Itulah Mr. X saya :)
Menunggu strike 'X' tetapi malangnya longkang juga akhirnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita. Selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri, keluarga, sahabat2 dan semua orang yang disayangi. Namun kadang kala kita terlupa bahawa yang memberi X itu adalah Sang Pencipta. Sudah pasti ada yang berkata dengan usahaku yang bersungguh-sungguh ini lah aku yang membuat aku cemerlang dan berjaya. Dengan taktik balingan bola boling aku yang cemerlang inilah menyebabkan aku dapat 'strike'. Lupakah kita jika Dia tidak mengizinkan, sebaik dan sesempurna mana pun kita mengatur langkah, kita tidak merasa manisnya kejayaan itu. Allah menjadikan usaha itu sebagai satu syarat untuk kita berjaya. Tetapi yang menjayakan bukan usaha itu sendiri. Dia lah yang menjayakan.
Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu jalannya tidak mudah. Pasti banyak mehnah yang perlu dilalui, dirasai, disukai dan ditangisi. Seperti bola boling yang masuk longkang tadi. Berkali-kali dibaling ke atas landasan. Namun, tidak mengena jua bola itu pada pin. Pernah juga terasa ingin mengalah. Sudah beberapa kali tersungkur. Mencari sebab dan mengapa ini terjadi.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
(Surah AL-BAQARAH ayat 216)
Semakin hari semakin terungkai satu persatu persoalan yang pernah bermain di kotak fikiran ini. Allah sangat sayangkan saya. Tetapi saya yang jauh dari dia. Tidak pun saya meletakan setinggi harapan kepada Dia dahulu. Mungkin Dia takdirkan begini agar saya faham yang sebenarnya hanya kepada Dia lah kita patut mengadu,berkongsi suka dan duka. Sama seperti kita berkongsi dengan orang yang disayangi. Berkongsi dengan Dia. Menenangkan lagi hati. Dialah kunci untuk segalanya di dunia dan di akhirat nanti. Jangan berhenti berharap. :')