The Prophet said; I have not been ordained through revelation to accumulate wealth and to be among the traders, but rather I have been asked through revelation to praise your rabb (Lord) and to be among who those who prostrate (offer salah), and to worship your rabb until the yaqin (the absolutely certain thing: the death or the qiyamah) approach.
Hadis quoted by Al-Ghazali
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah- kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
Menteri Besar Kedah USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK
Umur : 64 Tahun
Pendidikan: Maktab Mahmud, Alor Setar (1966) Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar 1972 M.Phil In Law.Dept of Law Univercity of Kent Canterbury England 1978
Pengalaman Kerjaya: Pensyarah Ketua Jabatan Syariah UKM Pengarah Urusan Harakah
Jawatan Dalam PAS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Dipertua PAS Yan
Penglibatan NGO: AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)
Pengalaman Antarabangsa: Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India Pembentangan Kertas Kerha di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983) Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995) Persidangan Islam Sedunia, Lunmam (2001) Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
Hasil Penulisan Antarabangsa : Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, FIlipina 1986 Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.
"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Ia merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003 dikembalikan.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.
Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.
Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.
Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.
Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.
Laporan itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.
Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.
Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.
Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.
Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanak sekolah – turut dipilih sebagai sampel.
Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.
"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.
Seminar Antarabangsa “Islamic Economy and Social Justice: Reinforcing Equity for the Common Well-Being” yang berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), Kediri (Jawa Timur), Indonesia pada 25-26 Julai 2008 merupakan seminar kerjasama antara STAIN Kediri dengan Universiti Malaya dalam rangka mewujudkan kerjasama penyelidikan dalam bidang Ekonomi Islam yang meliputi perbankan Islam, takaful, pembangunan, zakat, wakaf dan sebagainya. Seminar ini turut disertai beberapa tokoh Indonesia sebagai pembentang kertas kerja antaranya Siti Ch. Fadrijah selaku Timbalan Gabenor Bank Indonesia Jakarta dan juga Prof. Dr Mustafa Edwin Nasution selaku Ketua Dewan Pimpinan Pusat Indonesia Ikatan Ahli Ekonomi Islam Indonesia (DPP-IAEI).