Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, July 26, 2009

PAKEJ PELANCONGAN DI BULAN REJAB : BULAN SEMABAHYANG



Bulan sembahyang merupakan satu aktiviti yang telah dirangka oleh kerajaan Negeri Kelantan, dalam memupuk dan memberikan kesedaran tentang peri pentingnya solat bagi umat Islam. Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut, kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan solat atau sembahyang. Solat atau sembahyang dalam bahasa melayu bererti doa. Manakala mengikut istilah syarak solat merupakan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat adalah rukun Islam yang kedua. Solat fardu lima kali sehari semalam mula disyariatkan pada 27 Rejab iaitu semasa peristiwa “Israk dan Mikraj”. Peristiwa inilah yang membawa kepada permulaan solat bagi seluruh umat Islam.

Hasil dari peristiwa penting ini, Kerajaan Negeri Kelantan, di bawah kepimpinan ulama’ selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam” telah menjadi pelopor dalam menggerakkan aktiviti ini. Pelancaran Bulan Sembahyang peringkat negeri telah merupakan salah satu agenda penting pihak kerajaan negeri dalam membentuk modal insane yang mempunyai sahsiah dan keterampilan diri selaras dengan tuntutan agama. Sememangnya aktiviti ini banyak membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat dan menjaga solat tersebut. Semasa mula-mula ia dilancarkan semua orang terfikir kepada Bulan Rejab, kenapa tidak dijalan di bulan lain, tapi bila dihayati dan dikaji semula, Bulan Rejab dipilih adalah disebabkan oleh peristiwa “Israk dan Mikraj yang membawa kepada kejawipan solat bagi umat islam. Bersempena dengan peristiwa ini, maka Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiharkan Bulan Rejab sebagai Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan.

Setiap tahun kerajaan Kelantan dibawah Kepimpinan Tok Guru, menyediakan peruntukkan khusus bagi program tersebut. Program ini dijadikan acara tahunan pihak kerajaan sebagai satu medium penyampai untuk mendidik masyarakat. Walaubagaimana pun, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa program ini tdak memberikan impak, namun kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan, sememangya wajar mendapat pujian dan penghargaan.
Kesungguhan pihak kerajaan untuk melihat sinar islam terus berkembang di bumi Kelantan, boleh dijadikan contoh oleh pihak lain. Penyerapan nilai-nilai agama ini penting dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi aqidah, sahsiah diri dan sebagainya sepertimana yang telah di syariatkan oleh Allah dalam Al-Quran. Jadi tidak hairanlah jika Kelantan dikatakan sebuah negeri yang telah mempelopori perubahan sama ada dalam bidang pentadbiran mahupun bidang-bidang lain.

ANALISIS PAHLAWAN MERAH : M.U MILIK PAS



Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Walaupun sibuk dengan tugas seharianku sebagai seorang pendidik namun tidak mematahkan semangat dan keinginan ku untuk berkarya.

Walaupun Pilihanan Raya Kecil (PRK) N.41 Dewan Undangan Negeri Kelantan, Manek Urai (M,U) sudah pun melabuhkan tirainya, masih lagi tidak terlambat untuk saya berbicara tentang topik ini.

PRK kali ini terus menyaksikan Pakatan Rakyat meneruskan rentak kemenangan 6 kali berturut-turut apabila sekali lagi berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) kali ini di Manek Urai.

Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Islam Se- Malaysia (PAS) menang dengan majoriti 65 undi. PAS yang diwakili oleh Mohd Fauzi seorang peraih ikan mendapat uni sebanyak 5345 undi, manakala Calon BN Tuan Aziz bekas Pegawai Kesedar mendapat 5283 undi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mohd Fauzi atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Uji dikalangan masyarakat tempatan. Kemenangan calon PAS ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan masih lagi berdiri teguh dibelakang kepimpinan Ulama’ yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Walaupun pelbagai isu yang melanda PAS, terutama melibatkan Tok Guru Nik Aziz dengan Hj Hadi, namun tidak sedikit pun menggugat PAS untuk mengekalkan kerusi M.U ini. Kemenangan PAS di M.U sememangnya sudah dijangka, ini kerana M.U merupakan salah satu kawasan kubu kuat PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Krai.

Kemenangan calon PAS ini tidak perlu lagi dipertikaikan, walaupun menang dengan majoriti 65 undi, namun kemenangan ini membuktikan PAS terus diberikan kepercayaan untuk menerajui M.U. kemenangan kali ini dilihat lebih bermakna buat buat Pas dan Pakatan Rakyat (PR) yang dilihat bukan sahaja berdepan dengan Umno/BN tetapi berdepan dengan seluruh jentera kerajaan yang mengutuk cara kepimpinan kerajaan negeri yang berada dibawah pemerintahan PAS. Bukan setakat itu sahaja SPR juga turut dilihat membantu dengan mengadakan piliharaya pada pertengahan minggu dan pertengahan bulan untuk menyukarkan pengundi luar untuk pulang membuang undi dari segi cuti dan kewangan. Mereka cukup bimbang dengan pengundi luar yang dikatakan akan menentukan kemenangan pada PRK.

Analisis yang dapat dibuat oleh saya, kekuatan PRK kali ini bergantung pada isu dan Calon yang bertanding. Kedua-dua calaon yang bertanding pada PRK kali ini mempunyai imej yang bersih tanpa sebarang rekod yang boleh dijadika isu oleh kedua-dua parti yang bertanding.

Bagi PAS mereka megemukakan calon terbaik itu Mohd Fauzi seorang peraih ikan yang dikatakan cukup mesra rakyat telah berjaya memikat dan mencuri hati pengundi di M.U. Ditambah pula dengan isu yang dikemukakan oleh PAS cukup menyentuh hati masyarakat di M.U iaitu Isu tuntutan royalti minyak ( Di Pantai Senok, Bachok Kelantan) dilihat sebagai “tening point” kemenagan ini.

Berbandingan dengan BN mereka masih lagi mengekalkan corak kempen yang sama pada PRK sebelum ini iaitu isu pembangunan dan habuan yang dijanjikan kepada rakyat. Isu yang dibawa oleh mereka kali ini gagal menawan hati penduduk M.U.

Tanpa sebarang janji manis yang ditabur oleh PAS, kematangan rakyat M.U wajar dipuji. Mereka tetap memilih untuk terus bersama kepimpinan ulama’. Walaupun di janjikan dengan habuan dan projek-projek pembangunan oleh BN untuk menjadikan M.U sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan ternyata gagal menambat hati para pengundi di dun M.U.



Bagi BN pula, kekalahan ini pasti memberikan tamparan baru buat parti itu dalam usaha mereka untuk terus menawan hati rakyat, selepas 8 PRK yang berjalan BN hanya meraih satu kemenangan sahaja, itupun di Batang Ai, Serawak. Selebihnya di menangi oleh calon dari PR yang terdiri dari Parti Keadilan dan PAS. Ternyata gelombang kebangkitan rakyat semakin terselah setiap kali PRK berlangsung.

Kesimpulan yang dapat dibuat, BN perlu mengubah taktik dan cara berkempen jika hendak memenangi hati rakyat. Rakyat sudah mula bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Dikesempatan ini juga, saya diingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua parti yang bertanding, ini kerana PRK kali ini dilihat sebagai PRK yang paling selamat tanpa sebarang kekecoha yang besar sepanjang kempen berjalan. Buat encik polis, saya ucapkan jutaan terima kasih dan syabas diatas kejayaan encik polis menjalankan amanahdan tanggungjawab yang diberikan.

Buat Abe Uji selamat menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi N.41 Manek Urai. Jadilah pemimpin yang berbaik dikalangan terbaik, bukanya yang terbalik. Seluruh warga penduduk M.U meletakkan kepercayaan dan harapan buat Abe Uji untuk menjadi wakil mereka di dalam persidangan dewan undangan negeri…








Monday, July 6, 2009

Salam Dari SMU ( A) DARUS SALAM

Assalamualaikum, terlebih dahulu ribuan ampun dan maaf ku pohonkan kepada semua pembaca dan peminat setia tulisanku, diatas kekangan tugas yang makin bertambah menyukarkan ku untuk mencoret sekelumit lembaran di Pahlawan Merah ini. Terima kasih atas sokongan dari rakan semua yang tidak jemu-jemu untuk menziarah blog ini, walaupun tidak ada isu atau cerita baru yang ku samapaikan.


Tanpa ku sedari sudah hampir sebulan aku memikul amanah dan tugas sebagai seorang pendidik. Walaupun jawatanku ini hanyalah kontrak, namun akun tetap gembira dengan tugasan yang diberikan pada ku ini. Beretugas di SMU (A) Darus Salam, Kampung Sg. Peria Kuala Krai ternyata menghadirkan 1001 makna buat hidupku. Pertama sekali sewaktu aku menerima surat petempatanku aku terkejut dan agak bimbang sebab sekolah tersebut jauh dari rumahku. Pelbagai-bagai persoalan yang timpun dibenak fikiranku menyebabkan aku tidak lena tidur dibuatnya.


Benarlah kata orang tua “ Tak Kenal Maka tak Cinta”. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah tersebut aku sudah menjangkakan betapa besar dan berat tanggungjawab yang akan ku galas, ternyata tekaanku tepat apabila aku diarahkan untuk menjadi guru disiplin. Terkedu aku menerima jawatan tersebut. Alhamdulillah aku dapat laksanakan tugas tersebut dengan jayanya, berkat kepercayaan dan tunjuk ajar yang diberikan ditambah dengan pengalamanku sewaktu menjadi pengawas sewaktu di zaman persekolahan.


“ Tak Kenal Maka tak Cinta”. Tepat untuk aku gunakan, kini aku sudah mulai jatuh cinta dengan tempat aku menaburkan bakti. Sayangku semakin hari semakin menebal, ditambah pula dengan kerenah anak-anak muridku yang nakal dengan kerenah malasnya. Kerenah anak didikku tidak melemahkan harapakanku untuk membetuk mereka supaya menjadi “ Insan Yang Kamil”. Alhamdulillah aku sudah pun Berjaya menemuai punca kemalasan anak didiku, sebanarnya mereka inginkan perhatian dari guru. Dan kini aku datang untuk memberikan perhatian sepenuh kepada mereka.


Jika dulu semasa zaman persekolahanku aku fikir kerja guru nih mudah, tapi bila aku dah jadi guru, barulah aku tahu betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawab sebagi seorang guru. Pengorbanan yang tidak menuntut sebarang balasan dari anak-anak didiknya, tetapi hanya mengharapkan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna.


Ya Allah, besarnya pengorbanan seorang guru. Jasamu tidak mungkin dapatku balas. Terima kasih cikgu….benarlah kata guruku dulu “ Kalau nak kaya jangan jadi guru, kerana guru hanya kaya dengan pengalaman”