Pages

Wednesday, January 26, 2011

~Shock News..kulluhu istimrar~


Assalamualaikum w.b.t
Kepada yg sedang membaca entry ini.Apa khabar kondisi iman antum antunna..?Dan ana lah khususnye..prlu tnye pada diri soaln yg sama.Hmm jawab dlm hati masing2.Jom istighfar..

"astaghfirullahal adzim..astaghfirullahal adzim..astaghfirullahal adzim waatubu ilaik..
ALLAH...ALLAH..ALLAH..anta rabbi..waana 'abduka..anta rabbi..waana 'abduka.." alhamdulillah moga zikir yg x sampai 10 saat ni dpt jugak nilaian dari NYA.=) ok let us start the journey of this post..ohoo..

Tajuk post macam pelik..cmpur2 plak bhs inggeris n arab.Ana bukanlah pakar bahasa tapi ana nk maksudkn.."berita2 yg mengejutkn dan semuanya datang bertubi-tubi"..Oklah first thing yang mngecewakan.

Kata2 keramat bberapa org kawan ana..

'i hate JPJ'..

'JPJ mmg saje gagalkn budak2 mentah masa exam.kdg2 reason x munasabah'


whatever..ana x kisah la..pndangan org kn.
25 Jan,selasa lepas ana dah selamat di'test'kan oleh jpj.Almaklumla..mmg tak gheti nak bawak manual2 ni.Blaja 16 jam..so,bukit tu dah mcm member ngan ana..x penh terundur lagi la.Tyme hari test..Naik bukit..x naik2..dah naik dye(kete) x sabar2 nk berundur plak..hehe..alamatnye gagal..itu bahgian 2.Bahagian 3 plak..test jalanraya alhmdulillah lulus..tp rasanya 'diluluskan' oleh pakcik jpj yg baek hati.Musykil2..ana x pakai tali pinggang pun boleh lulus.Allahumma..ana btul2 lupa nk pakai.'Ala kulli hal..ALLAH itu yg memberi ketetapan masa test selasa tu.

That is the first new..quit weird..but possible.

The 2nd thing that i do shock is..result STAM terchenta kluar 31 jan ini.X sampai beberapa hari lagi..Masya ALLAH..!!Hari yg mmg ana hitung..mmg x jangka nk kluar bulan jan.Slalunya bulan mac..serentak dgn spm.Tegak sume bulu roma..sel2 n seluruh saraf ikut rentak ana yg tgh cuak..tapi ana yakin.Apa pun keputusannya..ana redha..kerana tawakkal padaNYA no 1!!
I am relying upon to ALLAH..200% my trust is to HIM..till the end..never fade even in a second.


Masa stadi dulu..bagai nak rak.Dok rumah sewa..discuss lagi..skola ada seminar lagi,guru2 x henti2 support..ajar brulang-ulangkali dan nota tebal2 dihadam...last year paper ditelaah..boleh dikatakan kami student STAM SAMTKBB..mmg usaha btoi3.Doakan kami semua ye..=)

'ulama' warathatul anbiya'..'malaysian's candidate STAM10..all d best..bittaufiq wannajah.

3rd thing...shbt ana retak kakinya.ALLAH yusahhiluha..!!sumenye berita yg mengejutkan.ALLAH itu tahu hikmah2nye..kita kembalikan semua berita2 ana yg bg ana 'agak' shock ni pada ALLAH..Walau kana yastamirru thaniah..au thalithah..amma firrabi'ah..kulluhum sirru min asrarillah.Hmm lama dh tggal b.arab ni.Asifah kalo ada salah nahu..mufradat ke..=)
post yg mnceritakn pengalman dan sedikit muhasabah..DIAlah pemilik jiwa2 kita..lalu DIA lah yang berhak menentukan segala urusan kita.
Read more...

Thursday, January 20, 2011

Ingatkah Kita Lagi?

Islam,Iman dan Ihsan

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ, لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُالسَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ, أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاّةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتَ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ. قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاَخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ. قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَّمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يّرّاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ. قَالَ مَا المَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا. قَالَ : أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ. فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرُ, اَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ : اَللهُ وَرَسُولُهُ اَعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ اَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ




Dari Umar ra. berkata: Ketika duduk bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, muncullah seorang laki-laki berpakaian putih bersih, berambut hitam kelam, tidak tampak padanya bekas-bekas bepergian jauh dan tak seorang pun di antara kami mengenalnya. Lalu ia duduk mendekat Nabi SAW dengan menempelkan lututnya pada lutut beliau kemudian ia meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua paha beliau, ia berkata, "Wahai Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Beliau bersabda, "Berislam adalah kesaksian kamu bahawa tidak ada Tuhan(yang berhak disembah) kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, kamu mendirikan solat dan memberikan zakat, berpuasa Ramadhan dan haji ke Baitullah bila kamu mampu melaksanakan perjalanan ke sana." Orang itu berkata, "Engkau benar." Kami hairan kepadanya, ia bertanya lalu membenarkannya.


Orang itu berkata lagi, "Beritahu aku tentang iman." Beliau bersabda, "Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat-malaikat-NYA, kitab-kitab-NYA, Rasul-rasul-NYA, hari akhir, dan kepada qadar yang baik mahupun yang buruk." Orang itu berkata, "Engkau benar."


Orang itu berkata lagi. "Beritahu aku tentang ihsan." Beliau menjawab, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-NYA, jika engkau tidak melihat-NYA maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu."


Orang itu berkata, "Beritahu aku tentang hari kiamat." Beliau menjawab, "Orang yang engkau tanya tidak lebih tahu dari yang bertanya."


Orang itu berkata lagi, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Beliau menjawab, "Bila budak wanita telah melahirkan tuan puterinya, dan bila engkau melihat orang-orang(yang dahulunya) tak beralas kaki, tak berbaju, miskin, dan pekerjaannya mengembala kambing, telah berlumba-lumba mendirikan bangunan."


Kemudian orang itu pergi, aku terdiam. Sesaat kemudian Nabi SAW bersabda, "Wahai Umar, tahukah kamu, siapa orang yang bertanya tadi? "Aku menjawab, "Allah dan Rasul-NYA yang lebih mengetahui." Belaiu bersabda, "Dialah malaikat Jibrail yang datang untuk mengerjakan agamamu." (HR. Muslim)

Kalau nak faham maksud hadis ni dlm bahasa Melayu, shbt2 bolehlah klik pada link ini

Rukun Islam kita..

Rukun Iman kita..

Konsep ihsan..

Sudahkah kita mengamalkan ketiga-tiga perkara tersebut dalam diri dan hidup kita?

Kerana-NYA.

Fikir2kanlah..

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Read more...

Wednesday, January 19, 2011

Lagu pilihan...


Nasyid oleh starfive..~

Ku memohon dalam sujud ku pada MU
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan
Pendirian ku keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Oh tuhan slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Read more...

Monday, January 17, 2011

~Tahniah!!!~


Assalamualaikum..

sedikit catatan ringkas.Hari ini result adik2ku di SAMER untuk SMA dah selamat sampai ke tgn masing2.Alhmdulillah..mantop2 belaka.Aisey..bangga mnjadi warga SAMER terchenta.Seramai 18 org mumtaz..7 lelaki dan 11 perempuan.Walaupun xlah mencecah puluhan..alhamdulillah ini pencapaian terbaik stakat ini.Peratusan meningkat dan konsisten top 5 di Selangor..it's SAMER dbest.Seorg pelajar merangkap kenalan junior yg rapat la jugak dgn ana waktu sekolah dulu..iaitu izzati halim dinobatkan sbg pelajar terbaik SMA negeri selangor.Alhamdulillah..tumpang gembira atas natijah anti.hehe xpe ye..akk cite kt cni.=p.X tahu brp pulak peratusnye..mmg berita hot habis kt FB skola..ehe.120 org like..komen x yah ckpla..

SMA SAMER keseluruhannya tmpat ke 3 dgn peratusan 96%..selepas SAMBEST dan SAMTTAJ..tahniah juga candidate SAMBEST n SAMTTAJ..oho..sume yg cmrlng adalah skola yg ada >a>z>m (kepimpinn hebat)..pehe2 jolah.Oh ye...mngkin ada yg x tahu kot SMA tu apa..
Sijil Menengah Agama..ada 5 subjek sukatan al-azhar mesir (tauhid feqah,tafsir hadith,al-qur'an,b.arab 1(nahu sarf),b.arab 2 (insya' mutola'ah)..STAM yg ana amik skrg ni..rentetan SMA la..nk masuk STAM kna ada SMA..gitulah ceghitonye..=p

Dengan bangganya ana nak senaraikan guru2 SMA di SAMER..mereka2 inilah sejak dulu lagi m'ajar kami..didik kami..bagi paham btol2 b.arab..cintai lughatul jannah ini..paham hukum fiqh..syukran ustz dan ustzh

1)Ustaz haider shamsuddin..(Tauhid feqah)
2)Ustaz Yusri Ayob..(Tafsir Hadith)
3)Ustaz Rizal mokhter..(Al-qur'an..hafazan syafawi.tajwid)
4)Ustazah Zaimah..(B.arab 1 (nahu sarf))
5)Ustazah Mustazzila..(B.arab 2 (insya' mutola'ah)

Cerita pasal pelajar terbaik SMA 2011 pulak..Nur Izzati Abdul Halim.Memg bijak bestari orgnye..PMR nye 9A..alhmdulillah skali lagi mndapat kejayaan dlm SMA tahun ni.Mabruk ya ukhti.Last kami brjumpa ahad 9 jan.Ana ke samer brsama ngan kakak dan asna jumpa pimpinan sekolah.Katanya kat tngga musolla masa trserempak tu 'eh2..ada reunion amirah badar ke??'..pandai brlawak ea dye ni .

Izzati prnh brsama-sama dgn ana dlm BKP samer..sejak 2008..ana f4 tyme tu n dye f2 sampailah ana f5 pun dye masih lagi BKP,tahun ni pun iye juga.Izzati ni pun adalah salah sorg lajnah Badar SAMER jugak kalo x silap..Hebat kepimpinannya..Seorg wakil sekolah dalam Hafazan.Ana jumpa wakil2 SAMER masa 2010 kt MITIB..ada baitul,izzati,atil dgn sarah ali.Masa tu kitorg sama2 wakil zon 4 ke peringkt negeri.Walaupun ana tyme tu f6 n kena brsekolah kt SAMTKKB..jiwa tetap di SAMER..hehe.Masa brtanding kat klang..ana cari wakil2 SAMER..tidur sedorm.Dan keputusannya..kami semua dpt naib johan trmasuklah ana.Except nasyid al-wahdah SAMER dpt johan negeri.alhmdulillah..walau apa pun..=) sikit cerita tntg nye..

Adik2 yg lain dpt mumtaz tu pun hebat2..nk cite bnyk beno nnti.Jayyid jiddan yg sipi2 nk mumtaz pun ada 89.9% (mgkin)..tapi xde rezeki.Ada hikmahnya tu.Kejayaan lain boleh ditempa..janjinya kita belajar kerana ALLAH..ilmu kita dapat..n kita amal.Keputusan baik dan anugerah kecemerlangan itu bonus ALLAH nak bagi..kn.=)

Sebut pasal result..ana berdebar la jugak.Result STAM bakal keluar bulan mac ini.Inni tawakkaltu 'ala ALLAH..tawakkalan kabira..=) ok..itu shj entry kali ini..Tahniah all samerian's teacher..samerian's candidate..samerian's student.Majulah KTS untuk samer..!!hehe jgn lupa itu.
Read more...

Sunday, January 16, 2011

Tadabbur..Surah Annahl

Usai maghrib...seperti biasa ana akan mmbaca kalam suciNYA..harini sampai ke surah annahlu surah yang ke 16 dalam Al-Qur'an..pada juzu' ke 14.Lepas hujan tadi..langit malam seolah terang..dada nya terbentang tnpa sebutir bintang pun.Sempat jenguk kat tingkap..kalau antum juga ada tafsir al-qur'an..ana mengajak kita sama2 menghayati maksud ayatNYA dari surah annahlu ayat pertama hingga ketiga


Bismillahirrahmanirrahim....

16:1

Ketetapan ALLAH(hari kiamat yg telah diancamkan kpd org musyrik) pasti datang,maka janganlah kamu meminta agar dipercepatkan (dtg) nya.Maha Suci ALLAH dan Maha Tinggi DIA dari apa yang mereka persekutukan.


The command of Allah is coming, so be not impatient for it. Exalted is He and high above what they associate with Him.

16:2

DIA menurunkan para malaikat membawa wahyu dgn perintahNYA kpd siapa yang DIA kehendaki diantara hamba-hambaNYA,(dgn berfirman) yaitu;"Peringatkanlah (hamba-hambaKU),bahawa tidak ada tuhan selain AKU,maka hendaklah kamu bertaqwa kepadaKU

He sends down the angels, with the inspiration of His command, upon whom He wills of His servants, [telling them], "Warn that there is no deity except Me; so fear Me."

16:3

DIA menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran.Maha Tinggi ALLAH dari apa yang mereka persekutukan.

He created the heavens and earth in truth. High is He above what they associate with Him.


Masya'ALLAH..ini baru 3 ayat..Nak sambung banyak lagi..antum boleh check di link
holyqur'an.com .

ALLAH sangat2 berkuasa.Ana sangat tersentuh dgn ayat ke 18 -ayat ke 26. Bacalah...fahamilah..dalamilah..amalkanlah..menangislah..=)
moga ALLAH redha..Afala yatadabbarun al--qur'an????(4:82)
Read more...

Monday, January 10, 2011

~Dulu lain...sekarang lain~


"Ustazah! cuba jawab teka teki saya..dalam banyak2 haiwan..haiwan apa yang reti buat kueh??"
shahir brtanya pada ana di lapangan waktu rehat.

Ana yang sdg makan dlm kelas (dblnja oleh afwaz)..terkial-kial la layan kerenah budak sorg ni.Malas nk fikir...ana jawab "kucing..kambing..arnab" hehe teka bnyk2 skali

"salah la ustazah!!!!hahaha..jawapannya ITIK.."shahir menyendeng kat meja ana.Anak murid bertuah..suke sangat nyibuk2 kt situ.X kira masa..

"nape plak??"

"yela..kan ITIK bunyi kuek..kuek.kuek..la itupun ustzh x tahu..hahahahah"

"Awak yang salah..mana sama kueh dgn kuek."ana menggeleng-geleng je

Ha..itu baru sikit cerita nya..Lama dah ana x update entry baru.Yelah sibuk mengajar la katakan.Boleh kata sehari..mmg xada masa yang boleh rilek2.Siang dan malam belajar..petang mengajar.Tapi ana semangat sbb ALLAH dah janji nak naikkan org yang menuntut ilmu dgn beberapa darjat =)

FirmanNYA : "Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi pengetahuan beberapa darjat (yang tinggi-tinggi) …" (Surah al-Mujadalah: Ayat 11).

Masuk hari ni minggu kedua ana mengajar.Ana dah boleh baca perangai sorg2..40 org semuanya sudah pun dihafaz namanya..yelah asik2 kena jerit je ngan ana.Kesian...ustazah depa ni x reti handle kelas kanak2 lagi.Sorg dari dorg anak buah ana sendiri..naik minyak la dye,maksunye yang ngaja.isk3..

Hmm kenapa ana tulis dulu lain sekarang lain??

Sebenarnya tempat yang ana mengajar ni adalah sekolah ana waktu ana darjah 1-darjah 6.Ustazah dan ustaz2 disini semuanya guru2 ana..hehe,x sangka dpt jadi teman sekerja pula sekarang.Ana bukanlah nk mencari rezeki..cuma smntara tggu result STAM in'ALLAH bulan 3 ni..ana nak cari pengalaman je dulu.

Dulu datang sekolah dgn title pengawas..naik basikal.Belajar timba ilmu.Sekarang datang sekolah bertitle ustazah mencurah ilmu semula,tapi jalan kaki je.Turun pangkat..yela xkan nak naik basikal kot.Balik pukul 6 ayah ambik.Tu yang busy..x update entry ana (khalifatullah)..alhamdulillah ada mujtahidah ngan mumtazah.Kalau x..bersarang labah2 la blog ni jawabnye.

Apa2 pun..walau dulu lain sekarang lain..matlamat diri ini tetap sama..x pernah berubah meski umur dah naik setahun..waa dah tua la..mcm mana la buku amal ana spnjang hidup ini.Paksi kita hanya berpegang pada AL-QUR'AN & ASSUNNAH..

Berita sedih..ana dpt tahu ustaz yang ajar subjek favourite ana dah pindah dari skola SAMTKKB..ustaz najih.Macam mana ustaz nk tgok keputusan STAM saya..subjek insya' mutola'ah..(hehe..itupun nk cerita)..=p biarlah.

Menanti esok..esok..dan esok...moga banyak lagi yang ana boleh kongsi dgn anak2 murid.Moga ALLAH redha..
Read more...

Tuesday, January 4, 2011

Makanan rohani kite...

Andai AL-Quran blh bicara..ia akan berkata..:

waktu kau masih anak2..kau bagai teman sejatiku..
dgn wudhu' kau sentuhku..dlm keadaan suci kau pegangku..
kau baca dgn lirih & keras..

sekarang...??
kau telah dewasa..
nmpaknya kau sudah xberminat lg pdku..
apakah aku bacaan usang..??
yg tinggal sejarah..??
skrng kau simpanku dgn rapi..
kau biarkanku sendiri.

aku menjadi kusam dlm almari..
berlapis debu..dimakan kutu..

kupohon..
peganglah aku lg..
bacalah aku setiap hari..
kerana aku akn jd penerang dlm KUBURMU..

bacelah Al-Quran...ayat2 suciNYA..setiap hari..
luangkan sedikit waktu walau sekejap...&
marilah kita sama2 renungkan..
buat mknn rohani kite yg sering kali menangis krn lapar..
sedangkan nafsu sedang ketawa krn gembira...

wallhua'lam....
semoga kite semua peroleh syafaat di akhirat kelak....amin..yarabbala'alamin....
Read more...

Saturday, January 1, 2011

~Da'ie di malam tahun baru~

Alhamdulillah..hari ini 1jan 2011.Masih lagi dberi kesempatan olehNYA mghirup udara,mnikmati alam ciptaanNYA.Ada yg sakit ke??xpe2..sume itu ujian tnda DIA fikirkan kita.Hari ni bagi budak2 SAM (sekolah agama menengah),diorg kena daftar hostel..huhu..all d best dok asrama untuk thun ni.Jgn fly2,jgn solat dlm dorm..msti mantap jalani 2011 ye.Adik2 samer ku juga masuk harini.Rindu sume skali..adik yg disayangi kerana ALLAH..jgn lupe untuk relakan diri ditarbiyyah di SAMER tu.=)

Aina nadia,anak bu
ah kesayangan maksu..all dbest in form 4.SMA mumtaz na..?hehe sykran atas entry pasal akk tu..baca sini..x sgka awk pun ada blog.maju ye.. Ok tutup cerita tu..



Kali ni ana nk kongsi satu lagi pngalam ana brsama akak2 NISA' selayang dan NGO2 yang brgabung dlm satu XPDC DAKWAH (KEMPEN ANTI ZINA) yang diadakan pada malam tahun baru.Huhu terlewat update pasal ni.xpelah kn...Semua skali yg mnjadi sukarelawan lebih kurg 200 org atau lebih.Antara NGO yang mnyertai xpdc ini..semestinya Unit AMAL,Unit Nisa',PKPIM(ABIM),PEPIAS,JAM'IYYAH,PPIM dan bnyk lagi.Turut serta penguatkuasa agama dan wakil masjid amaniah,Gombak.Kitorg ditaklimatkn di ruang solat utama msjid amaniah pada pukul 11 malam..misi bermula pada 11.30p.m-2.30a.m.(sbnrnye habis kol 3.30pagi)=)

Ana join xpdc ni buat kali pertama sbnrnye,jadi perasaan srba srbi gentar terbit bila mana ana kena berdepan dgn masy secara spontan.Bila tgok anak2 muda luar sana..yg umurnya mgkin belasan tahun,atau sebaya dgn ana ataupun lebih senior lagi dari ana dok lepak2,peluk2 laki pompuan..smoke x yah ckp la..pmpuan pun sama aje..rambut kale2,fesyen macam2,sluar koyaklah,baju sndatlah..singkat smpai nmpak segala-galanya astaghfirullahaladzim je yang mampu diulang-ulang.Tertanya-tnya dlm hati..'mak ayah diorg kasi ke kua ngan laki2 ni??mak ayah diorg thu x??',sdgkan ana yg nak keluar g xpdc ni pun ayah kalau boleh x bagi..cuma ayah mak tahu ini perjuangan anaknya.Terima kasih mak ayah..

Namun dikuatkan hati..inilah saudara2ku.Bila mereka hanyut,kita yg sayang kn mereka krn ALLAH prlu lakukan sesuatu.Hadith ke-34 dlm susunan Imam Nawawi ada mnyebut

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم

Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

[Muslim no. 49]


Gambar muslimin swktu taklimat

Kami dibahagikan kpd 6 kumpulan...setiap kumpulan ada lebih kurg 40 org sukarelawan.Ana di kumpulan ke-4 yg diketuai En zaidi ,Ketua pemuda Pas selayang.Kump 4 dikhndaki brdakwah di 4 tmpat (uptown sri gombak,Karak,Ukay perdana..bkt antarabgsa dan kawasan org asli).Ana naik kereta brsama ustz zakariya brsama isteri dan anaknya..mereka wakil JAM'IYYAH dan brsama kami jga ukhti jamilah dari NISA'..samalah ngan ana.Gmbar2 yang diambil sumenye sblum xpdc..huhu masa xpdc tiada gmbar..yelah tgh brjihad tyme tu..=)x nyempat amik gambo moga ALLAH redha.

ukhti jamilah..ukhti fazilah

ukhti fazilah

kami dalam kumpulan..

pamplet2..n risalah yang kami edarkan..


Sebenarnya banyak lagi..antara yang kami edarkan..termasuklah paper selangorkini.Ana x mahu cerita panjang..cuma sdikit perkongsian sewaktu ana adakan ckit talk dgn satu family ni.Tyme tu dekat restoran brdekatan ngan kawasan org asli.Kat situ ada bnyk restoran.ana,ukhti sarah n ukhti jamilah pegilah masuk satu restoran ni...Masing2 (ukhti jamilah n sarah) sdg edar2kan risalah..tapi mata ana cuma tertumpu pada 1 keluarga ni..ada mak,ayah,n sorg anak perempuan.Dari jauh nmpk mcm chinese..sbb mak n anak pmpuan nye free hair pas2 dress up branded punye.Jadi ana pun dekati diorg,'nk bagi salam ke???mcm china...xpelah senyum sje'...detik hati ana


ana pun ckp "selamat tahun baru auntie..."..smbil2 ana bagi risalah tntg jauhi maksiat,arak,pamplet kerajaan negeri selangor..dan paper selangorkini...


"apa ni??"pakcik tnye smbil baca..hoho melayu rupanya..hmm rugi x ckp salam tadi..


"oh..ini usaha kami dlm membanteras gjala sosial yg melampau skrg pakcik.."hehe gugup2.


"kamu dari mana??dhsyt ye,malam2 gini pun smngt lagi.."


ana trsengih"saya ni mwakili NGO NISA'..mnyokong usaha kerajaan negeri selangor..dakwah tggungjawab bersama.."harap2 ana x salah ckp..buknnye praktis pun..spontan je.


"oh..kamu ni org kerajaan negeri s'gor??"


"iyela..pakcik??pak cik kerajaan negeri mana??"alih2 kami sume tergelak..iyelah dah dorg pun dok slangor..hihi..pakcik2..anak prmpuannya ana bgi pamplet tntg mnutup aurat..pastu ukhti sarah n jamilah dtg dkt ana..tnye dah ke blum.Nk ke ukay prdana pulak lepas ni..sblum pergi ana salam dulu dgn makcik tu n anak prmpuannya..pastu bagi salam sbb dah yakin dorg itu ISLAM..boleh plak brsembang.ana doa dlm hati mga2 dgn sdikit usaha yg mmpunyai niat dan matlamat yg besar tu..smpi pada masyarakat islam kita hari ini.Kalo x silap tyme tu dah nk dekat 2.30 pagi...aiyaa ramai pulak org mkn pagi2 buta gini.


Jadi itulah sikit..usaha para da'ie pada malam tahun baru..X lupa juga..tahniah pada GAMIS ,SMM yang brjaya mmbuat aktiviti yg sama di KLCC..pasti lebih bnyk remaja lepak2 kat situ..NISA' selayang ttp akan terus mnyokong usaha dakwah...usaha mengislahkan masy.=) ~ISLAM 4 ALL~

Read more...

~sedikit pengalaman~

Assalamualaikum w.b.t.
Sekadar ingin mencoretkan pengalaman yang kita boleh ambil ibrahnya,insyaALLAH.

Bermula tarikh 26 dis 2010 sehingga 1 jan 2011, ana dan sahabat2 di APIUMNP balik ke rumah
sempena cuti pertengahan semester. Klu kat kelantan kan, start belajar dan bekerja pada hari Ahad, jadi ana beli tiket pulang (naik bas) pada hari jumaat,malamnya.. iaitu malam 31 dis 2010.

Nak dikisahkan (takdir Ilahi), bas ana sepatutnya pada pukul 9.30 malam tetapi telah bertukar pada pukul 10.00 malam. Ana beserta mak & ayah menunggu di stesen bas, sambil2 menjenguk bas yang bakal dinaiki (kami tengok bas berpandukan no. trip bas yg ditulis di dalam tiket ana).

Beberapa minit sebelum 9.30 malam, ayah ana bertanya di kaunter, "Bila bas nak sampai?" Katanya, perjalanan bas tunda ke pukul 10 malam.

Pada pukul 10 malam, kami still x nampak bas yg tertulis no. trip ana. Ayah ana bertanya lagi di kaunter, "Bas ni dah sampai ke belum?" Dan jawapannya..bas dtg lambat sikit.

Kami tunggu lagi..melihat2 bas yg sama dgn no. trip bas ana..
Tp..jam dah menghampiri 10.20 malam
Kami pun pelik juga "Bas ni x sampai2 lagi ke?"
Dan ayah ana bertanya lagi di kaunter..
dan jawapan yg kami dapat?? Bas dah terlepas!!

Memang kami sangat terkejut.. rasanya kami x nampak pun bas yg sepatutnya ana naiki..
Rupa2nya.. bas yg sepatutnya ana naiki bergabung dgn bas lain.. jadi yg terpapar di tingkap bas adalah no. trip bas yg satu lagi, bukan no. trip bas ana
Mungkin cara ana bercerita ini agak x boleh difahami, tp yg pentingnya, ana terlepas bas..
wlupun kami dah usaha dan merancang sebaiknya, tapi sebaik-baik perancangan adalah dari ALLAH SWT..
inilah antara ibrah yg ingin ana sampaikan kepada diri ana dan sahabat2..
bukan nak memburukkan mana2 pihak yg terbabit, tp ibrah yg ingin kita ambil dari kisah ana ini..

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu esok pagi,' kecuali (dengan mengatakan), 'InsyaALLAH'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.' " (Surah Al-Kahf, ayat 23-24)

Apabila melakukan sesuatu,ucapkanlah insyaALLAH..
insyaALLAH bermaksud 90% jadi, bukan 90% x jadi ye..
insyaALLAH itu sendiri bermaksud 'jika ALLAH menghendaki' atau 'dengan izin ALLAH'..
tidakkah kita memperhatikan?

setiap perkara pasti ada hikmahnya..
ujian itu tarbiyah daripada ALLAH..
menanam dan mengukuhkan sifat baik sangka kepada ALLAH..

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-NYA kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (Surah Al-Hadid, ayat 22-23)

Sama2lah kita saling ingat-mengingati kerana-NYA..
Antum antunna boleh ingatkan ana, dan ana tetaplah memberi peringatan..

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Surah Az-Zariyat, ayat 55)

Wallahua'lam. Ambillah apa yg baik dan tinggalkan yg buruk dari sudut nilaian ALLAH SWT..
Read more...