Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, August 5, 2009

Risau Vs Takut

Minggu ini merupakan peperiksaan percubaan bagi seluruh Sekolah- sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Gerun dan takut rasanya bila memikirkan dan melihat gelagat anak- anak didikku yang tidak menunjukkan sebarang persediaan untuk melangkah ke dewan peperiksaan.

Melihatkan kepada gelagat mereka, ramai yang tidak konfiden melihat anak-anak didiku ini untuk lulus. Namun aku yakin dan percaya bahawa mereka mampu menghadiahkan sesuatu buat aku.


Walaupun aku tidak mengajar mereka, tetapi aku tetap memberikan sepenuh perhatian buat anak-anak didikku. Ingin aku buktikan kepada semua pihak bahawa anak-anak didikku yang sebelum ini dilihat sebagai tidak berpotensi akan menghadiah sesuatu yang berharga buat diriku dan buat semua guru sebagai bukti bahawa mereka boleh berjaya.


Masih lagi ku ingat sewaktu aku mula sampai ke SMAD, aku telah berjanji pada diriku dan pihak sekolah bahawa akan akan berusaha untuk menghadiahkan sesuatu buat sekolah. Walaupun berat, tetapi aku tetap tabahkan hati, tekadkan usaha dan aku akan buktikan apa yang telah aku janjikan itu bukan omong kosong. Walaupun hakikatnya aku tidak mampu. Namun begitu aku melihat ini sebagai cabaran bagi diriku yang baru sahaja bercita-cita menjadi seorang pendidik.


Bait-bait sajak Allahyarham Usman Awang akan ku jadikan sebagai azimat dan pedoman buat diriku untuk terus menaburkan bakti sebagai seorang pendidik.


Guru Oh Guru…


Jika hari ini seorang perdana menter berkuasa

Jika harini seorang raja menaikki takhta

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama’ mulia

Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa

Semuanya bermula dari seorang guru biasa

Dengan lembut dan sabar mengajar tulis baca..


Ku tahu bukan mudah untuk menjiwai dan menghayati watak sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana bukan setakat pelajaran yang diberikan santapan rohani juga terpaksa ku hidangkan sebagai bekalan mereka dihari muka. Walau sakit jatuh dan rebah, aku tetap akan bagun dengan pantas, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah.


Apa yang aku pinta, semoga aku terus diberikan kekuatan dan diberikan hidayah oleh Allah agar aku dapat memberikan khidmat yang berbaik sebagai seorang pendidik. Walaupun aku hanya guru kontrak, tapi aku telah bertekad pada diriku aku yang buat yang terbaik dan terMANTOP untuk sekolah sebagai hadiah dariku..


Kepada anak- anak muridku selamat menempuh peperiksaan percubaan, cikgu yakin awak mampu buat yang terbaik dan doa cikgu sentiasa mengiringi awak semua..

No comments: