PAS melalui Timbalan Presidennya, Mat Sabu dengan tegas menyatakan bahawa PAS tetap menyokong PKR di Permatang Pauh di dalam PRK yang akan diadakan pada 07 Mei ini nanti.  Begitu juga komitmen yang dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyebut bahawa PAS akan menerima dan menyokong sesiapa sahaja calon yang akan ditampilkan oleh PKR di Permatang Pauh.
Komitmen ini disambut juga oleh PKR Pahang apabila telah meyebut bahawa PKR tetap komited menyokong dan membantu sesiapa sahaja calon dari PAS yang akan ditampilkan oleh parti tersebut di Rompin yang akan mengundi pada 05 Mei ini.  Alhamdulillah, satu komitmen jitu dan positif dari kedua-dua pihak sekalipun terdapat perbezaan pendapat sejak kebelakangan ini.
Siapa Ustaz Yusni Mat Piah di Permatang Pauh untuk mengugut PKR di Permatang Pauh?  Adakah usaha beliau ini hanya untuk memalukan Mat Sabu dan Ustaz Tuan Ibrahim menjelang Muktamar parti berkenaan?  Pimpinan sibuk mencari jalan untuk bersatu, ustaz muda ini lain pula kerjanya.  Adakah beliau tidak belajar sejarah di Dun Sg Acheh sewaktu PRU 13 yang lalu di mana biasanya khianat itu akan menguntungkan musuh?  Apakah sememangnya beliau ingin musuh menang lagi setelah menang di Dun Sg Acheh angkara beliau masuk bertanding melawan Chegu Bard, walaupun terpaksa hilang desposit asalkan Umno/Bn menang?  Adakah ini waktu yang sesuai untuk ustaz muda ini membalas dendam?
Aku respek Mat Sabu dan Ustaz Tuan Ibrahim serta semua penyokong dan ahli PAS yang tahu dan kenal musuh sebenar mereka.  Tidak semua yang berfikiran seperti Ustaz Yusni yang jumud itu.  Begitu juga, PKR di Pahang tidak semua mempunyai sifat balas dendam yang amat dibenci Allah itu.
Semoga Permatang Pauh terus kita kekalkan, dan Rompin mencipta sejarah buat PAS kali ini.  InsyaAllah.

Hit: 13 Laman Asal