Kepada yang berkenaan yang rasa susah nak bercerai , ada cara mudah iaitu pastikan salah seorang mereka ahli Pas dan Umno .. Menurut Nik Aziz halal kerana penceraian itu terletak kesalahan pada UMNO ..  Kerana layanan kerajaan pusat terhadap kerajaan PAS maka mudahlah berlakunya penceraian .. Sape yang ada hati nak rasa barang baru boleh guna idea ini juga. Kalau hang orang UMNO , Bini hang , Orang UMNO.  Hang tukar ideologi politik kepada PAS maka hang bolehlah ceraikan bini hang. Selepas hang masuk PAS , hang boleh try pulak barang yang ada pada PAS .. Apa macam idea gua ... Hang ikut , JAHANAM ...

Cerai Berlainan Politik Salah UMNO - Nik Aziz
KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya.
Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/07/kes-cerai-berlainan-politik-salah-umno.html#ixzz20ZHCEa5C
Hit: 26 Laman Asal