dan kawasan yang sewaktu dengannya
Yang Lebih Baik Daripada Pembantu / Khadam
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim) Huraian Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat sepenuhnya mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Rasulullah bersabda,” Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Bukhari & Muslim) Namun begitu dewasa ini tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian. Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga. Namun begitu masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan dengan adanya pembantu rumah semata-mata kerana seorang suami yang memahami keadaan isterinya sudah tentu tidak akan berat tulang memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah rumahtangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah dapat menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri. Di samping itu si isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti dalam hadith di atas kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang keserabutan dan keletihan .
See More(21-Jamadil Akhir-1445)
4-Jan-2024
(22-Jamadil Akhir-1445)
Count Down
16
hari lagi42
hari lagi61
hari lagi76
hari lagi92
hari lagi105
hari lagi164
hari lagi172
hari lagi173
hari lagi193
hari lagi202
hari lagi263
hari lagiPopular
- Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur, Putrajaya, KL
- Selangor: Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, Shah Alam
- Johor: Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing
- Kelantan: Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Mukim Chiku
- Selangor: Klang Dan Kuala Langat
- Pahang: Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
- Pulau Pinang, Penang
- Selangor: Kuala Selangor, Sabak Bernam
- Sabah: Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Pantai Barat
- Negeri Sembilan: Jelebu, Kuala Pilah, Rembau