Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, November 8, 2010


oleh Utusan.com.my

KOTA BHARU – Malam bersejarah. Itulah gambaran apabila trofi berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia yang dimenangi The Red Warriors dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam majlis santapan malam di Hotel Renaissance, dekat sini, semalam.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan Kelantan bergelar juara Piala Malaysia buat kali pertama sejak, ia diperkenalkan pada tahun 1921.

Kejayaan tersebut menamatkan penantian 89 tahun Kelantan untuk bergelar juara, selepas gagal melakukannya tahun lalu.

Majlis semalam dimulakan dengan perarakan masuk trofi kejuaraan oleh ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin dan Muhd. Badhri Radzi, sambil diiringi tujuh hulubalang yang lengkap berpakaian tradisional Kelantan, bersama-sama barisan pemain dan pengurusan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kemudiannya mempersembahkan trofi tersebut kepada Sultan Muhammad V, untuk diletakkan di tempat khas sebagai simbolik persembahan tersebut.

Pada majlis tersebut, Annuar merafak sembah menjunjung kasih mempersembahkan ucapan penghargaan KAFA kepada baginda.

Dalam ucapannya, Annuar menyifatkan kejayaan menjulang Piala Malaysia sebagai simbol kasih sayang rakyat Kelantan kepada Tuanku Muhammad.

Katanya, ia merupakan cetusan kegembiraan rakyat negeri ini di atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Kemenangan buat pertama kali ini juga merupakan simbolik di atas penyatuan rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, darjat mahu pun fahaman politik yang berbeza,” katanya.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, barisan Exco kerajaan negeri, ahli-ahli majlis KAFA, syarikat penaja, ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri, persatuan bola sepak jajahan dan kelab penyokong kelantan.

No comments: