Wahai Hamba Allah,

Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, 
Berbantallah dengan kesabaran, 
(Menyelimuti dengan) sikap redha terhadap takdir yang sudah ditentukan buatmu, 
Beribadah (Qiam disepertiga malam) dengan sentiasa menanti dan mengharapkan kebahagiaan. 
Hina dan rendahkan dirimu kepada Allah swt, kekuasaanNya kepada takdirNya dan perbuatanNya
Tunduk padaNya zahir dan batin
Pelihara ketaqwaanmu 
Pelihara kaedah ditatapkan syarak terhadapmu
Pelihara semangat melawan godaan hawa nafsu syaitan dan insan yang jahat
Maka apabila benar2 berbuat demikian 
Dzat yang Maha Kuasa akan mencucurkan semua anugerahNya dan mengurniakan semua nikmatNya kepadamu
di luar jangkauan yang dicari dan didambakan...

Wow.. suka kekata Syeikh Abdul Qadir ni.. memula teringat lirik Cindai Dato Siti Nurhaliza.. bila part perkataan mencucurkan.. oops teringat cekodok dan pisang goreng panas.. hrmmm.. sedap kot dapat sepinggan dua dengan secangkir kopi buat minum petang.. lapo plak.... () adalah tambahan kita k.


Jejemput minum.. ni bukan tahap makan dah ni tapi melantak
Hit: 23 Laman Asal