Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, tiba-tiba ada ADUN Umno dari Johor berminat untuk berbicara soal Hudud setelah Umno berkuasa lebih 50 tahun.  Mengapa?  Adakah beliau ini baru memeluk Islam atau baru sehari dua ini telah menemui ayat tentang Hudud di dalam Al-Quran?  Baca di SINI.
Peliknya, beliau berkata Hudud yang beliau mahu Umno Johor laksanakan di Johor itu tidak sama seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS.  Ertikata lain, ini Hudud Umno agaknya.  PAS dari awal tidak sebut Hudud itu adalah Hudud PAS tetapi hukum tersebut adalah seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran.  Sebab itulah sejak berzaman lagi Umno tidak pernah berani menyahut seruan dan cabaran PAS untuk berdebat mahupun untuk bermuzakarah tentang isu Hukum Hudud ini kerana mereka tahu PAS sememangnya berpandukan kepada Al-Quran, sedangkan Umno berpandukan akal dan lojik mereka semata-mata.  Mana mungkin akal yang sedikit yang dicipta oleh Allah untuk manusia itu boleh melawan Al-Quran Kalamullah?
Hujah Adun Umno yang jahil ini, Hudud yang beliau mahu Johor laksanakan itu akan merangkumi semua termasuk bukan Islam.  Justeru itu katanya, orang-orang bukan Islam harus diberi kefahaman terlebih dahulu tentang hukum ini.  Bagi PAS, memang benar, adalah penting untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum Hudud dan ini lah yang sudah lama dilakukan oleh PAS.  Tetapi, memberi kefahaman kepada bukan Islam tentang hukum ini bukan bererti memaksa mereka menerima hukum Hudud.  Ini lah beza Umno dan PAS.  Umno berpendapat bukan Islam hendaklah diberi kefahaman kepada mereka tentang Hudud kerana Hudud akan dikenakan kepada bukan Islam juga.  Ini lah yang dikatakan hukum akal.
Sebagai contoh, kita memberi kefahaman kepada rakan kita tentang berpuasa agar mereka memahami apa itu berpuasa bagi umat Islam dan mereka boleh menghormati kita sewaktu kita berpuasa umpamanya mereka tidak akan makan minum di hadapan kita.  Adakah kita perlu paksa kawan kita bukan Islam ini untuk berpuasa?  
Apa pun, benarkah Umno ikhlas dengan hukum Allah ini?  Jika hukum menutup aurat pun pemimpin Umno gagal mahu perintahkan kepada isteri masing-masing, lojik kah pada akal pemimpin Umno mahu laksanakan Hudud?   Ini semua politik Umno yang mahu menjual agama semata-mata takut akan kebangkitan PAS di Johor, itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Hit: 14 Laman Asal