Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

KEPUTUSAN PIALA PRESIDEN 2009

KELANTAN (2) vs T- TEAM (3)

Jaringan :
Mohd Zamri Ramli
Izuan Solahudin (pen)

Sunday, March 28, 2010

Monday, March 15, 2010

Keputusan Lalu

09/01
TERENGGANU (O) VS KELANTAN (O)
12/01 -
KELANTAN (3) VS JOHOR (1)
16/01
PERLIS (O) VS KELANTAN (O)
19/01
KELANTAN (O) VS KEDAH (1)
23/01
KELANTAN (4) VS JOHOR FC (1)
26/01
PERAK (O) VS KELANTAN (O)
30/01
KELANTAN (4) VS P.PINANG (0)
06/03
T-TEAM (O) VS KELANTAN (1)
13/03
KELANTAN (O) VS SELANGOR (O)
p/s : Kalau tak tepat tulung betulkan....
TQ

Friday, March 12, 2010

Lagi-Lagi Penyudah Tumpul

Keputusan Penuh Liga Super 2010
Kelantan (0) vs Selangor (0)

Liga Super: Kelantan hormati Selangor

oleh: kosmo.com.my
STATUS Selangor selaku pendahulu Liga Super ternyata mengundang resah buat Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui kehebatan lawannya sambil menganggap anak-anak buahnya tampil sebagai underdog.


"Pertemuan ini bukanlah tugas mudah buat semua pemain, berdasarkan rekod lepas, ia tampak memihak kepada mereka Selangor.


"Memandangkan Selangor berada di kemuncak prestasi dengan merangkul tiga kejuaraan musim lalu dan mendahului carta liga, saya menuntut supaya mereka turun bermati-matian dan berhati-hati dengan taktik serta corak permainan pasukan lawan yang mampu memerangkap pasukan," kata Sathianathan semalam.

Tambahnya, kemenangan pada perlawanan malam ini amat penting dalam usaha mereka merapatkan jurang mata dengan skuad Gergasi Merah itu.


Bagaimanapun, perancangan Sathianathan itu tampak sedikit terjejas apabila dia terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain utama ekoran kecederaan.


Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Nor Shahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussain, Halim Napi, S. Chanturu dan Mohd. Shakir Shaari.

Pada masa yang sama, Sathianathan berkata, Kelantan juga terpaksa melupakan khidmat Hairuddin Omar yang digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah ketika bertemu T-Team, Sabtu lalu.


Ditanya mengenai peluang Kelantan malam ini, Sathianathan berkata: "Saya masih yakin dengan peluang yang dimiliki. Kemenangan ke atas T-Team akan dijadikan pembakar semangat kepada pemain saya untuk menumbangkan Selangor."


Sathianathan turut berharap para peminat setia The Red War- riors membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada anak-anak buahnya.

"Peranan penyokong di belakang pemain juga penting membangkitkan semangat pemain untuk beraksi dengan cemerlang," ujarnya.

Thursday, March 11, 2010

Kelantan mahu tebus kalah

oleh : Utusan Malaysia


KOTA BHARU - Skuad The Red Warriors bersedia sepenuhnya untuk berdepan pendahulu Liga Super, Selangor di gelanggang sendiri, esok.

Bukan itu sahaja, barisan pemain Kelantan turun penuh keazaman untuk menebus dua kekalahan pada musim lepas terutama perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan pasukan itu tewas dengan jaringan penalti.

Kelantan tidak pernah menang ke atas Selangor sejak kembali ke saingan liga berprestij ini dan hanya mampu mencatatkan keputusan seri ketika Stadium Bukit Jalil menjadi tuan rumah kepada skuad tersebut musim lepas.

Berbekalkan semangat itu, ketua pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin melaungkan amaran kepada Red Giants supaya berhati-hati kerana mereka akan turun dengan '12 pemain' termasuk sokongan padu para penonton.

Katanya, rakan-rakannya dalam pasukan juga turut mendapat suntikan semangat selepas mencatatkan kemenangan 1-0 keatas T-Team, Sabtu lalu di kubu lawan.

Pun begitu, beliau masih enggan mendabik dada dan menghormati kemampuan Selangor yang mempunyai barisan pemain berpengalaman.

"Selangor sebuah pasukan yang hebat. Saya dan rakan sepasukan tidak akan mengambil mudah perlawanan ini.

"Beraksi di tempat sendiri, kami turun bermati-matian dan memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan.

"Kami perlu berhati-hati dan perlu memberikan tumpuan kepada jentera serangannya yang diketuai Amri Yahyah serta barisan tengah yang mantap seperti Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.

"Apa pun kami tidak akan memberi laluan mudah kepada Selangor dan tidak akan menghampakan sokongan penonton yang sentiasa bersama kami tanpa berbelah bagi," katanya.

Selangor kini mendahului Liga Super dengan mengumpul 22 mata manakala berada di tangga keempat dengan perbezaan tujuh mata tetapi Red Warriors kurang satu perlawanan.

"Sorakan padu penyokong dilihat mampu merubah dan mempengaruhi sesebuah perlawanan.

"Saya menyeru kepada seluruh penyokong datanglah beramai-ramai menyokong pasukan Kelantan dan memenuhi stadium pada malam itu," ujarnya.

Akhirnya.....

Alhamdulillah hari ini hari yang cukup gembira bagi diriku dan rakan-rakan seperjuanganku. Setelah berpenat lelah hampir 6 bulan di SMAD. Hari ini aku dan rakanku kini mampu tersenyum riang apabila hasil pertama air tangan kami cukup membanggakan.
Lulus 100% dalam subjek Sains dan beberapa subjek lain telah berjaya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini mempertikaikan kemampuan dan kreadibili aku dan rakanku.
Walaupun kami masih baru dalam bidang perguruan, namun kejayaan ini amat bererti dan boleh dibanggakan dan dicacatkan dalam lipatan sejarah sepanjang bergelar guru.
Penat lelah menguli tepung yang dikatakan tidak bernilai sebelum ini memberikan gambaran bahawa tafsiran yang diberikan selama ini telah silap. Tepung yang tidak bernilai kalau diuli kena dengan cara dan perisanya mampu membuat orang merasanya ingin mencubanya sekali lagi. Itulah perumpaan yang boleh diumpakan kepada seseorang yang hebat.

Maahad Teruskan Kecemerlangan

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Harakahdaily.net

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus. Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Wednesday, March 10, 2010

KAFA pohon kurangkan levi elak persatuan berkubur

oleh : Utusan.

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon pihak Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mempertimbangkan pengurangan kadar levi yang dikenakan terhadap persatuan itu kerana ia agak membebankan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar levi itu agak tinggi iaitu sehingga 20 peratus daripada jumlah kutipan tiket bagi setiap perlawanan.

"Setiap kali perlawanan, KAFA perlu membayar levi antara RM20,000 hingga RM30,000, manakala 10 peratus lagi perlu dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"KAFA terpaksa membelanjakan kira-kira 60 peratus daripada hasil kutipan tiket manakala hanya 40 peratus untuk kegunaan persatuan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar menambah, jumlah 40 peratus tidak mencukupi untuk KAFA untuk menampung urusan pentadbiran termasuk bagi membayar gaji pemain dan jika keadaan ini berterusan tidak mustahil KAFA akan berkubur.

"KAFA sudah membuat rayuan kepada perbadanan stadium untuk mengurangkan kadar levi atau memberi sewa stadium kepada KAFA secara tahunan.

"Jika dibandingkan negeri lain, mereka menyewakan padang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dengan kadar yang lebih murah malahan ada secara percuma semata-mata untuk membantu pasukan," katanya.

Sementara itu, Annuar menjelaskan, pihaknya akan mempertingkatkan tahap keselamatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika pertemuan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor, Jumaat ini.

"Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dan kita menjangkakan kehadiran penyokong lebih ramai pada perlawanan itu.

"Langkah keselamatan ini penting untuk menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Untuk itu seramai 400 anggota keselamatan akan bertugas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penyokong terjamin," katanya.

Tambahnya, kaunter tiket akan dibuka seawal pukul 9 pagi untuk menggelak berlakunya kesesakan.

"Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan dinasihatkan datang awal untuk membeli tiket dan kita akan buka kesemua kaunter yang ada untuk memastikan tidak berlakunya kesesakan.

"Seorang penyokong hanya dibenarkan membeli 2 keping sahaja tiket untuk astaka manakala 4 keping untuk tempat duduk terbuka," ujarnya.
Katanya, tiket astaka akan dijual di kaunter lama manakala tiket tempat duduk terbuka di kaunter baru.

Tuesday, March 9, 2010

Berdebar Jantungku....

Berdebar jantungku, risaunya hati, gundah gulana perasaanku bila memikirkan result spm yang bakal keluar khamis ini. Mana tidaknya itulah hasil pertama dari tanganku semasa aku mengajar di SMAD.
Walapun SMAD berada di luar bandar, namun bagi aku pelajar aku tetap ada kelebihan dan kemmapuan. Aku tak kisah apa orang nak kata, tapi apa yang aku tahu, aku buat bukan untuk diri, tapi untuk anak-anak didikku. Khamis ini bakal menentukan perjuangan dan hala tuju serta masa depan anak-anak muridku.Aku harap mereka dapat yang terbaik.
Bagi aku, walaupun tidak lagi ada disana, tapi aku tetap rindu akan kelibat dan gelak tawa mereka. Entah kenapa aku rasa sayu bila mengenangkan hal ini. Nak kata aku emosi tak juga, tapi entahlah....
Ingat nak pergi SMAD khamis ni. Tapi bila ingatkan.........
rasa macam tak nak pergi plak. Tapi aku dah janji dengan pelajar aku dulu...
macam mana ek...
Biarlah..apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa...
Semoga berjaya.....
Doaku...
Ya Allah...
Berikanlah kejayaan kepada anak-anak muridku yang ambil spm tahun lepas
dengan kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang...
Semoga dengan kejayaan ini, adalah hadiah buat kedua orang tua mereka..
amin....

Puas Hati....

Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan kisah hidupku. Entah kenapa terasa rajin plak hari ini. Alhamdulillah setelah 6 bulan penat bekerja akhirnya aku telah berjaya meyimpan duit untuk membeli sebuah laptop yang telah ku inginkan.
Berbekalkan wang yang aku simpan semasa mengajar di darus salam, dapatlah aku beli sebuah laptop yang berjenama lenovo dan brodband maxis.
Dengan adanya kedua-dua barang ini, makan dapatlah aku guna untuk mengupdates blogku yang telah lama tidak di updates ini...

Friday, March 5, 2010

Nizad Ayub Kembali


Gambar : (Wawan) theredwarriors.com
Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan ketika dihubungi mengesahkan Nizab Ayub besar kemungkinan akan turun sebagai penyerang utama bergandingan bersama Nor Farhan Mohammad bertemu T- Team pada perlawanan malam esok.
Sama-sama kita nantikan adakah Nizab mampu memerobek kubu lawan.

LTdL : Anuar Cipta Sejarah Juarai LTdL Muar- Port Dickson

Berita : Bernama
PORT DICKSON, 5 Mac (Bernama) -- Pelumba negara, Anuar Manan, melakar namanya dalam sejarah dengan menjadi pelumba tempatan pertama memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat Muar ke Port Dickson Jumaat.Anuar, 24, yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia, menjuarai peringkat kelima sejauh 111.5 kilometer itu setelah mengetepikan tentangan sengit lawan sehingga ke garisan penamat.
Keputusan iu menjadikan pelumba kelahiran, Kuala Ibai, Terengganu ini, pelumba Asia ketujuh yang memenangi peringkat perlumbaan LTdL sejak ia mula dipertandingkan pada 1996 serta merupakan pelumba kedua dari Asia Tenggara yang menang peringkat selepas pelumba Indonesia, Samai Amari, dari pasukan Le Tua pada tahun lepas.Selain itu, jersi hijau (raja pecut) yang dirampas oleh Michael Matthews dari pasukan Jayco-Skins pada peringkat keempat berjaya diambilnya kembali hasil kemenangan hari ini yang termasuk satu zon pecutan di Umbai, Melaka.
"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana telah mencapai sasaran untuk memenangi satu peringkat perlumbaan LTdL malah berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan Jumaat.
Anuar, yang turut mengekalkan jersi biru selaku pelumba terbaik Asia, berkata pada peringkat kelima ini, rakan-rakan dari pasukan Malaysia dan Marco Polo Cycling telah membantunya untuk mengatasi Matthews.
"Jadi secara tidak langsung saya serta rakan sepasukan (Geumsan Ginseng Asia) dapat menyimpan tenaga untuk mengatur strategi bagi pecutan terakhir di garisan penamat," katanya.
Anuar berkata beliau turut menggunakan taktik baru pada peringkat kelima ini dengan menumpukan usaha untuk memenangi peringkat perlumbaan yang turut menawarkan mata untuk jersi hijau selain daripada tiga zon pecutan.
"Pada empat peringkat awal, saya menumpukan usaha untuk mengambil mata di zon pecutan manakala Matthews menggunakan rakan-rakan senegaranya dari Australia dari pelbagai pasukan untuk mengacau saya daripada mengutip mata.
"Matthews sendiri pula menumpukan perhatian untuk mencuri mata dengan memenangi peringkat perlumbaan seperti yang dilakukannya dengan memenangi peringkat pertama dan ketiga," katanya.
Anuar turut menjelaskan semua rakan sepasukannya telah memainkan peranan terutamanya dua rakan sepasukannya, Takeshi Igarashi dan Kim Yeong Uk, yang membuka ruang yang baik kepadanya untuk memecut ke garisan penamat.
Mengenai peringkat keenam esok yang mempertandingkan tiga zon pecutan dan pendakian ke puncak Genting Highlands, Anuar berkata beliau telah bersedia untuk mengutip sebanyak mata yang termampu."Malah saya yakin akan dapat menamatkan perlumbaan di puncak Genting Highlands mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan prestasi semasa saya ketika ini," katanya.Jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan kekal milik pelumba kelahiran Jerman, Tobias Erler yang beraksi untuk pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Cycling, dengan masa keseluruhan 17 jam 59 minit 23 saat.
Jersi polka dot selaku raja bukit turut kekal dimiliki pelumba pasukan Drapac Porsche, Peter McDonald, yang mengumpul 11 mata walaupun tidak mengutip sebarang mata pada satu zon pendakian Jumaat.Pelumbaan peringkat keenam Sabtu akan bermula di Putrajaya dan tamat di Genting Highlands, sejauh 102.8 km. Perlumbaan melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan.