Bingkisan oleh
UkhwAh |
Pada
9:53 PMSunday, May 31, 2009 |
Bismillah..
ALhamdulillah, walaupun masing-masing sibuk dengan persediaan untuk exam pada hari selasa ini sempat juga kami luangkan masa bersama dengan memasak dan makan bersama. Selalunya, kami hanya ada masa-masa sebegini pada minggu pertama blok baru bermula atau selepas selesai exam.
Menu hari ini adalah nasi air, sup sayur, tempe goreng, ikan bilis goreng, telur dadar, dan sambal tumis yang disediakan oleh dua orang head chef iaitu Nadia dan Nija. Ana, FyDot, Nadia, dan Nija ditugaskan membeli barang-barang. Hari ni aku, jadi pembantu am yang setia bersama Sarah dan Aisyah. Pernah ka aku jadi head chef? Pembantu chef pernah kot!haha! Dah la janji dengan FyDot nak buat bubur jagung dari minggu lepas lagi tapi asyik tangguh ja. Jagung dalam peti tu agaknya dah tumbuh pokok dah kot.Hee..Takpa na FyDot, esok petang SIAP!InsyaALlah =)
Walaupun menu ala-ala orang bujang tapi semuanya sangat berselera menjamah rezeki daripada Allah swt. Ditambah pula dengan cerita mengenai keluarga masing-masing yang menggelikan hati dan menceriakan suasana.Masing-masing dah jemu hari-hari makan beli dan lauk pula sepesen ja setiap hari. Sekali sekala dapat makan masakan yang di masak sendiri berselera bukan main.
Rasa terhibur juga hati ni yang ‘tension’ dengan exam yang tak pernah kenal erti jemu. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu kepada keluarga di tanah air di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesame kami. Baru la hari ni dapat tatap betul-betul muka seorang-seorang. Rindu sungguh!Hehe..
Semoga Allah swt merahmati dan melindungi ukhuwah yang terbina ini agar berkekalan di dunia dan akhirat. Selamat berjuang sahabat-sahabat untuk exam sepanjang minggu ni..Semangat2!!Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Aminn ya rabb..
Bingkisan oleh
UkhwAh |
Pada
6:08 PMSaturday, May 30, 2009 |
Bismillah..
Apabila memikirkan tentang keupayaan diri yang minimal, diri menjadi takut untuk meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesebuah impian. Sering tertanya-tanya mampukah diri ini untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sering bermain-main di fikiran, mempersoalkan kemampuan diri atas tanggungjawab yang bakal maupun yang sedang dipikul.
Terkadang, diri merasa teringin sekali untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri maupun orang lain tetapi setiap manusia itu harus akur, kita hanya perancang tetapi Allah swt jua penentu segalanya kerana perancangan Allah swt itu adalah sebaik-sebaik perancangan yang hanya Dia mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Di saat diri menjadi lelah, impian seakan-akan samar di pandangan mata, hati dirayu domba, dipujuk bagai memujuk seorang kekasih agar semangat pulih dan tidak mudah mengalah. Kata-kata terus dilantun walau air mata mengalir deras mengenang kemampuan diri di paras membahayakan.
Melihat orang lain mampu menyusun langkah, berlari gagah sedang diri masih merangkak-rangkak mencari tempat untuk berpaut bagi menyusun langkah seterusnya. Hati menangis merintih ingin berlari kencang beriringan dengan pelari-pelari yang lain bagi menamatkan perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Namun, diri harus akur. Terus memujuk hati. Walau garisan itu tidak dapat disentuh dengan sebuah larian, namun dengan merangkak juga pasti boleh hanya antara mahu dengan tidak sahaja! Biarlah lambat asalkan sampai juga ke destinasi yang dituju.
Diri tidak harus mengenal erti jemu dan putus asa kerana istilah itu tiada dalam kamus seorang pejuang. Walau jatuh tersungkur, biar darah menitis membasahi bumi, namun pelarian tidak harus ditamatkan di pertengahan jalan. Mungkin di hadapan ada keajaiban yang Dia sediakan buat mereka yang tidak kenal erti hampa dan berputus asa dalam mencari jalan menemui cinta-Nya.
Semangat akan terus ditiupkan, kemampuan harus dimaksimumkan, keyakinan harus ditingkatkan, di samping tidak putus-putus doa diutuskan buat Pencipta yang Maha Kuasa, kerana Dia yang menentukan segala-galanya.
Teruslah berlari mencari pelangi nan indah walau hujan dan panas silih berganti seakan menguji kecekalan dan kemampuan diri kerana pelangi itu terkadang tersembunyi di sebalik hujan dan panas itu, seakan meminta sedikit usaha untuk yang ingin memiliki dirinya. He knows better =)
Bingkisan oleh
UkhwAh |
Pada
6:22 PMSunday, May 24, 2009 |
Bismillah..
Tadi semasa aku tengah tension buat assignment, tiba-tiba tikot (Nur Atiqah Zainal Abidin) telefon. Dia pesan, petang nanti dia nak datang rumah, just drop by katanya. Kesian dia pun tidak sihat selepas balik daripada rumah aku dua hari lepas. Kesian tikot berjangkit dengan atul la tu. Get Well Soon, dear! Ingatkan tikot telefon nak datang tidoq sini lagi..isk3!
Tengah leka melayan ILuvIslam tiba2 aku dengar suara orang panggil2 nama aku. Nasib baik masa tu aku tak dengar mp4 kalau tak, panggil sampai rumah runtuh pun aku tak dengar!haha! Aku agak tikot la tu sebab dia kata nak datang petang ni. Aku dengan sepantas kilat turun ke bawah sampai pakai sweater pun terbalik!Malu ja!haha! Sampai ja kat bawa nampak tikot dah terpacak depan grill sementara Salmah menunggu di luar pagar dengan basikal comelnya!hehe..
Tiba2..........."Atul nah"! Tikot menghulurkan sepohon kaktus dan sekeping kad yang kiut miut. Siap ada nama lagi untuk kaktus ni!haha!Tikot!Terima kasih! Serius sangat terharu! Atul dah janji, lepas UkhwAh 'pergi' atul taknak ada kaktus lagi tapi disebabkan ianya pemberian tikot, atul terima dengan hati yang ikhlas dan gembira! Atul janji atul akan jaga Titi dengan baik!InsyaALlah.. Tatau nak cakap macamna. Rasa' happy' yang teramat sangat. Lepas ni atul study adalah penemannya. Terima kasih tikot =)
Terima kasih juga atas kata-kata semangat yang tertulis dalam kad comel tu!InsyaALlah kita sama2 bersemangat ya?!La Tahzan 'titi' (Tikot & aTul) !! Semoga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALlah. Saya sayang kamu kerana-Nya. Semoga ukhuwwah yang terjalin kekal dalam rahmat dan perlindungan daripada-Nya..aminn..Titi (tikot & atul) always be a friend forever..InsyaALlah..
Bingkisan oleh
UkhwAh |
Pada
7:21 PMWednesday, May 20, 2009 |
Bismillah..
Semalam, pelajar-pelajar Malaysia UKRIDA digemparkan dengan kes pukau yang melibatkan dua orang pelajar junior (BATCH '08) iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah, pelajar perempuan tersebut yang hampir lesap wang sebanyak Rp 10 juta sempat diselamatkan oleh pengawal di mesin ATM berkenaan.
Selang sehari selepas kejadian tersebut, seorang lagi junior lelaki menjadi mangsa kepada sindiket tersebut. Wang sebanyak Rp 8 juta (Rm 3200++) berjaya di'transfer' ke akaun yang tidak dikenali siapa pemiliknya. Seperti kes yang pertama, orang yang tidak dikenali telah menelefon pelajar tersebut dan menawarkan hadiah berupa wang tunai yang harus ditebus melalui transfer di ATM. Pelajar tersebut dalam keadaan tidak sedar (dipukau) telah pergi ke ATM berdekatan dan tanpa sedar dia telah mengikut segala arahan orang tersebut sehingga wang saku tiga bulannya lesap.
Sebagai langkah berjaga-jaga semua pelajar Malaysia terutamanya pelajar perempuan yang mempunyai keberangkalian lebih tinggi untuk menjadi mangsa diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak berseorangan ketika hendak keluar rumah. Sebarang panggilan yang tidak dikenali tidak perlu dijawab bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Seorang senior pernah juga mengalami keadaan yang sama beberapa tahun yang lepas dan kemudian kes senyap dan kembali mengganas seperti 'tumor' sejak akhir-akhir ini. Apa yang penting sekarang masing-masing harus sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya pada orang yang tidak dikenali dan elakkan daripada berjalan berseorangan tida kira di tempat orang ramai atau sunyi. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.
Bukan sahaja di Indonesia, orang ramai di Malaysia juga perlu sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran mewah yang belum jelas kebenarannya kerana kes sebegini juga pernah berlaku di Malaysia yang juga dilakukan oleh warga Indonesia. Ingatlah, bukan mudah orang nak keluarkan duit yang begitu esar jumlahnya untuk diberikan kepada orang lain melainkan dengan mengharapkan imbalan. Dalam dunia serba canggih ni, hanya melalui panggilan telefon sahaja boleh mengaut keuntungan ribuan ringgit. Pemangsa tidak mengenal mangsa.
Nasihatilah keluarga, teman-teman serta orang di sekeliling anda supaya setiap daripada kita sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Malang tidak berbau tetapi kita juga dituntut oleh agama untuk menghindar daripada bahaya melainkan sudah ketentuan-Nya.
Sebelum keluar rumah bacalah ayat-ayat pelindung diri seperti ayatul qursi. Semoga dilindungi oleh-Nya..aminn..
Bingkisan oleh
UkhwAh |
Pada
9:50 PMSunday, May 17, 2009 |
Bismillah..
Semasa mencuci pakaian tadi, kaki dan tangan akutiba-tiba terasa ‘shaking’. Hati aku mula berasa tidak sedap. Selesai menjemur pakaian aku masuk ke blik dengan perasaan yang membungkam. Aku duduk memandang buku di sebelah dengan pandangan yang kosong. Setiap kali perasaan tidak enak ini datang, aku pasti risaukan mereka yang berada di rumah. Aku takut kalau ada apa2 yang tidak baik berlaku. Mudah-mudahan tidak ada apa-apa yang berlaku dan ini hanya mainan perasaan aku sahaja. Mungkin aku terlalu rindukan mereka. Aku rindukan rumah!Aku sangat rindukan mak, ayah, tok along, angah, ikhram dan haikhal.
Terbayang-bayang wajah Mak yang sentiasa tersenyum ketika berada di dapur , menyiapkan hidangan buat santapan kita sekeluarga. Mak tak pernah mengeluh malah masih boleh tersenyum walau badan lelah menguruskan keluarga. Bila akak sedih, akak luahkan kat mak. Mak mendengar dengan tekun dan kemudian memberi nasihat yang menguatkan kembali jiwa yang hampir luluh. Di telefon, kalau mak dengar suara akak macam sedih ja, mak mesti buat lawak, menyakat sehingga akak terlupa seketika terhadap kesedihan akak pada ketika itu. Mak, I miss your shoulder.Teringat semasa SPM dulu, mak selalu temankan akak study sampai larut malam. Kalau akak lapar mak tolong buatkan nasi goreng dan air milo. Kat sini, kalau lapar tengah-tengah malamakak mesti teringat sangat-sangat kat mak. Biskut kering jadi pengganti nasi goring mak.isk3..
Terngiang-ngiang suara Ayah yang sentiasa mengusik memanggil akak dengan gelaran kegemarannya. Ayah yang jarang sekali marah maupun meninggikan suara membuatkan kami senang berdampingan dan berbual mesra dengan ayah. Kalau akak ada kat rumah akak suka usik ayah.Paling best kacau ayah masa ayah tengok berita. Ayah kalau tengok berita tak sah kalau tak jadi penterjemah . Kalau tengok berita dengan ayah akak mesti bawa bantal sekali. Bila ayah mula nak cakap ja akak cepat2 tutup muka dengan bantal konon2 tak sanggup nak dengar. Ayah senyum ja tengok telatah akak sampai kadang-kadang kita ketawa sama-sama kerana merasakan ianya lawak. Yeke ayah?huk3!Itulah tabiat yang akak suka buat untuk usik ayah sampai mak kata pernah ayah menangis bila tengok berita sebab tak ada orang nak menyakat dia lagi. Ayah, akak rindu sangat-sangat kat ayah. Akak rindu nak usik ayah. Akak rindu nak cium tangan mak dan ayah, kucupan ayah di dahi akak seperti setiap hari sebelum p sekolah dulu.
Tok, ceq pun rindukan Tok. Dulu-dulu, semasa sekolah , ceq selalu usik tok!Kadang-kadang ceq buat tok terasa hati dengan kenakalan ceq. Maaf na tok. Sejak akak berusia lima tahun, tok dah tinggal bersama kami. Akaklah 'roomate' tok sampai hari ini. Kalau balik cuti, tok mesti kata tok rindu sangat kat ceq. Dah tak dak sapa duk usik tok. Kadang-kadang bila nak tidoq, tok menangis bila tok rindukan ceq. Bila ayah telefon, tok jarang nak cakap dengan ceq. Kalau cakap tok mesti menangis sampai tak keluar suara dah. Tok memang comei!Ceq sayang tok!
Atul rindukan Along juga. Walaupun along jenis yang tak banyak bercakap, tapi along suka bagi kata-kata semangat. Kalau borak dengan along, ceq rasa macam borak dengan orang tua!haha, nakalkan ceq?Tapi bila berjauhan ni, rindu sangat-sangat nak dengar along membebel, memberi kata2 semangat. Teringat kecil-kecil dulu, kalau ceq kena buli dengan angah, along mesti ‘back up’ ceq. Tapi ceq yang selalu buli along sebab tak da orang ceq nak buli!Haha.. Geram dengan angah, selalu kena buli!Tak puas hati betul!Mentang-mentang ceq sorang ja perempuan dia suka buli!Suka sangat bila along ‘back up’ nampak muka angah macam ayam berak kapur!hee..Rindu sangat-sangat zaman kita kecil-kecil dlu. Kenakalan yang membuatkan mak dan ayah sakit kepala. Sabaq na mak ayah!huk3..
Angah, walaupun angah ni aneh, suka membuli ceq, sejak dari kecil sampai sekarang tapi ceq tetap sayang angah.Susah tau nak dapat adik macamni.Haha perasan. Angah pantang tengok orang senang. Kalau kita duk mengadap depan tv tu ada ja yang dia cari jalan nak ganggu konsentrasi orang. Hish macam biasa sejak dari kecil ceqlah yang selalu jadi mangsa!Geram betoii! Tapi angah sangat baik. Selalu ambil berat. Kalau angah p ‘outstation’ , dapat tau ja ceq nak balik angah cepat-cepat selesaikan tugas dan balik rumah untuk jemput ceq di LCCT. Bila kat sini, ceq rindu sangat nak gaduh2 ngan angah. Huu angah2, pembuli yang sering dirindui.
Beralih pula pada Ikhram yang berjiwa sensitif. Kalau kecil dulu along jadi mangsa buli akak, bila dah besar ikhram pula jadi mangsa akak. Akak suka usik ikhram dengan mengarah buat itu dan ini. Bukan apa, akaknak ‘train’ ikhram dari awal jadi suami soleh.Haha!Ikhram ni jiwa dia sangat lembut lagi2 yang melibatkankasih sayang emak dan ayah. Kalau akak ceritakan mengenai kisah pengorbanan emak dan ayah, ikhram mesti menangis.Teringat masa akak merajuk dengan ikhram sebab melambat-lambatkan solat. Akak tak bertegur dengan ikhlam selama tiga hari dan selama tiga hari tulah ikhram sering memujuk-mujuk akak.Ikhram nak makan ka nak minum ka ikhram mesti pelawa akak. Akak wat dunno ja. Sengaja nak bagi pengajaran. Mak cerita, ikhram selalu menangis sebab kakak taknak maafkan dia. Selepas mak pujuk akak, barulah akak maafkan ikhram. Ikhram janji taknak buat lagi. Ikhram menangis teresak-esak. Maafkan akak ya ikhram. Akak cuma nak didik ikhram menjadi manusia. Akak sayang sangat dan rindu kat ikhram.
Sekarang ni yang jadi hero kat rumah tu adalah Haikhal. Ish budak sorang ni memang taktau dah nak kata apa. Tak padan dengan kenit, ada hati nak amik takhta angah, pembuli antarabangsa. Banyak-banyak orang, yang dia paling takut adalah angah. Haha angah memang layak dapat gelaran tu. Ikhram si hati lembut tulah yang selalu kena beralah dengan budak kenit ni. Dengan akak pun haikhal tak makan saman. Kalau akak telefon, ikut mood dia nak cakap ke tak. Kalau mood haikhal tak baik, bolayan la jawabnya. Geram betul dengan budak sorang ni. Tapi, haikhal sangat comel. Setiap pagi, haikhal yang kejutkan semua orang bangun. Bersemangat nak p sekolah agama. Kadang-kadang ayah tak sempat nak minum pagi sebab haikhal takut kena denda dengan ustazah akibat terlambat. Akak suka tengok haikhal masa haikhal mengaji dan baca buku sebab masa tu ja haikhal tak nampak nakal!haha!Masa akak merajuk dengan abang ikhram tu, haikhal nampak akak menangis dalam bilik. Haha kantoi. Haikhal datang kat akak, haikhal sapu air mata akak. Haikhal banyak kali tanya akak kenapa akak menangis tapi akak diam ja. Sebenarnya akak sedih sebab tak sampai hati buat abang ikhram sedih akak merajuk dengan dia. Haikhal masih kecil, haikhal mungkin tak faham lagi. Haikhal, haikhal walaupun nakal tapi ada juga ‘jeli’ dalam hati. Budak kecil memang comel. Akak rindu nak tengok ‘WONDERPET’ dengan ikhram dan haikhal.Apa yang penting?KERJASAMA!hehe..
‘Lacrimalis duct’ aku mula mengalirkan cairan yang menghangatkan pipi. Cepat-cepat aku berzikir, memujuk hati agar tidak melayan perasaan yang singgah mengganggu jiwa. Aku kena kuatkan semangat. Mak,ayah, tok ,along,angah, ikhram dan haikhal (taktau apa2) sentiasa mendoakan dan mengharapkan aku pulang dengan sebuah kejayaan. Aku mesti kuat dan tak boleh cepat mengalah!!Semangat!!
Ya ALlah Jika aku jatuh cinta Cintakanlah aku pada seseorang Yang melabuhkan cintanya pada-Mu Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Muhaimin Jika aku jatuh hati Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang Yang hatinya tertaut pada-Mu Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana Jika aku jatuh hati Jagalah hatiku padanya Agar tidak berpaling daripada hati-Mu
Ya Rabbul Izzati Jika aku rindu Rindukanlah aku pada seseorang Yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya ALlah Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya ALlah Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu
Ya ALlah Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu Jangan biarkan aku melampaui batas Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki Dan rindu abadi hanya kepada-Mu