Sunday 21 June 2020

BABI! BABI! BABI!

Pernah dengar cerita mat rempit dengan tok bilal?

Satu malam ada sekumpulan mat rempit tengah syok merempit. Dalam laju merempit terserempak dengan tok bilal.

Terkejut tok bilal sampai tak sempat nak susun ayat penuh terus memekik WEI! BABI! BABI! BABI!.

Marah mat rempit " hantu punya tok bilal panggil aku Babi pula!".

Tak sampai 2 minit mat rempit tersebut kemalangan. Kemalangan dengan sekumpulan BABI yang tergedik-gedik melintas jalan raya.

Di pendekkan cerita Babi hilang entah kemana, mat rempit beraya di hospital.


• Sama juga dengan kita yang mengorak langkah menuju kejayaan.

• Pernah dengar perkataan kalau NAK BERJAYA buang jauh-jauh orang negative, virus dan sebagainya.

• Pekakkan telinga anda. Focus pada your goal. Lagi banyak orang benci pada anda bermakna anda menghampiri kejayaan.

• Ada orang bagi nasihat tak sempat nak cukupkan ayat katanya negative.

• Isteri bagi nasihat yang suaminya dah berubah kearah tak baik katanya isteri tak support.

• Sahabat bagi nasihat katanya dengki dengan kejayaannya.

• Mak ayah, adik beradik tegur terus melenting tak nak balik kampung dan tak nak jumpa dah walaupun PM dah umum pada 10 Jun boleh rentas negeri.

• Pernah dengar sahabat sebagai cermin diri kita?

• Pernah dengar hisablah diri anda sebelum anda di hisab?

• Akhirnya jadi macam mat rempit tadi degil, keras kepala, cepat buat assumption, naik laju tak hormat orang lagi-lagi la tok bilal. Hanya tahu nak laju dan kedepan sekali.

• Jangan jadi macam Qarun sehingga mengaku dirinya tuhan sebab kuasa dan kaya melangit.

• Sekali lagi kena ada had dan timbang tara. Tidak lain dan tidak bukan ialah AGAMA sebagai timbang tara kita.

• Cuba renung sejenak akan nasihat-nasihat orang sekeliling kita. Rendahkan ego kita. Tak semua negative, dengki dan seumpamanya.

• Tak rugi pun sekiranya nasihat itu baik. Yang ruginya dah lah kita tak terima nasihat, hidup kita pula bergelumang dengan dosa.

Wallahuallam bissowab..


#silapkatababi
#tokbilal
#matrempit
#successstory
#rentasnegeri
#nasihatuntukambejuga

No comments:

Post a Comment