Kisah seorang bayi berusia enam bulan yang masih hidup dengan hanya menghisap susu mayat ibunya selama 10 hari terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi pada 27 Disember lalu menggemparkan penduduk di Bam, Iran. Peristiwa yang meyayat hati dan dianggap luar biasa ini diceritakan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka, Pahang ketika mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Iran baru2 ini untuk melihat sendiri kesan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa penduduk Bam. Menurut Tuan Ibrahim apa yang menggemparkan penduduk di situ pada mulanya mereka menyangkakan mayat bayi bersama ibunya yang dijumpai selepas kerja2 menyelamatkan dijalankan pada hari ke-10 akibat bencana itu,tetapi ketika diangkat bayi itu rupanya masih bernyawa sambil mulutnya menghisap susu ibunya yang sudah meninggal dunia.

Alangkah ajaibnya kejadian yang hendak ditunjukkan Allah Taala yang berkuasa menentukan ajal seseorang hamba itu. Dia berkata: Sepatutnya pada tempoh itu susu ibu itu sudah lama kering selepas dia  mati tetapi ketika bayi yang hidup itu diangkat keluar susu dari payudara ibunya masih mengalir. Sebaik saja megetahui cerita itu daripada rakan saya di Bam tanpa disedari air mata saya menitis mengenangkan nasib bayi itu. Kami dibawa melawat tempat kejadian oleh Setiausaha Agung Pembebasan Palestin(PLO)yang mengiringi saya bersama Ahli Parlimen Kuala Kedah,Mohammad Sabu dan beberapa rakan lain.
Percaya dengan tidak apabila saya mendengar kisah mengenai kejadian aneh itu tetapi kuasa Allah ajal dan maut semuanya di tangan Allah, ujarnya. Tambahnya,kalau mengikut adat, bayi itu sudah lama mati bersama ibunya tetapi apa yang nyata masih terselamat bahkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk walaupun dihempap dengan runtuhan bangunan. Kisah bayi dan perempuan tua sesungguhnya memberi iktibar betapa manusia wajib mempercayai kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang mampu melakukan sesuatu perkara luar biasa yang dikehendaki-Nya; katanya, sepanjang berada di bumi Bam itu dia berkesempatan melihat beberapa lagi kejadian pelik di mana Zaibul Zaman yang berdiri gagah tanpa sedikitpun terjejas akibat gempa itu.Di sebaliknya bangunan2 lain yang berada di sekitarnya semuanya ranap menyembah bumi.
Begitu juga dengan pokok2 kurma dan limau serta tiang elektrik yang tidak terjejas dalam kejadian yang dasyat itu. Beberapa kejadian pelik itu sungguh menginsafkan saya selama saya berada di bumi Bam. Manakala rakyatnya yang masih hidup nampak tenang dan tidak pun merungut dengan apa yang menimpa mereka, katanya.
Hit: 11 Laman Asal