambahan 5 Orang Pada Hari Penyembelihan > Lt K. Hj Mohamad Muda
6. Melapah > En Abu
7. Pengurusan dan Pemotongan Daging Qurban:
  • LEMBU 1 > Hj Abdul Razak
  • LEMBU 2 > Hj Mahadzir
  • LEMBU 3 > Hj Riduwan Saman
8. Pengurusan Timbangan dan Pembahagian Daging Qurban (Peserta / Dimasak / Agihan) > Hj Syed Ali
9. Pembungkusan dan Pengedaran Daging Qurban > En Mohd Amir
10. Masakan dan Jamuan Makan Tengahari > En Malek
11. Jemputan dan Hebahan Sambutan Aidil Adha dan Majlis Qurban Hj Nurul Huda

SENARAI AHLI KARIAH YANG BERHAJAT MENYERTAI IBADAH QURBAN 1432H

KUMPULAN 1
  1. ABDUL RAZAK BIN MOHD TAHA
  2. MOHD AMIR BIN ABDULLAH
  3. ABDUL RAZAK BIN AHMAD
  4. NORAINI BINTI MOHAMED
  5. WAN FIZAH BINTI WAN HASSAN
  6. ABDUL RAZAK (AQIQAH)
  7. ABDUL RAZAK (AQIQAH)

KUMPULAN 2
  1. MAHADZIR BIN BUSTAM
  2. FARIDAH HANIM
  3. MARSILAHBINTI KHALID
  4. MARDIAH BINTI JAMLUS
  5. ROKIAH BINTI HASHIM
  6. SYED ALI BIN SYED ABDULLAH
  7. SYAD ALI BIN SYED ABDULLAH

 KUMPULAN 3
  1. HAJI RIDUWAN BIN SAMAN
  2. HAJJAH ROHANI BINTI SAMAN
  3. HAJJAH PINAH BINTI SAMAN
  4. MOHD FAIZAL BIN NORAZAMIEE
  5. JULIANA BINTI NORAZAMIEE
  6. LIZA BINTI ZAINAL HARIB
  7. MUSA BIN MOHD FAIZAL

Thursday, October 27, 2011

Jemputan Majlis Yaasin & Tahlil

Hajat : Puan Mardiah (Menantu Hj Aziz)
Tarikh : Sabtu, 29/10, 11.00 pg
Alamat : No. 27 Jln 15 Bdr Tasik Selatan

Ahli jemaah Surau Al-Falah dijemput hadir.

Wednesday, October 19, 2011

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Surau Al Falah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Sabtu 22/10/11 jam 8.30pm di surau AlFalah.

Agenda:
1. Takbir / Solat Hari Raya Aidil Adha
2. Ibadah korban (3 ekor lembu)
3. Gotong-royong masak-memasak
4. Ceramah sempena Hari Raya Aidil Adha

Semua AJK & ahli kariah dijemput hadir.

Monday, September 5, 2011

Kuliah Ditangguhkan Minggu Ini

Untuk makluman para jemaah, semua kuliah untuk minggu ini ditangguhkan buat sementara waktu. Kuliah akan berjalan seperti biasa mulai minggu depan.
Jadual Kuliah akan dimaklumkan nanti.

Thursday, August 25, 2011

SOLAT SUNAT AIDIL FITRI 1432H

SURAU AL-FALAH AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI 1432H SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 1 SYAWAL 1432H

MASA: 8.30 PAGI
PARA JEMAAH & KARIAH YG BELUM PULANG KE KAMPUNG DIGALAKKAN HADIR SEAWAL 7.45 PAGI UNTUK SAMA-SAMA BERTAKBIR & BERTAHMID SEBELUM SOLAT AIDIL-FITRI DIMULAKAN.

SYUKRAN, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

b/p AJK Surau AL-FALAH

MAJLIS ZIARAH & MARHABAN SURAU AL-FALAH

TARIKH: MALAM 1 SYAWAL 1432H

MASA: SELEPAS SOLAT ISYAK & TAKBIR DI SURAU
ATURCARA : ZIARAH DARI RUMAH-KE-RUMAH SAMBIL MARHABAN

PARA JEMAAH & KARIAH BTS (FASA 1 & 2) YANG INGIN MENJADI HOS (TUAN RUMAH) MAJLIS INI DIMINTA MENDAFTAR NAMA KEPADA SETIAUSAHA SURAU, TUAN HJ NURULHUDA 019-2420248.

SYUKRAN, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

b/p AJK Surau AL-FALAH

Tuesday, August 16, 2011

IHYA’ DAN IFTAR RAMADHAN KAREEM 1432H

IHYA’ DAN IFTAR RAMADHAN KAREEM 1432H ANJURAN
SURAU AL FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

Aturcara Program Pada 20 Ogos 2011 ( Sabtu )

Kuliah Suboh – Ustaz Mohd Maliki
Majlis Khatam Al Quran Muslimat Surau Al Falah – 9.00 pagi
Majlis Khatam Al Quran Muslimin Surau Al Falah – 6.00 petang
Iftar Ramadhan (Majlis Berbuka Puasa)
Solat Maghrib Berjamaah
Solat Isya’ Berjamaah
Solat Sunat Hajat – Untuk Pelajar-Pelajar Yang Menghadapi Peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STAM,STPM
Solat Tarawikh
Tazkirah Ramadhan – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin
Solat Witir
Tahlil Arwah

Aturcara Program Pada 21 Ogos 2011 ( Ahad )

Qiamullial – 3.30 pagi – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin
Sahur – 5.00 pagi
Solat Subuh Berjamaah
Kuliah Suboh – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERSERTA KELUARGA DI JEMPUT HADIR BERSAMA-SAMA

Friday, August 5, 2011

Perutusan Dari Pengerusi Surau Al-Falah

Assalamualaikum wrt,
Kariah Surau Al-Falah yang dihormati sekalian,
Salam ramadhan "kareem" yang bermaksud bulan kesejahteraan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa dan Allah menurunkan rahmat dan dimurahkan pintu rezeki atau "generousity" kepada hambanya yang taat, semoga mereka mendapat ketaqwaan yang sebenarnya, insyaAllah, Wallahu a'lam. Oleh sebab itu menderma atau bersedekah dalam bulan Ramadhan amat digalakkan dalam Islam dan Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan yang lain.
Beberapa hari ramadhan berlalu, kariah Surau Al-Falah merasa sesuatu kekurangan dan saya percaya ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi ...?? Suasana yang biasanya meriah selepas solat tarawih dan witir, dengan riuh rendah suara anak-anak kariah menjamu juadah moreh ..... kaum ibu dan bapa dapat bersembang bertanya khabar sambil menikmati minuman dan juadah yang dihidangkan....... menjadi agak suram .... kerana tiada moreh yang disediakan. Bagi pihak AJK Surau, kami momohon maaf kerana berlaku sedikit kesilapan teknikal yang menyebabkan tiadanya moreh beberapa hari yang lepas.
Kami AJK Al-Falah amat prihatin dengan keadaan tersebut .... dan insyaAllah telah mendapat jalan penyelesaian kepada "technical glitch" berkenaan.... Maklumlah pengurusan jamuan bukanlah sesuatu tugas yang remeh dan memerlukan tenaga kerja yang agak ramai. Atas kesibukan tugas harian, mungkin tidak ramai ahli kariah yang sanggup memberi komitmen menguruskan moreh sepanjang bulan Ramadhan ini.


Apa pun .... alhamdulillah moreh akan kembali insyaAllah mulai malam ke 6 Ramadhan ... setelah 5 hari Dataran Al-Falah menyepi buat seketika. Kami bersetuju untuk menyediakan moreh dengan sedikit pendekatan yang berbeza daripada tahun-tahun yang lepas.

Juadah moreh tahun ini tidak dibuat secara "buffet" seperti yang lepas-lepas. Ia akan disediakan secara packing oleh "caterer" yang telah bersetuju bekerjasama menjayakan program moreh Surau Al-Falah tahun ini. Ini bertujuan memudahkan urusan penyediaan dan untuk menjaga kebersihan di Dataran Al-Falah.


Kepada kariah yang ingin menaja moreh, diharap dapat memberikan kerjasama dengan kaedah penyediaan juadah yang serupa.


Akhir kata kami sekali lagi memohon maaf kiranya peraturan tersebut di atas memberi kesulitan kepada para kariah sekalian. Sokongan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Wassallam.

Bagi pihak


AJK Surau Al-Falah

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan !

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah kami mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Sila klik pada link "Program Ihya Ramadhan" untuk aktiviti2 sempena bulan Ramadhan ini.

Saturday, July 23, 2011

Gambar2 Forum Isra' Mi'raj & Gotong-royong

Gambar2 Forum Isra' Mi'raj & Gotong-royong telah di 'upload' kan ke Web Album Al-Falah. Saksikannya di Link Web Album Al-Falah.

Monday, July 18, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS LIQO' AL-MAHABBAH SURAU AL-FALAH 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Dengan sukacitanya pihak AJK Surau Al-Falah ingin menjemput semua kariah/jemaah (serta keluarga) Surau Al-Falah, Bandar Tasik Selatan (Fasa 1 & 2) ke majlis tersebut di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh    :  23 JULAI 2011 @ 21 SYAABAN 1432H (Sabtu)
Masa      :  11.00 pagi
Tempat  :  Dataran Surau AL-FALAH

Tetamu kehormat :  Ustaz/Ustazah Kuliah di Surau Al-Falah (Muslimin & Muslimah)

Program :  Bacaan Yasin/Tahlil Arwah/Tazkirah, dsb.
Jamuan makan tengahari disediakan.
Kesudian YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan hadir ke majlis tersebut akan menambah serikan lagi majlis kita.
Sekian terima kasih.

Pengerusi

Surau AL-FALAH

Tuesday, July 12, 2011

Nisfu Sya'aban

Surau Al-Falah akan mengnjurkan bacaan Yaasin sempena Nisfu Sya'aban pada hari Sabtu, 16/7/2011 selepas waktu Maghrib.
Semua ahli kariah dijemput hadir.

Monday, July 11, 2011

Surat Penghargaan

Semua Ahli Urusetia,
FORUM Israk Mikraj 1432H
Surau AL-FALAH BTS,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,


FORUM ISRAK MIKRAJ 1432H SURAU AL-FALAH


Alhamdulillah, terlebih dahulu kita amat bersyukur kerana dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, majlis FORUM tersebut telah terlaksana dengan lancar dan jayanya.


Bagi pihak AJK serta kariah Surau AL-FALAH, Bandar Tasik Selatan, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Pengerusi Urusetia FORUM, Tuan Hj Aminuddin Hj Mohd Salleh serta semua anggota urusetia FORUM yang telah berjaya melaksanakan majlis forum yang julung kali diadakan di Surau AL-FALAH pada 2 Julai 2011/30 Rejab 1432H dengan cemerlang. Ini membuktikan kesepakatan antara kariah amat penting dalam menjayakan sesuatu projek melalui perancangan yang rapi dan tersusun.
Untuk makluman kariah/jemaah Surau AL-FALAH, penganjuran FORUM ini telah berjaya mengumpulkan dana bagi tujuan menaiktaraf prasarana surau dengan jumlah kutipan yang amat memberangsangkan, iaitu melebihi sasaran awal RM20,000.00. Jumlah sebenar masih belum muktamat kerana mungkin ada lagi surat rayuan derma yang belum dikembalikan.
Kepada para penyumbang dan dermawan, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas keikhlasan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan mengisi dana surau yang amat diperlukan untuk menaiktaraf prasarana menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar serta keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Sekian terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Hj Dzainuddin Abd Jalil
Pengerusi
AJK Surau AL-FALAH

Tuesday, July 5, 2011

MESYUARAT AJK

Mesyurat AJK Surau Al Falah ke-9 sesi 2010/12 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : Khamis, 7hb Julai 2011 / 5 Syaban 1432
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Dataran Al-Falah

Agenda:
1. Persiapan Ramadhan
2. Nisfu Syaban
3. lain-lain perkara berbangkit

Semua AJK diminta hadir.
Terima kasih

Tuesday, June 14, 2011

NOTIS MESYUARAT KE-3 AJK FORUM ISRAK & MIKRAJ 1432H SURAU ALFALAH


Assalamualaikum wrt,

Lanjutan kepada mesyuarat kedua yang diadakan pada 2 Jun 2011 yang lepas, mesyuarat ke-3 AJK FORUM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 JUN 2011 @ 23 REJAB 1432H (Sabtu)
Masa : 9.00 mlm (selepas Isyak)
Tempat : Dataran AL-FALAH
Agenda : Mengemaskini informasi terkini serta persediaan akhir FORUM dan lain-lain perkara berbangkit.
Semua AJK Forum dan ahli kariah dan jemaah Surau Al-Falah, B.T. Selatan dipersilakan hadir.
Kehadiran tuan/puan untuk bersama-sama menjayakan projek ini amat kami hargai.

Syukran, jazakallahu khairan kathira.

b/p AJK Surau AL-Falah

Thursday, June 2, 2011

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KERJA MENAIKTARAF PRASARANA SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

Email: surau.alfalah.bts@gmail.com; BLOG: http://surau-alfalah-bts.blogspot.com


25 hb Mei 2011 / 21 Jamadilakhir 1432H

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KERJA MENAIKTARAF PRASARANA SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR
Dengan hormatnya kami bagi pihak kariah Surau Al-Falah, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur ingin memohon jasabaik YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan agar dapat memberikan sedikit sumbangan kepada kami untuk mengumpul dana bagi tujuan yang tersebut di atas.
Untuk makluman, AJK Surau Al-Falah bercadang untuk membina bumbung tambahan di dataran surau yang masih terdedah kepada panas dan hujan yang berukuran lebar hadapan 24’, lebar belakang 16’ x panjang 27’ x tinggi 3’. Kos pembinaan bumbung tersebut dan sebuah awning tambahan berukuran panjang 25’ x lebar 4’ berserta pemasangan lampu dan kipas dianggarkan sebanyak RM13,000.00. Gambarajah bumbung yang dicadangkan adalah seperti dilampirkan.
Binaan ini akan memberi manfaat dan keselesaan kepada kariah dan jemaah surau untuk menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun terutamanya semasa bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, majlis Qurban, sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, kuliah agama mingguan dan lain-lain lagi.
Sebarang lebihan daripada dana tersebut akan kami gunakan untuk mengurus aktiviti dan kemudahan asas surau seperti bil letrik dan air serta penyenggaraan kebersihan kawasan sekitar yang mana kos puratanya adalah antara RM450 – RM600 sebulan. Manakala kos menganjurkan kuliah agama mingguan memerlukan RM2,500 – RM3,000 sebulan. Pihak kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, sumbangan daripada para dermawan amat bermakna dan kami alu-alukan.
Dengan sumbangan ikhlas daripada YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan, kami berharap akan dapat merealisasikan cadangan pembinaan tersebut di atas dalam tempoh yang terdekat. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kassim 019-6512323, Setiausaha Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor 019-2420248 atau disalurkan terus ke akaun Surau di Bank Muamalat Cawangan Bandar Tasik Selatan No: 14080-0000-460710 di atas nama "SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN".
Mudah-mudahan keprihatinan dan sumbangan ikhlas YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan kalian akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan kami doakan agar rezeki yang diinfakkan akan dikurniakan keberkatan yang berlipat ganda oleh Allah SWT, insyaallah.
Sekian terima kasih, wassallam.
Yang benar,
Hj Dzainuddin Abd Jalil
Pengerusi Surau AL-FALAH
Sesi 2010/12
Hp: 019-3377705

CADANGAN TAMBAHAN BUMBUNG DI DATARAN SURAU AL-FALAH

CADANGAN TAMBAHAN AWNING

Borang2 boleh didapati di Surau

Wednesday, April 20, 2011

Cadangan FORUM ISRAK & MIKRAJ Surau Al-Falah 1432H

Assalamualaikum wrt,

Lanjutan daripada mesyuarat AJK Surau ke-8 pada 7 April 2011 @ 3 Jamadilawal 1432H, suatu ketetapan telah dibuat untuk pihak Surau Al-Falah menganjurkan program yang tersebut di atas. Ahli panel yang dicadangkan terdiri daripada gandingan 3 orang ustaz penceramah jemputan yang terkenal.

Tujuan program ini diadakan adalah sempena sambutan Israk & Mikraj disamping untuk mengumpul dana surau yang diperlukan bagi pembangunan tambahan bumbung di Dataran al-Falah serta menampung aktiviti kuliah, bil api/air dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, suatu AJK Adhoc yang diketuai oleh Tuan Hj Aminuddin akan dibentuk untuk mengendalikan program tersebut. Tuan/puan kariah yang berminat untuk turut serta dan memberikan sumbangan dalam AJK Adhoc berkenaan amat dialu-alukan. Sila hubungi Tuan Hj Aminuddin hp 019-3277943 untuk maklumat lanjut.

Mesyuarat pertama AJK FORUM AL-FALAH dijangka akan diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011 / 19 Jamadilawal 1432H selepas solat Isyak di Dataran Al-Falah. Semua kariah yang ingin menyertai AJK FORUM dipersilakan hadir.

Sekian dimaklumkan, syukran jazakallahu khairan kathira.

bp AJK Surau Al-Falah

Monday, April 4, 2011

Pindaan Nama Koperasi Takaful

Assalamualaikim warahmatullahi wabarakatuh,
Sila ambil maklum yang nama Koperasi Takaful telah dipinda dari Koperasi "Johor" Berhad (dalam Sijil induk) kepada Koperasi "Malaysia" Berhad (dalam sijil baru kariah Al-Falah). Surat berkenaan pindaan ada dilampirkan untuk rujukan ahli skim takaful khairat Surau Al-Falah kalian.
Pengerusi.



Saturday, March 19, 2011

Kuliah Maghrib Khas - Ahad, 20/03/2011

Tajuk : Kerapnya Kejadian Gempa Bumi Petanda Kiamat Besar Semakin Hampir?
Penceramah : Ustaz Mohd Helmi Ahmad Al-Hafiz (Kedah)

Datanglah beramai-ramai.

Wednesday, March 16, 2011

Perlantikan Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor sebagai YDP BTSRA

Hj Nurul berucap dimajlis Aidil Fitri 2010

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah serta kariah BTS Fasa 1, kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tuan Setiausaha Surau Al-Falah, Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor yang telah dipilih sebagai YDP BTSRA yang baru pada Mesyuarat Agong 27 Februari 2011.
Semoga tuan Hj Nurul akan dapat melaksanakan tugas kepimpinan yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin. Di pihak kariah dan ahli BTSRA, marilah kita berikan kerjasama sewajarnya kepada saf AJK yang dipilih agar segala program kemasyarakatan yang diatur akan berjalan dengan lancar dan memberi faedah kepada kesejahteraan warga BTS Fasa 1 keseluruhannya.
Kami pihak AJK Surau Al-Falah juga ingin menawarkan kepada BTSRA ruang/media penyampaian maklumat melalui Newsletter SUARA ALFALAH yang dikeluarkan setiap tiga bulan. Edisi ke-3 SUARA ALFALAH dijangka akan diedarkan pada hujung Mac 2011.

Sekian terima kasih.


 "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT".


Pengerusi
AJK Surau Al-Falah
2010/12

Sunday, March 13, 2011

Majlis Maulidurrasul pada 15 Feb 2011

 Gambar2 sempena majlis Maulidurrasul pada 15 Feb, 2011 telahpun dipamerkan di Web Album Al-Falah. Maaf kerana berlaku kelewatan oleh sebab berlaku sedikit masaalah teknikal.

Monday, February 7, 2011

Pengurusan Skim Khairat Takaful Surau Al-Falah

Assalamualaikum wrt wbr.

Re: Pengurusan Skim Khairat Takaful Surau Al-Falah

Merujuk kpd email reply drp pihak Koperasi Takaful berkenaan Tuntutan
ke atas Polisi Skim Khairat Kematian sekiranya berlaku musibah.
Ringkasan kaedah pengurusan sesuatu kes tuntutan adalah spt berikut:

a) Tuntutan hendaklah di hantar ke Takaful tidak lewat 3 bulan dari
tarikh kematian (spt dalam sijil kematian yang disahkan). Waris simati
perlu serahkan dokumen kepada AJK Surau/Penyelaras Skim Khairat.
b) Tempoh proses sesuatu tuntutan : lebih kurang 2 minggu dari tarikh
dokumen tuntutan diterima oleh pihak Takaful (tertakluk kepada dokumen
yang lengkap).
c) Dokumen yang perlu dihantar bersama tuntutan : (1) salinan KP
simati & (2) sijil kematian - kedua-dua hendaklah disahkan oleh
pegawai kerajaan jawatan A. (3) salinan sijil Takaful berkelompok juga
hendaklah dilampirkan.
d) Bayaran akan di buat oleh Takaful melalui cek di atas nama SURAU AL-FALAH.
e) AJK Surau akan menentukan waris yang berhak menerima bayaran berkenaan.
f) Amaun akan dibayar kepada waris setelah ditolak RM1,000 wang
pendahuluan surau dan cas perkhidmatan (akan ditentukan dlm mesyuarat
AJK akan datang).
g) Wang pendahuluan RM1,000 akan dibayar oleh Bendaharai Surau kepada
waris pada hari musibah berlaku (seperti dipersetujui dalam mesyuarat
AJK pada 20 Januari 2011).

Status terkini :
Batch 1 : Sijil induk No. GFE00169/60 untuk 20 peserta (23/11/10 - 22/11/11)
Batch 2 : Sijil induk No. GFE00169/61 untuk 15 peserta (11/12/10 - 10/12/11)
Batch 3 : Dalam proses kelulusan (11 peserta)
Batch 4 : Akan dihantar Februari 2011.

Sekian,
 
Pengerusi Surau Al-Falah

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

01 Februari 2011 / 27 Safar 1432H


Ahli Jemaah / Qariah
Surau Al Falah
Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al Falah & Ahli Qariah dalam mesyuarat pada 20 Januari 2011 telah memutuskan untuk mengadakan program sambutan di atas seperti berikut :

Tarikh / Masa / Aktiviti

15 Februari 2011 (SELASA) Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H

7.45 pagi Solat Dhuha Berjemaah
8.00 pagi Perarakan Sambutan Maulidul Rasul Melalui Jalan-jalan di Dalam Kawasan Taman Bandar Tasik Selatan Fasa 1. Digalakkan Memakai Baju Melayu/Baju kurong
9.00 pagi Jamuan Makan Di Dataran Al Falah
5.30 ptg Mengemas dan Membersih Dataran Al-Falah
7.25 mlm Solat Maghrib Berjemaah
7.40 mlm Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Fathlul Rahimi
8.41 mlm Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm Jamuan Makan (Pot-luck serta kuih-muih dan buah-buahan)
Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga /qariah Bandar Tasik Selatan untuk menjayakan perarakan maulidul Rasul dan hadir ke Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.
Sehubungan dengan sambutan di atas, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Dato/Datin/tuan/puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam pengurusan bil dan penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, ceramah, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, atau bank-in terus ke No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.
Sekian, terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Yang benar ,

(Hj Dzainuddin bin Abd Jalil)
Pengerusi Jawatan Kuasa
Surau Al Falah BTS

Tuesday, January 18, 2011

Hiwar Islam Surau AL-FALAH 8 Jan 2011 / 3 Safar 1432H



Program Hiwar Islam telah diadakan di Surau AL-FALAH pada Sabtu 8 Jan 2011 / 3 Safar 1432H
 
Panel:   
1. Ust Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz
2. Ust Mohd Rashidi Abdullah
 
Tajuk : Perayaan Krismas dari Kacamata Islam
 
Kehadiran para jemaah muslimin/muslimat dari kariah BTS Fasa 1 & 2 serta jiran taman berhampiran amat menggalakkan. Dianggarkan lebih 200 orang yang hadir. Majlis disusuli dengan Tahlil Arwah & Doa Selamat hajat Tuan Hj Aminuddin & keluarga selepas isyak.
 
Jamuan : Tajaan Tuan  Hj Aminuddin & keluarga
 
Syukran jzk.

Syukran kepada Ahli Zaujah Solehah yang Dermawan

Assalamualaikum wrt,

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami mengucapkan syukran jzk kepada dua insan dermawati dari kalangan ahli Zaujah Solehah Surau Al-Falah (nama tidak disiarkan tanpa diberi keizinan) di atas sumbangan kepada dana surau. Insyaallah kami akan salurkan sumbangan tersebut untuk bayaran bil api / air surau seperti yang dihajatkan. Alhamdulillah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Kebetulan pihak surau sedang memerlukan dana untuk tujuan berkenaan.

Untuk makluman ahli kariah kalian, pada awal tahun 2010 pihak surau mendapat penajaan untuk bil api dan air daripada dua individu dermawan kariah BTS sendiri. Bagaimanapun, selepas bulan September penajaan bil elektrik telah terhenti dan terpaksa dibayar menggunakan dana surau. Apa pun pihak surau amat bersyukur dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan tuan dermawan selama tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak AJK Surau Al-Falah sentiasa membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pihak yang berhajat untuk menginfakkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan dengan menaja bil letrik surau mulai awal tahun 2011 ini. Sebagai anggaran bil letrik surau Al-Falah adalah antara RM350.00 - RM400.00 setiap bulan, kecuali pada bulan Ramadhan ianya mencecah hingga RM600 - RM700. Moga-moga sumbangan ikhlas Dato/Datin/Hj/Hjh/Tuan/Puan akan mendapat ganjaran saham akhirat yang Allah sahaja dapat menilaikannya. Wallahu a'lam.

Sebarang pertanyaan tentang penajaan bil berkenaan boleh diajukan kepada Pengerusi Surau Al-Falah (Hj Dzainddin, hp 019-3377705) atau Bendahari (Hj Musbahuddin  019-6512323).

Sekian, syukran jazakallahu khairan kathira.

Pengerusi
AJK Surau Al-Falah

Saturday, January 8, 2011

Taklimat Sistem Touch & Go

Satu taklimat tentang sistem Touch & Go akan diadakan pada hari Khamis, 13/01/2011 selepas Isyak di Dataran Al-Falah. Taklimat akan disampaikan oleh YDP BTSRA iaitu Dr Tasron Surat.

Semua penduduk BTS fasa 1 dijemput hadir.

Pengerusi Surau Al-Falah

Thursday, January 6, 2011

Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran

Hajat : Hj. Aminuddin & Isteri
Tarikh : Sabtu, 8 Jan, 2011
Tempat : Surau Al-Falah

Aturcara Majlis:

1. Solat Maghrib
2. Program Hiwar Islam oleh 2 org penceramah jemputan - Us Mohd Farhan & Us Rashidi
3. Solat Isya'
4. Majlis Tahlil&Doa Kesyukuran
5. Jamuan Makan

Semua Jemaah Dijemput Hadir