Mutiara Kata :-
-Hargailah pinjaman nikmat yang diberi Ilahi kepada kita sebelum ia diambil semula.
-Tidak terhitung banyaknya nikmat yang diberi Ilahi kepada kita, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
..وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا ...
dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung banyaknya
dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung banyaknya
surah Ibrahim :34
Dunia dan segala apa yang ada di dalamnya dicipta untuk kita menikmatinya
Pelbagai ingatan dan amaran diberi oleh Allah kepada kita umat manusia supaya menghargai nikmat yang diberiNya dan bukan mengkufuri nikmatNya.
Usah Berduka ( La Tahzan ) :-
- Pasti ada kesenangan di sebalik setiap kesusahan
إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya setiap kesukaran itu disertai kemudahan
( surah Al-Inshirah : 6)
Kita perlu menghargai diri sendiri, meskipun kegagalan sering mengiringi perjalanan hidup kita,tapi sedarkah kita bahawa masih banyak kelebihan yang ada pada diri kita yang tidak disedari dan dihargai
Setiap perkara yang berlaku sudah tentu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan pengajaran. Kisah silam,biarlah ia berlalu bersama hembusan bayu,usah diragui apakah masih ada esok buat kita
Redha dengan apa yang ditentukan Ilahi, mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran dan keazaman
Setiap Ujian Allah Adalah Anugerah
Yakinlah bahawa setiap ujian adalah anugerah Allah.Jika Allah mengambil sesuatu daripada kita, kita hendaklah redha dan sabar, maka sudah pasti akan digantiNya dengan yang lebih baik