Monday 5 December 2011

SEKS SUAMI ISTERI

Ada masa-masanya suami saya meminta mengadakan hubungan seks tetapi buat sekejap sahaja. Apabila dia meminta yang begitu biasanya saya berikan juga oleh sebab saya tidak mahu mengecewakan ataupun mengecilkan hatinya. Lagipun saya teringat ajaran agama yang mewajibkan saya melayan kehendak suami dalam apa jua keadaan. Tetapi saya amat tidak puas disebabkan dalam masa empat atau lima minit itu saya tidak merasakan apa kenikmatan. Patutkah saya terangkan kepadanya saya tidak suka dengan seks seperti itu?

Seks yang dibuat cepat-cepat atau dalam bahasa Inggeris disebut dengan istilah ‘quickie seks’ di mana ‘quick’ bermakna cepat, segera, sekejap ataupun tergesa-gesa. Seks quickie mengambil waktu antara 3  hingga 5 minit. Tingkah laku seksual ini memang hanya untuk memuaskan pihak lelaki sahaja.

Lazimnya perempuan tidak bermasalah untuk setuju memberikan seks quickie kepada suami apabila pada waktu-waktu yang lain suaminya sudahpun memberikan seks yang romantik, panjang dan dipenuhi dengan kasih sayang kepadanya.

Dari waktu ke waktu lelaki memang mahukan seks quickie oleh itu sebagai isteri anda patut memberikan layanan seks begini kepada suami anda. Walaupun dalam seks quikie anda tidak diberikan rangsangan fizikal yang panjang dan memuaskan tetapi anda tetap boleh mendapat banyak manfaat lain daripada seks begini. Manfaat yang utama ialah seks quikie boleh menjadi sumber tambahan bagi kepuasan emosi kepada anda.

Pertama, ada masa-masanya sebagai perempuan anda memang tidak mempunyai mood untuk melakukan seks tetapi mood suami anda amat tinggi. Dalam keadaan begitu, dengan memberikan seks segera kepada suami, anda tidak perlu bersandiwara seolah-olah anda mahukan seks, anda juga tidak perlu berlakon mendapat orgasma anda, demi menjaga hatinya. Pada masa yang sama anda tidak perlu mengada-ngadakan pelbagai alasan kepadanya mengapa anda tidak ada mood ataupun mengapa anda tidak mencapai orgasma.

Dengan memberikan seks segera suami anda tidak berasa anda menolak ajakannya, oleh itu hubungan seksual anda berdua tidak terancam. Seks segera juga baik untuk anda dan suami disebabkan dengan membenarkan suami anda memuaskan nafsunya dia mendapat apa yang dia mahu manakala bagi diri anda sendiri, selepas suami anda mendapatkan kepuasannya dia lebih bersedia memberikan pelukan erat, mesra dan belaian lembut kepada anda sampai pagi. Ini membuat anda berdua berasa amat rapat kepada satu sama lain.

Saya sudah 4 tahun berkahwin dan suami saya adalah seorang yang baik tetapi beliau seorang yang pendiam serta tidak suka menunjukkan kasih sayangnya kepada saya. Saya tidak pernah berasa dibelai oleh suami saya, baik sewaktu kami  masih bercinta ataupun sekarang. Saya inginkan belaian suami. Apakah yang patut saya lakukan?

Memang fitrah perempuan inginkan belaian suami di mana dengan cara itu perempuan dapat menikmati apa yang dikatakan nikmat berkasih sayang. Tetapi fitrah ini sukar dimengerti oleh lelaki disebabkan sifat mereka yang amat berbeza daripada perempuan. Tidak seperti perempuan, lelaki menikmati cinta dan kasih sayang melalui seks.

Puan tidak perlu berasa kecewa kerana belum mendapat belaian suami. Sebaliknya beranikan hati, cuba atasi rasa malu puan, dan katakan sahaja kepadanya puan minta dipeluk, ataupun didakap ataupun dicium. Ramai isteri berasa malu hendak meminta suami melakukan suatu seperti memeluknya ataupun mengusap-ngusapnya. Mereka sangka suami mereka tentu faham-faham sendiri bahawa mereka inginkan perlakuan-perlakuan seperti itu daripada suami.

Perempuan menyangka jikalau suami mereka benar-benar kasihkan mereka maka tentulah suami mereka tahu-tahu sendiri apa yang mereka inginkan. Sangkaan itu tidak benar. Disebabkan lelaki bukan perempuan mereka tidak tahu apa rasanya menjadi perempuan dan mereka tidak dapat merasakan keinginan-keinginan perempuan.

Puan tidak perlu malu memberitahu suami puan apa yang puan mahu dia lakukan kepada diri puan. Dengan meminta supaya puan dipeluk ataupun dicium puan membantu suami puan memahami keperluan puan.

Katakan sahaja kepadanya seperti, “ Abang, peluk saya sekejap.” Ataupun “Abang, boleh tak cium saya di sini.” Ataupun “Abang, minta kucup sedikit.” Tunjukkan kepadanya di mana puan mahu dicium atau dikucup.

Dengan meminta, puan membantu suami puan menunjukkan cinta dan kasih sayangnya kepada puan dengan cara-cara yang dia sendiri tentu suka.

Sumber : Seks dan Psikolgi ; Abdullah Hassan