home

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, May 31, 2014


Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014

Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2014
Tempat: Hutan Lipur Bukit Hijau, Kulim, Kedah
Yuran: RM60 (tshirt dry-fit, insurans, goodies, pingat, makan tengah hari, dan sijil)
RM1 dari setiap yuran penyertaan akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
Jarak: 42-45km (jarak dan route akan diupdate dari semasa ke semasa)

Kategori:
Junior<> Untuk peserta di bawah umur 21 tahun
Senior<>Untuk peserta di antara umur 22 - 35 tahun
Junior Veteran<> Untuk peserta diantara umur 36 - 45 tahun
Senior Veteran<> Untuk peserta berumur 46 tahun dan keatas
Mens Open<>Terbuka untuk semua peserta lelaki
Womens Open<> Terbuka untuk semua peserta perempuan

Hadiah yang sama akan diberikan kepada semua pemenang untuk semua kategori kecuali kategori Mens Open. Hadiah untuk kategori Mens Open adalah lebih lumayan. Semua peserta yang sampai ke garisan penamat akan mendapat pingat. Sebanyak 300 hadiah cabutan bertuah disediakan.

Pendaftaran:
Tarikh tutup pendaftaran adalah 31 Julai 2014
Pendaftaran boleh dilakukan di sini dengan mengisi borang yang disediakan. Untuk download borang yang boleh dicetak, sila click link berikut:


Ringkasan Program

Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014 / Kayuhan Merdeka Bukit Hijau 2014 ini merupakan satu usaha integriti sosial dalam skop kesukanan dan alam semulajadi, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. Ini adalah selari dengan peranan dan tanggungjawab Kelab Sukan Rekreasi JPC yang ditubuhkan dalam usaha untuk mempromosi aktiviti sukan lasak kepada rakyat Malaysia amnya. Pelbagai manfaat dan faedah diperolehi oleh semua yang terlibat dalam acara ini secara langsung mahupun tidak langsung seperti dapat mengalakkan gaya hidup sihat dan menanam semangat patriotik dan cintakan negara.

Tarikh 31 Ogos dipilih iaitu Hari Merdeka Malaysia, dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia era ini amat serius dalam menjalani kehidupan yang sihat dan dapat mengalakkan para peserta melakukan aktiviti yang bermanfaat di waktu cuti. Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan kerjasama antara agensi kerajaan yang terlibat sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti sosial seperti ini. Para Peserta juga dapat beramal dimana setiap RM1 dari yuran pendaftaran akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih.

Diharapkan melalui jambori basikal ini, kita akan dapat menggangkat dan memartabat kewibawaan Kelab Sukan Rekreasi JPC dalam usaha mempromosikan aktiviti sukan lasak kepada rakyat Malaysia, dapat memperkenalkan Hutan Lipur Bukit Hijau sebagai salah sebuah tempat pelancongan yang menarik disamping dapat meningkat dan memantapkan ilmu berasikal disamping komitmen dan keakraban ukhwah khususnya dalam jiwa setiap para peserta.

Program Tentative

06.30 am: Registration
07.30 am: Opening and Launching Ceremony
12.30 pm: Luncheon
01.00 pm: VIP and Invitations Arrival
                  Closing Ceremony and Prize Giving Ceremony
02.00 pm: Dismiss

Hubungi / Contact:

Ammar B. Mohd. Mariti - 016 435 8364
Faruk Hassan B. Redzzuan - 013 281 8430



Laluan pertandingan 





Wednesday, May 21, 2014


CABARAN GUNUNG NEGARA 2014

GRAND FINAL CABARAN GUNUNG NEGARA 2014 (SGN’14)


Sirkit 3: Grand Final: Gunung Berembun, Terengganu (7 September 2014).Hanya layak bagi kategori TERBUKA LELAKI, TERBUKA WANITA, VETERAN LELAKI, JUNIOR LELAKI DAN JUNIOR WANITA sahaja. Untuk melayakkan menjadi pemenang keseluruhan, peserta diwajibkan menyertai kesemua sirkit. Peserta tidak dibenarkan menukar kategori dalam satu musim pertandingan. Sistem mata diberikan untuk pemenang tempat pertama hingga ke – 50 sahaja bagi semua kategori. Pemenang keseluruhan yang mengumpul mata tertinggi akan layak mendapat hadiah yang ditawarkan serta  dinobatkan sebagai JAGUH GUNUNG NEGARA 2014.


SISTEM MATA SIRKIT CABARAN GUNUNG NEGARA 2014 (SGN’14)
KEDUDUKAN
MATA

KEDUDUKAN

MATA


T1
200
T26
72
T2
194
T27
68
T3
188
T28
64
T4
182
T29
60
T5
176
T30
56
T6
170
T31
53
T7
164
T32
50
T8
158
T33
47
T9
152
T34
44
T10
146
T35
41
T11
141
T36
38
T12
136
T37
35
T13
131
T38
32
T14
126
T39
29
T15
121
T40
26
T16
116
T41
24
T17
111
T42
22
T18
106
T43
20
T19
101
T44
18
T20
96
T45
16
T21
92
T46
14
T22
88
T47
12
T23
84
T48
10
T24
80
T49
8
T25
76
T50
6

















































(Digunakan untuk ketiga-tiga kategori pertandingan) 

Perlumbaan mendaki gunung yang meliputi tiga sirkit iaitu Sirkit 1 dinamakan YTAC Mount Datuk Challenge dan telah berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan pada 26 Januari lalu. Sirkit 2 pula adalah Perak International Mount Bujang Melaka Challenge di Kampar, Perak pada 6 April ini, manakala Sirkit 3 dinamakan Grand Final Terengganu International Mount Berembun Challenge pada 6 September.

 Perlumbaan mendaki gunung ini berkonsepkan sirkit. Ia kini menjadi acara tahunan berikutan respons dan sambutan hebat daripada ramai peserta. Sambutan itu dapat dilihat dalam kejayaan penganjuran SGN pada tahun lalu. Antara objektif SGN diperkenalkan adalah bagi menjadikan aktiviti perlumbaan mendaki gunung sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Sukan Pelancongan di Malaysia. Ia sekali gus dapat mempromosikan dan menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berekreasi serta menghayati keindahan gunung-ganang dan hutan hujan tropika di Malaysia.

 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, acara ini dapat merancakkan lagi industri pelancongan setempat secara maksimum, kesan daripada promosi dan kehadiran pelancong luar negara. Melalui acara ini, berharap agensi-agensi pelancongan termasuk hotel dan resort dapat menjadikan aktiviti mendaki gunung sebagai salah satu pakej sukan pelancongan yang berteraskan produk alam semula jadi di Malaysia.

 Acara itu menawarkan hadiah wang tunai, hadiah iringan dan hadiah cabutan bertuah. Keseluruhan hadiah bernilai RM55,000 dan ia menjadi habuan untuk para peserta yang menang. Dalam pada itu, kategori pertandingan pada tahun ini dikekalkan kepada sembilan kategori iaitu Antarabangsa Lelaki dan Wanita; Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita (berumur 19 tahun ke atas); Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas); Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita (15 - 18 tahun) dan Tertutup Tempatan Lelaki dan Wanita (19 tahun keatas). Pingat penamat akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan.

 Sementara itu, terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan dalam SGN'14, antaranya terdapat beberapa hadiah khas diberikan kepada wanita veteran berumur 40 tahun ke atas yang memasuki kategori terbuka wanita. Selain itu, terdapat juga hadiah khas diberikan kepada senior veteran lelaki berumur 55 tahun ke atas. Bagi memeriahkan penyertaan kali ini, penganjur menyediakan hadiah misteri kepada mana-mana kumpulan yang membuat pendaftaran 20 orang peserta ke atas.

Wednesday, May 14, 2014




TERENGGANU LINGAI NATURE MTB RIDES 2014

Terengganu Lingai Nature MTB Rides 214 merupakan sukan lasak yang baru diperkenalkan di Terengganu. Sebanyak 800 peserta dijangka menyertai acara berbasikal bukit Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 di Dataran Gong Lingai, Batu Rakit, kira-kira 30km dari sini, pada 24 Mei ini.

Acara berkonsep sukan pelancongan dan alam semulajadi itu merupakan julung kali diperkenalkan di daerah Kuala Terengganu. Objektif penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan dan menarik kedatangan penggiat sukan basikal bukit menghayati kehebatan trek di kawasan ini.  Pertandingan terbahagi kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita, Terbuka Veteran Lelaki serta Terbuka Remaja Lelaki manakala peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.

Acara ini akan melibatkan cabaran trek sejauh 43km dengan merentasi hampir 10 buah kampung termasuk laluan ladang Felcra.Seterusnya

Nama Acara: Terengganu Lingai Nature MTB Ride
Tempat: Dataran Kg.Gong Lingai, Batu Rakit
Jenis: Kayuhan Jamboree
 Acara Bermula: 24Mei 2014 (SABTU) 8.00 pagi
Acara Tamat: 24 Mei 2014 (SABTU) 2.30 petang
Jarak Acara: 40KM (melibatkan laluan 'onroad 30% & 'offroad' 70% - Jalan kampung, kebun getah, sawit, beting pasir, padang rumput & tanah rancangan FELCRA di sekitar Batu Rakit)
Kehadiran Peserta: Terhad Kepada 1000 orang peserta sahaja.

Tarikh Tutup Penyertaan : 7 Mei 2014Untuk maklumat lanjut sila klik di sini  Facebook <> Borang Kumpulan <> Borang Individu <> Poster 


Hantarkan penyertaan yang lengkap beserta Resit Bayaran ke : PERSATUAN KEMBARA NEGARA melalui fax: 09-6131057, 03-42523743 atau scan & e-mail : kembara.mtb@gmail.com

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SEKRETARIAT TERENGGANU LINGAI NATURE MTB RIDE 2014:-
En.Rafi 012-371 5412<>Pendaftaran
En.Arif 019-939 7170<>Pendaftaran
En. Ahmad 019-359 4455<>Teknikal
En.Sabri 013-633 6961<>Teknikal


Sunday, May 4, 2014

MAGNET EDGE ORIENTEERING SPORTS CLUB-MALAYSIA
(IOF – Associate Member)

RULES OF MALAYSIA ORIENTEERING ASEAN CUP 2014
PERAK CIRCUIT

GUA TEMPURUNG, PERAK, MALAYSIA


Orienteering is a sport in which the competitor, aided only by map and compass, is timed as he or she visits a number of features, called controls, marked in the terrain and on the map.

Foot Orienteering (Foot O) requires the competitor to travel on foot through the terrain. The winner is the person who successfully completes the set course in the fastest time.

An “Event” is an orienteering meeting that takes place. The term encompasses all aspects including the planning of the courses and the organizational matters. An event may include one or more competitions. Read more

logo competition


This time, the students from uth2 have participated consists of 10 participants, 5 females and 5 men. This tournament is the mental and physical endurance test participants for the challenge this time is quite challenging path. all participants of the  Polytechnic Ibrahim Sultan successfully completed the tournament with a resounding decision.



After Registration Session




Before release




Equipment Used



After the games



THE ORGANIZER   
MAGNET EDGE ORIENTEERING SPORTS CLUB-MALAYSIA  (PBS: 6416/2013) NO 14, JALAN INDAH 2, TAMAN DESA 34200 PARIT BUNTAR, PERAK MALAYSIA  
 TEL/FAX : 605.7161731  
  
 MOBILE PHONE  
                            : 6012.407.2495 (SHAMSURI)                
                    : 6012.447.6371 (ASWADI)             
         : 6012.496.2907 (FAISAL)     

REGISTRATION
FACEBOOK