Popular Untuk Hari Ini

Monday, October 24, 2011

Ada empat jenis Insan :

1. Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai. oleh itu, berilah mereka peringatan.

2. Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang selesa dalam kebodohan. oleh itu tinggalkanlah mereka.

3. Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang dalam kejahilan, Oleh itu, ajarkanlah mereka.

4. Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu, itulah orang berilmu. oleh itu, ikutlah mereka.

-Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi-

Monday, October 17, 2011

JOM MUHASABAH DIRI.......

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia

Saturday, July 23, 2011

Sekadar peringatan bersama

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? 
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru " 
Murid 3 = " Teman " 
Murid 4 = " Kaum kerabat " 
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Negeri Cina " 
Murid 2 = " Bulan " 
Murid 3 = " Matahari " 
Murid 4 = " Bintang-bintang " 
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". 

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 
Murid 1 = " Gunung " 
Murid 2 = " Matahari " 
Murid 3 = " Bumi " 
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." 

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? " 
Murid 1 = " Baja " 
Murid 2 = " Besi " 
Murid 3 = " Gajah " 
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Kapas" 
Murid 2 = " Angin " 
Murid 3 = " Debu " 
Murid 4 = " Daun-daun" 
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " 

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " 
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " 
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Sekadar perkongsian buat teman seperjuangan...

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pejuang agama
Menjadi penunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan hanya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya menjadi permaisuri istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati membahagi kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pembimbing
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan harta negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmu
Menyala obor mewangi setinggi profesi

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi fitnah
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Dibalik tirai jiwa
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
Mengharap keredhaan kehidupan dunia akhirat.

Friday, July 15, 2011

Politik menurut Islam


Politik menurut Islam

Imam al-Ghazali menulis dalam kitab Ihya' Ulumuddin:

Politik ataupun siasah dalam mengislahkan makhluk Allah S.W.T dan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat terdiri daripada 4 martabat”.

Martabat Pertama
Iaitu martabat tertinggi yang bermaksud siasah para Nabi dan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam zahir dan batin.Dan merekalah para Nabi ahli siasah yang paling unggul.

Martabat Kedua
Siasah para Khalifah raja dan sultan dan hukum mereka ke atas golongan khas dan awam tetapi dalam hukum zahir sahaja bukannya batin.

Martabat ketiga
Siasah Ulama' BILLAH yang merupakan pewaris Nabi.(Ulama Tasawuf yang menghimpunkan antara hakikat dan syariat.Hukum mereka ke atas batin golongan khas sahaja kerana golongan awam tidak mampu untuk mengambil faedah daripada mereka.

Martabat Keempat
Siasah Fuqaha' dan hukum mereka ke atas batin golongan awam. Siasah yang paling mulia selepas nubuwwah ialah menyebarkan limu yang bermanfaat dan memperelokkan jiwa manusia daripada akhlak mazmumah yang membinasakan dan memberi petunjuk kepada manusia untuk berakhlak mahmudah yang akan membahagiakan mereka di akhirat kelak.

Rasulullah S.A.W serta para sahabat telah membuktikan urus kuasa mengikut syariat Islam cara terbaik tadbir Negara.
ETIKA politik dalam Islam adalah sesuatu yang penting dalam membentuk pemerintahan dan negara kerana politik dipandang sebagai sebahagian daripada ibadah, maka perlu dilaksanakan berdasar prinsip ibadah.
Contohnya, dalam berpolitik mesti diniatkan kerana Allah S.w.t dan oleh itu tidak boleh melanggar perintah dalam beribadah kerana pelanggaran terhadap prinsip ibadah boleh merosak kesucian politik.
Etika politik dipandang sangat perlu kerana berkait dengan prinsip Islam dalam mentadbir masyarakat dan negara. Politik sering mempunyai hubungan antara manusia, misalnya saling menghormati, menghargai hak orang lain dan tidak memaksa orang lain menerima pendapat sendiri.
Apabila hubungan masyarakat dan penyelenggaraan negara tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka yang akan muncul adalah kekacauan, tidak aman, anarki dan perkara yang menjadi kecaman masyarakat.
Walaupun memilih pemimpin adalah hak setiap individu atau warga negara namun, Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam sangat mementingkan suatu kepemimpinan yang berkesan dalam sebuah negara.
Bahkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, timbul persoalan politik berkaitan penggantian kepemimpinan. Mekanisme pemilihan pemimpin memang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW tidak memberikan pedoman khusus atau model kepemimpinan bagi umat Islam.
Selama beberapa tahun selepas meninggalnya Rasulullah SAW, umat Islam mengalami beberapa model kepemimpinan, antara lain bercorak khalifah dan dinasti.
Sekarang kekuatan politik semakin berkembang dan muncul bentuk negara seperti republik, aristokrasi dan kerajaan. Kekuatan politik itu didorong semangat teologi Islam yang menyebutkan:
Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan ulil amri (yang berkuasa) di antara kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)
Realiti politik dan ada semangat teologi Islam mendorong ahli falsafah serta etika politik Islam untuk membuat peraturan pemilihan seorang pemimpin pemerintahan yang membina negara ideal dalam beberapa karya.
Al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah, Ibnu Maskawih dalam Tahzib al-Akhlak dan al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah. Keadaan ini bermakna pemikir Islam menyedari betapa Islam memperhati dalam menciptakan dan mengembangkan negara sempurna.
Untuk merealisasikan tuntutan itu, umat Islam dihadapkan dengan beberapa pilihan sistem politik antara lain demokrasi. Ia adalah antara mekanisme memilih pemimpin dan diandaikan sebagai mekanisme unggul dan telus untuk memajukan bangsa serta negara pada masa depan.
Di samping itu, wujud pula politik jahiliah yang tidak menghiraukan kebenaran. Kebodohan dalam berpolitik sering terjadi misalnya dengan sogokan dan rasuah politik yang melanggar sistem demokrasi.
Tokoh-tokoh politik akan dipecat jika tidak sependapat dengannya, atau tidak bermusyawarah dengan baik antara mereka sedangkan Islam mengajar sebaliknya. Fenomena itu wujud kerana manusia memiliki nafsu mementingkan diri apatah lagi politik berhubung kait dengan kuasa.
Justeru, sesuai dengan prinsip Islam, sebaiknya umat Islam sentiasa nasihat-menasihati dan menyedarkan sesama sendiri agar demokrasi dapat diamal serta diteruskan dengan baik dan lancar.
Pada masa awal Islam, kita melihat ada kelompok Muhajirin dan Ansar yang bertentangan dalam pemilihan pemimpin selepas Rasulullah S.A.W wafat. Kewujudan mereka wajar dilihat sebagai satu hikmah.
Dalam keadaan itu, yang penting ialah bersikap bijaksana, toleransi dan tidak memandang parti atau golongan sendiri sebagai paling baik, benar dan telus, demi menjamin keutuhan rakyat dan negara keseluruhannya.
Ajaran Islam secara tegas menyatakan kepemimpinan adalah kesinambungan yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Al-Quran banyak memberikan gambaran hubungan positif antara pemimpin yang baik dengan kesejahteraan masyarakat.
Keadaan ini dapat dilihat daripada Nabi Yusuf yang terkenal sebagai seorang dipercayai untuk memegang amanah mentadbir kewangan dan perekonomian negara.
Nabi Yusuf dengan bermodalkan kejujuran dan kecerdasannya berjaya menyelamatkan Mesir daripada krisis makanan dan ekonomi berpanjangan.
Demikian pula dengan kepemimpinan Rasulullah SAW yang mampu menciptakan revolusi peradaban, adalah kepemimpinan teladan yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah tamadun umat manusia.
Begitu pula kepemimpinan sahabat Baginda dan khalifah selepasnya dengan baik dapat membawa perubahan masyarakat dan negara yang padu dan mantap.
Prinsip kepemimpinan Islam yang memberi tumpuan kepada pembinaan negara yang maju, aman serta berteraskan kepada kejujuran dan keikhlasan wajar diwarisi serta diterjemahkan dalam dunia politik hari ini supaya kepemimpinan berjalan mengikut syariat.Top of Form










Wednesday, June 15, 2011

Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?

Sebenarnya kedua-duanya adalah aula, sama martabat kepentingan, wajib dilaksanakan dan perlu seiring.Tapi kalau suami tak izin, macammana ye? Kalau taat pada suami, terabai amanah Allah S.W.T tapi kalau teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.


Seandainya berlaku pertembungan pula, suami memerlukan isteri di sisi… isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu dipilih? 


Sebenarnya, ada penyelesaian kepada masalah-masalah sebegini. Tapi, sebelum berumahtangga lagi wanita yang komited pada dakwah perlu sedar calon suami yang dipilih seharusnya di kalangan pemuda yang berpegang pada fikrah Islam dan bercita-cita untuk berjihad di jalan Allah S.W.T. (salah satu ciri lelaki soleh mengikut pandangan ulama).Itu yang paling penting.

 Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T. Kalau ditakdirkan wanita solehah yang komited terhadap dakwah ditentukan berkahwin dengan lelaki yang tiada minat pada dakwah, hakikatnya masih ada jalan untuk menjayakan rumahtangga tanpa meminggirkan dakwah. Wanita solehah yang taat pada Allah S.W.T wajib taat pada suami dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Keperluan suami dan anak-anak dipenuhi dengan sebaik mungkin dan tidak mengutamakan kerjaya melebihi rumahtangga.
Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah pilihan kedua atau sekadar aktiviti di waktu lapang. Tapi, keredhaan suami juga sangat penting dalam setiap langkah si isteri di atas jalan dakwah. Sekiranya timbul masalah, di situlah perlunya ilmu dan kesabaran untuk menghadapi situasi yang menekan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan korbankan salah satunya, cuba yang terbaik untuk mendapatkan keduanya. Setiap usaha dan kepayahan yang ditempuh untuk menjayakan rumahtangga dan dakwah akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

Sebelum tu, kita bincangkan dulu hukum berdakwah. Dalam Islam, hukum dakwah adalah wajib syarie, tidak gugur selagi seorang muslim itu masih hidup. Kita sebagai hamba Allah S.W.T, sebagai daie, sebagai penunggu rahmat Allah S.W.T sangat perlu kita berdakwah iaitu saling nasihat menasihati kepada orang lain.Maka, sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa. Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah.

Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....." Ali-Imran :110

" Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim).

" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya" Ali-Imran ayat 104

"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"(Hadith)

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." An-Nahl ayat 125

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". Al - Fussilat: 33

Hukum dakwah adalah wajib, taat pada suami juga wajib. Tapi perlu diingat, suami yang menegah isteri dalam melaksanakan kewajipan adalah berdosa. Menegah perkara wajib membawa kepada maksiat kepada Allah S.W.T. Dari segi feqah, isteri tidak wajib meminta izin suami untuk melakukan perkara-perkara wajib. Sebagai contoh, melaksanakan puasa wajib dan menunaikan haji. Sekiranya suami tak izinkan sekalipun, kewajipan tersebut tidak gugur dan melaksanakannya tetap fardhu Ain. Tapi dalam masalah haji, boleh wanita tersebut menunaikan haji walau tanpa keizinan suami dengan syarat ditemani oleh mahram yang thiqah (dipercayai). Tapi dalam bab-bab lain, seperti solat dan puasa, tidak perlu kepada sebarang syarat untuk melaksanakannya walau tanpa izin suami kerana tiada ketaatan pada perkara mungkar.

Tiada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam hal yang makruf” - (Muttafaqun'alaih)

Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka janganlah kalian mentaatinya” - (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah 2324)

Taat kepad imam adalah kewajiban seorang muslim, selama ia tidak memerintahkan kemaksiatan. Apabila ia memerintahkan kemaksiatan maka tiada ketaatan baginya.” (As-Silsilah Ash-Shahihah 752)

Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal bermaksiat kepada Al-Khaliq (Allah)”         (Misykatul Mashbih dan dishahihkan Al-Albani dalam At-Tahqiq 3969)

Siapa saja yang melepaskan diri dari ketaatan, pada hari kiamat ia akan bertemu Allah
tanpa dapat mengajukan alasan. dan siapa saja yang meninggal dunia sedang dilehernya tidak ada tanda bai'at (janji setia pada Islam), maka ia mati seperti pada zaman Jahiliyah. (Hr.Muslim)

Dalam Riwayat lain dikatakan : "Siapa saja yang mati sedang ia memisahkan diri dari jamaah (fikrah Islam), sungguh ia telah mati seperti pada zaman Jahiliyah".

Jadi, telah jelas tentang kewajipan dakwah dan isteri tidak perlu keizinan suami pada perkara-perkara wajib.

Namun dalam isu menunaikan kewajipan dakwah, seorang isteri tidak perlu menjadikan dakwah sebagai alasan mengetepikan perasaan suami yang tidak ‘faham’ tentang jemaah dan dakwah. Dibimbangi rumahtangga akan retak dan suami menjadi semakin benci atau marah dengan tindakan isteri. Seandainya isteri jahil dalam memainkan peranan menyelesaikan konflik ini, pastinya rumahtangga tidak dapat mencapai nikmat kebahagiaan yang sebenar.

Langkah pertama yang harus diambil oleh si isteri, pastikan thabat(tetap) dengan niat untuk meneruskan dakwah walaupun suami agak liat atau tidak mengizinkan urusan dakwah dilaksanakan. Doakan supaya terbuka pintu hati suami dan diampunkan dosa atas kejahilannya tentang kewajipan dakwah.

Langkah kedua. Jangan sekali-kali melawan suami walaupun hati memberontak dengan tindakan suami yang mementingkan urusan peribadi berbanding agama. Pastikan kehendak suami dipenuhi dalam masa yang sama fikirkan kaedah untuk meneruskan dakwah. Perlu diingat, melaksanakan kewajipan tidak perlu pada keizinan suami dan taat pada suami hanya pada perkara ma’ruf. Dalam masa yang sama, hati suami sangat utama untuk dijaga. Jadikan redha suami sebagai cita-cita dalam setiap perkara. Jangan berhenti berdoa supaya suami redha malah turut serta dalam dakwah.

Langkah ketiga. Jangan sempitkan skop dakwah. Walaupun dakwah secara langsung dan berdepan dengan mad’u dan masyarakat adalah satu sunnah terbaik, masih lagi ada cabang-cabang dakwah yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan. Andainya suami tidak mengizinkan keluar rumah untuk aktiviti dakwah, cuba juga dengan menggunakan kaedah dakwah yang berbeza iaitu dengan dakwah bil katabah atau dakwah bil hal. Dengan kata lain, isteri masih boleh berdakwah dengan penulisan samada berbentuk risalah, atau menulis dalam blog atau email. Kalau masih terkekang oleh suami, cuba juga dakwah bil hal iaitu dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, dan kerja-kerja amal yang dilakukan. Itupun masih dalam skop berdakwah. Dakwah bil hal atau dengan tauladan ini sangat berkesan dalam mendidik anak-anak, kaum keluarga terdekat bahkan masyarakat yang berurusan dengan kita. Dalam masa yang sama, teruskan berdoa supaya Allah S.W.T merahmati suami dan terbuka pintu hatinya.

Seandainya dakwah tidak dapat dilaksanakan kepada umum, pastikan roh dakwah wujud dalam rumahtangga.  Mudah-mudahan dengan usaha yang istiqamah dan doa yang sungguh-sungguh, matlamat dan cita-cita dakwah akan tercapai. 

Sebagai seorang muslimah, tanggungjawab dan amanah terhadap agama dan keluarga begitu besar, oleh itu tidak mustahil akan diminta untuk dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak.

Barakallahulaka.
Salam Ukhuwah.





Tuesday, May 31, 2011

Tahap solat kita di mana??,,,,,,,,,,,,,

Perhatikan solat kita didalam golongan mana??? 


Golongan 1. 

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. 


Golongan 2. 
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala. 

Golongan 3. 
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik. 

Golongan 4. 
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini. 

Golongan 5. 
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin. 

Golongan 6. 
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini. 

Golongan 7. 
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. 

Golongan 8. 
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah ) 

Golongan 9. 
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. 

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan 
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali 
daulah Islam.