Saat Pintu Kaabah Dibuka
GAMBAR: Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram Posted on the November 30th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.

Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu. Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu. Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.

Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha. Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya. Saksikan juga dibawah ini klip solat di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamdi semalam.

Suara sebaknya ketika membaca surah Al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan
kebesaran Allah SWT.

Hit: 23
Laman Asal